Blogger Layouts

Khamis, 24 Mei 2012

HAPPY BIRTHDAY UMMI...


Assalamualaikum..salam semua..ummi harap semuanya sihat2 walafiat...
Emmmm ...today....yesssss....my besday yang ke ?..biarlah rahsia...macam lagu dato siti tu...dah tua...tak kan semakin muda kan...heeee

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dari Allah, ummi masih lagi mampu bernafas di dunia ni, menghirup udara yang segar,merasa keindahan alam ciptaan Tuhan.Ummi masih dapat melihat anak2 ummi membesar depan mata  ,ummi masih dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri,dan dengan tulang 4 kerat ni,ummi masih dapat menjalankan tanggungjawab pada kedua orang tua ummi...Syukur padaMU ya Allah...


Terima kasih buat hubby tersayang...di hari jadi ummi tahun ni,ummi dapat hadiah yang sememangnya ummi nanti-nantikan...selalunya hubby akan buat kejutan untuk ummi...dan tahun ni ummi kena lagi...Suatu hari hubby bagitau ummi,hari rabu kerja apa?ummi  jawab "kerja pagi",jangan tidur petang yaaa...ada staf lembaga eletrik datang mahu check meter..ok jawab ummi selemba.Beberapa minit sampai di rumah ,ummi terima sms dari hubby,"tengo2 orang datang(dalam hati,seribu persoalan bermain di kepala),petang tu,dengan yang menurut perintah,ummi langsung tidak tidur,walaupun kepenatan tahap gaban.Jam menunjukkan jam 5 petang...batang hidung staf electrik yang nak datang tak juga muncul2...agak2nya mesti ada kejutan dari hubby....heeee rupanya orang pos laju yang datang bawa bungkusan....love u hubby...moga ikatan yang kita bina ini kekal hingga nafas terhenti...
 

Kepada kawan-kawan yang ada wishkan diFacebook , ummi ucapkan terima kasih banyak-banyak kat korang,moga Tuhan membelas segala kebaikan u all.Biarpun ada yang langsung ummi tak kenal dan tak pernah bersua muka...Terkejut dan sangat2 terharu...


 2nd night di hari jadi,heeee anyway mulakan dengan senyuman walaupun hati bercampur sedih....


Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda :
“Sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya.” [Hadith Riwayat Imam Al-Hakim]

Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari IBU...

ASSALAMUALAIKUM....moga kita semua di bawa lindungan-NYA.
Hampir2 ummi terlupa,today MOTHER'S DAY,yesterday seharian bersama eqal dengan aktiviti lawatan pakar telingan,hidung dan tekak ke TDKU...manakala tengaharinya lawatan ke kapal TLD.Kepenatan tahap gaban namun sangat seronok dapat bawa eqal jalan-jalan...


Bergambar bersama pakar ENT 
ummi dan eqal di atas kapal KD KEDAH
"SELAMAT HARI IBU" kepada semua ibu2 in the world...especialy for my mom and mother in law,semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat,di panjangkn umur,di murahkn rezeki dan dapat menjalankan tugasan harian untuk suami dan anak2 dengan jayanya.Bagi ibu2 yang tidak punya ibu,berilh kasih sayang pada anak2 dan pesankn pada mereka agar MENGHORMATI dan MENYAYANGI IBU selagi masih punya IBU,dan beri bantuan pada IBU2 yang memerlukan bantuan...kasih ibu membawa KESYURGA kasih AYAH sepanjang masa..AMIN YA ROBBAL ALAMIN....


DAN kesempatan ini juga ummi mengucapkan...SELAMAT HARI JURURAWAT untuk diri ummi and for all nurses in the world...JURURAWAT adalah kerja yang mulia, membantu dan merawat pesakit yang kesakitan. Sanggup berkorban masa dan tenaga. Jadilah jururawat yang penyabar, jiwa berdedikasi, penuh kasih sayang, lembut bahasa dan tutur kata, senyuman yang manis sentiasa terukir, membantu dengan terbuka hati, tabah menghadapi cabaran dalam kerjaya. Itulah seorang jururawat yang berjaya.. Pada yang berkeluarga dengan seorang JURURAWAT dirumah tidak kira isteri/suami, tidak kira anak/kakak...... Hormatilah mereka yang selalu mencari masa untuk anda walaupun mereka mempunyai jadual tugas yang sibuk... Tetapi cintailah mereka sekiranya mereka tidak pernah melihat jadual tugas apabila anda memerlukan mereka... ♥ ^_^ ♥




Sabtu, 12 Mei 2012

Al-Kisah Menguap….Jangan ambil mudah



Sekadar setitis ilmu PENTING NI….!!!!!!

Menguap….. semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ……ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah.. kan manis gitu…

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai….huargh…..huh…..haaah dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan …? astaghfirullah. .! begitu rupanya…lalainya saya…

Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyi tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan- sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada

ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan…moga bermanfaat
‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~

sumber By: Mencari Keredhaan Illahi,

Khamis, 10 Mei 2012

sedarhana



 

ASSALAMUALAIKUM....

kali ini kita bertemu dengan tajuk. Kesederhanaan dalam kehidupan. Sebab kesederhanaan itu sendiri satu keseniaan yang indah 
andai kita hayati setiap sederhana. Bila kit abaca pada tajuk, kesederhanaan dalam kehidupan, cuba kita refleksi diri kita. Adakah kita seperti sahabat-sahabat Rasulullah? Bersederhana dalam kehidupan. Seperti Abdurrahman Al-Auf, yang merupakan seorang yang hartawan, tetapi dia begitu merendah diri. Seperti Saidina Abu Bakr As- Siddiq yang merupakan seorang hartawan tetapi beliau juga bersederhana dalam kehidupannya. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tapi, itulah yang di tuntut dalam Islam.


Apa itu qanaah?

Qanaah huraikan dengan membawa maksud bersederhana.

Kenapa?

 melihat keindahan dalam setiap kesederhaan itu sendiri. Seni yang hebat dalam perjalanan dan pentas persekolahn manusia yang cukup luas.

Pada dasarnya, manusia melihat sederhana itu dalam aspek harta sahaja. Tapi kesederhaan itu sendiri ada dalam setiap aspek juzu kita sebagai manusia.
Bukan mudah untuk kita memupuk sifat kesederhanaan dalam diri. Sederhana dalam penampilan, sederhana dalam pandangan, sederhana dalam pergerakan mahupun banyak lagi sederhana yang boleh kita terapkan dalam diri kita.

Hal ini kerna kesederhanaan itu sendiri adalah satu garisan berlebih-lebihan dan berkurang-kurangan.

Membuatkan manusia yang mampu bersederhana itu, seperti sedang melagukan satu music yang terindah untuk di nyanyikan dalam jiwa dan diri kita. Hingga kadang kala membuatkan orang lain terpesona melihat keindahannya.

Namun itu juga adalah satu bukti bahawa sederhana bukanlah satu perkara yang mudah di capaioleh manusia. Kerana garisan sederhana itu adalah amat tipis dan mudah putus.

Yang Menghilangkan Apa Itu Sederhana

Apakah yang menghilangkan sifat sederhana dalam diri manusia?


1) Ego
2) Inferiority

Ego akan membawa diri kita lebh kea rah berlebih-lebih dalam segala aspek kehidupan. Samada dari segi pemakaian. Manakala inferiority adalah satu aspe yang membawa kita kea rah kekurangan. Tapi, jarang kita melihat orang terkeluar dari segi berkurang-kurangan.

Dengan rasa terlalu layak, rasa bagus, rasa terlalu hebat, semua itu membawa diri kita kepada satu peribadi yang keras seperti bongkak, takbur dan mungkin eksterim!
Rasa terlalu kurang, rasa bahawa diri ini terlalu lemah, rasa bahawa diri ini tidak layak untuk itu dan utnuk ini akan membawa diri kita kepada peribadi yang lembik, lemah, bodoh, mudah di pergunakan dan mungkin mudah di perkotak-katikkan. Ya, walaupun kita tidak merasakan sedemikian, tetapi kehidupan kita akan terhanyut kea rah itu lama kemudian.
Tetapi sesiapa yang mampu mengawal egonya dan menghapuskan inferioritinya maka dia adalah manusia yang berjaya dalam bersederhana.

Sederhana Memerlukan Pengorbanan

Itulah sebabnya yang paling sukar untuk berkorban. Sebab dengan menjadi bersederhana kita kena mengorbankan sifat ego yang membara dalam jiwa.
Ada orang yang suka mengikuti egonya, kerana merasakan bahawa dia akan menjadi yang tertinggi dengannya. Ada orang suka dengan sifat inferioritinya kerana dia merasakan mudah dan tidak rasa terbeban dengan perasaan dan lari dari sifat tanggungjawab.

Penutup: Orang yang bersederhana itu indah dengan cahaya.
Orang berperasaan seperti itu adalah indah. Mereka tidak sakit dengan dunia. membuatkan mereka tersenyum dengan riang






Sabtu, 5 Mei 2012

KADANG KADANG dalam hidup ini :






Orang yang Ego mahu anda melihat 

betapa hebatnya mereka 
tetapi orang yang PENGASIH mahu melihat betapa perlunya rendah hati untuk anda.

Orang yang PEMARAH mahu anda melihat betapa benarnya mereka tetapi orang yang PENYABAR ingin melihat betapa perlunya ketenangan untuk anda.


Orang yang SAKIT mahu anda melihat betapa deritanya mereka tetapi orang yang SIHAT mahu melihat betapa perlunya kesabaran untuk anda.

Orang yang KAYA mahu melihat betapa bahagianya mereka
 tetapi orang MISKIN mahu melihat betapa perlunya sifat pemurah untuk anda.


Orang yang BERSEDIH mahu anda melihat betapa kecewanya mereka tetapi orang yang sedang BERGEMBIRA mahu melihat betapa perlunya ketabahan untuk anda.



Jumaat, 4 Mei 2012

Bolehkah Menceritakan Aurat Kepada Bukan Mahram?





Asssalamualaikum..
Apakah hukum memberitahu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.
a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)
c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

Sumber: http://www.al-fikrah.net/

Khamis, 3 Mei 2012

Batas Pergaulan Antara Sepupu Lelaki Dan Perempuan

Kebanyakkan masyarakat keliru, bagaimana adab pergaulan di antara sepupu lelaki & perempuan. Mungkin ada di antara mereka menganggap bergurau, bertepuk tampar itu satu perkara yang biasa.


Batas Pergaulan Antara Sepupu Lelaki Dan Perempuan | Artikel pada kali ini adalah mengenai perhubungan dan pergaulan sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Kebiasaannya saudara mara kita akan tertanya-tanya, boleh ke salam, boleh cium tangan dan sebagainya. bagi sesetengah masyarakat menganggap ia satu perkara yang mudah. Tetapi silap, haram menyentuh tangan hatta sepupu sekalipun.

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ” (Al-Nur : 31)
Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan sepupu antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.
Pergaulan sepupu antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)
Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram dan auratnya sepertimana perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki mahram yang lain.
Melayukini.net - Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan sepupu. Seksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya. Semoga kita dapat menegur, saudara mara kita yang terdekat agar dapat mengetahui hukum yang sebenarnya.
Sumber: Ustaz Amin | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net