Selasa, 19 Mac 2013

KHASIAT RUMPAI LAUT




Assalamualaikum...alamakkk...banyaknya sawang blog ummi ni....rasa2nya hampir sebulan blog ummi ni menyepi..Seperti yang kawan2 tahu insiden  pencerobohan penganas2 sulu di Lahad Datu,sedikit sebanyak memberi kesan dalam kehidupan seharian khasnya bagi warga Lahad Datu dan am rakyat sabah...Walau pun pencerobohan penganas sulu tu bukan berada dalam daerah ummi,namun kami juga terkena tempiasnya...Apa tidaknya perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu hanya memakan masa 3 jam..dekat bukan...so kami di nasihat sentiasa berwaspada dan berhati2 untuk mengelak dari sebarang kemungkinan yang bakal berlaku...

Rasanya ni lah first time ummi rasa sentiasa dalam ketakutan...,apa tidaknya banyak khbar2 angin yang di sebarkan dengan macam2 cerita.kalau lah  penceroboh tu tiba2 menyerang  Sandakan.plak...huhuhuh naauuzubila...jauh2 bala..Ummi sangat2 terharu,bila setiap hari adik beradik sms bertanyakan keadaan kami,mereka juga risau jika pencerobohan tu melarat ke sandakan...Terlalu banyak story suka duka dalam insident pencerobohan sulu ni..Ummi sangat2 berbangga menjadi rakyat malaysia...punya pemimpin2 yang beribawa..punya pewira2 yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan keselamatan negara...Tabik spring for u all pewira2 ku...Mari kawan2 semua kita sedekah kan AL-FATIHAH khas pewira2 yang  telah terkorban..Takziah buat semua keluarga yang kehilangan orang2 tersayang.Mari kita berdoa dan beri sokongan untuk semua anggota keselamatan yang berjuang di perbatasan,agar mereka sentiasa di lindungi oleh-NYA...Amin....

Kita lupakan seketika insident pencerobohan pengganas sulu,kita serahkan sepenuhnya kepercayaan 100% pada anggota keselamatan,yakin dengan kebolehan mereka...dan jangan pernah mempertikai,mempersoalkan atau menghina tugas2 mereka..Kalau ummi cerita dari mula pastinya esok pun tidak anak habis..heeee..oppsss terlebih sudah....

Actualy ummi mahu kongsi sedikit sebanyak khasiat rumpai laut(ibu kolagen) yang sedang hangat seperti pisang goreng...fuyooo rugi tau kalau tidak mencuba..Sebelum ni ummi pun tidak percaya,tapi bila ummi sendiri mencuba,ternyata benar2 belaka...Dulu muka ummi ada jeragat dan tompok2 hitam..Alhamdulila sebulan ummi menggunakan rumpai laut ni,tompok2 hitam dan jeragat semakin pudar,dan yang bestnya  kulit muka nampak tegang dan cerah.,family pun ummi promote,dan adik ummi pun puji ummi"wah berkesan ohh tu rumpai laut,dulu kulit muka mu nampak jatuh,tapi sejak kamu pakai rumpai laut ni nampak mukan tagang dan berseri2.."...Apa lagi jom lah mencuba..Ada sesetengah orang makan,tapi ummi buat mask jee...terpulang pada diri masing,kalau dua2 pun lagi baik....

Emmmmni..mesti ada yang belum tahu khasiat rumpai laut ni kan.?Ni lah semua khasiat2nya...

Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.

KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.
KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.
VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.
OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.
Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.


SANGAT DISARANKAN UNTUK MEREKA:

-bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)
-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)


KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:



-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan

-Memejalkan payudara, otot dan punggung

-Menyihatkan rambut dan kuku

-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid

-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur

-Mengurangi selulit

-Memberi tenaga

-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang

-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis

-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot

-Merawat penyakit gout

-Mencegah kanser/tumor

-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.


CARA PENYEDIAAN
1. 100gm rumpai laut dibasuh 5-6 kali untuk hilangkan bau hanyir.. Rendam selama 5-6 jam sebelum direbus.
2. Setelah kembang, basuh sekali lagi dan rebus dengan 2.5 liter air (rumpai laut putih kuning) 2 liter untuk (rumpai laut purple)
3. Dengan api sederhana rebus selama 15 minit.  Bila sudah likat dan hancur boleh lah tutup api.
4. Sejukkan dahulu kemudian masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Macam ni lah rupa dia lepas dah dimasak dan disejukkann dalam fridge ;) 

PERATURAN MAKAN
Waktu Pagi:
1. Semasa perut kosong selepas bangun tidur
2. Ambil 2-3 sudu besar jelly, masukkan ke dalam cawan.
3. Letak sedikit air suam, makan.
4. Kalau tak boleh makan begitu saja, bancuhkan dengan sedikit air milo, horlick, ribena, oren jus, letak sedikit air dan minum.
5. Selepas 1/2 jam barulah ambil sarapan pagi.
6. Elok diambil bersama vitamin C 1000mg selepas sarapan pagi.

Waktu Malam:
1. Sebelum tidur ambil 2-3 sudu besar jelly.

ELAKKAN: 
Elakkan kaffein (teh, kopi, nescafe & minuman bergas)

PERHATIAN: 
Kanak-kanak bawah 2 tahun tidak boleh mengambil jelly ini. Wanita selepas bersalin dan Caesar.

PERATURAN:
Kanak-kanak 3 tahun ke atas: 1 sudu kecil (pagi/malam) (1x sehari)
Remaja: 1 sudu besar (pagi dan malam) (2x sehari)
Dewasa dan warga emas: 2-3 sudu besar (pagi dan malam) (2x sehari)



Selamat mencuba yeeee....gunakan tanpa was2......bye

.