Jumaat, 25 Januari 2019

BERCUTI


Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun persekolahan...ramai ibubapa mengambil peluang bercuti bersama family..Begitu juga kami,masa cuti sekolah lah kesempatan meluangkan masa bersama family.Seperti tahun-tahun berikutnya,kami sekeluarga hanya bercuti di dalam sabah sahaja,memandangkan amat sukar untuk ke luar kawasan sabah,takut emosi abang eqal yang tidak menentu..dan sukar di jangkah..
Bila bercuti kami terpaksa mencari homestay,,sebabnya homestay luas dan selesa berbanding bilik hotel..sekurang-kurangnya bila abang eqal mengamuk tidak lah menganggu penghuni hotel..nanti silap hari bulan..ada plak pak polisi datang,ingatkan kita mendera.๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
Bawa abang eqal bercuti ni..sebenarnya banyak kesabaran.Adakalah bila moodnya tidak ok,semua benda tidak kena di hatinya,mulalah mengamuk sambil memukul mukanya..kadanga sampai satu tahap telinga serta muaknya bengkak dan berdarah.
Bila masuk mall,ada juga segelintir orang memandang abang eqal,macam tidak pernah nampak orang,kadang-kadang buat kita rasa kurang selesa.
Sepanjang masa bercuti,ada  juga abang eqal mengamuk tidak mahu masuk mall,sampai lah security gurd datang membantu..,dalam keadaan kita begini masih ada juag yang perihatin dan memahaminya..Masa melawat muzium dan rumah terbalik,abang eqal langsung tidak mahu keluar dari kereta,belum sempat kita tarik tangannya,abang eqal sudah bertindak awal-awal.Kita di tolak keluar dari kereta(nasib baik tidak jatuh tersungkur๐Ÿ˜†) pintu kereta terus di tutup.Kalau sudah abang eqal buang tebiat begini.segala pujukan memang tidak jalan,maka berkurunglah abang eqal dalam kereta.. security gurd  juga yang tolong tengo abang eqal,terima kasih encik gurd,moga encik gurd sentiasa di murahi rezeki,Aamin....







InsyaAllah muda-mudahan diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang lebih..hujung tahun ni kita bercuti lagi ya anak-anakku...









Selasa, 22 Januari 2019

HAPPY NEW YEAR 2019


Assalamualaikum..Selamat tinggal segala kenangan 2018...WELCOME 2019,moga tahun baru ni kita sentiasa dalam keadaan yang sihat,ceria dan happy...

Hampir beberapa bulan tidak menulis kisah eqal..di sebabkan kekangan kerja..insyallah tahun ni umi akan kongsi cerita tentang eqal..
Cuti sekolah sudah pun berakhir..dan budak-budak sekolah sudah pun mula memuali sessi persekolahan seperti biasa,namun abang eqal masih lagi bercuti panjang...
Tahun lalu adalah tahun terakhir abang eqal di TDKKU (Taman didikan kanak-kanak kurang upaya)..dan buat masa sekarang abang eqal masih menunggu kekosongan PDK (pemulihan dalam komuniti)..menurut cikgu di PDK,buat masa sekarang pelajarnya sudah berjumlah 50 orang..so pengambilan pelajar di berhenti buat seketika....memandangkan cikgu hanya 5 orang..Mudah-mudahan rezeki abang eqal  cepat di terima di PDK.
Situasi ni lah buat umi dan ayah risau..memandangkan umi dan ayah bekerja.Buat masa sekarang,umi terpaksa request kerja malam setiap minggu atau duty petang...Bila umi turun kerja,aqem dan nenet pulak yang ambil alih menjaga abangnya sehinggalah ayah habis duty jam 5 petang...begitu lah rutin harian kami menjaga abang eqal..



Doakan kami sekeluarga sentisa sihat dan murah rezeki...dan doakan mudah-mudahan segala urusan abang eqal dipermudahkan..aamin