Khamis, 11 Jun 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
kenangan yang takkan di lupakan.. Untuk aku baca di tahun-tahun hadapan jika masih dipanjangkan umur ,insyaAllah.....

Takkan sesekali aku lupa, 
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ“ŒTiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
πŸ“ŒPKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
πŸ“ŒTiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
πŸ“ŒTiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
πŸ“ŒTiada bunyi mercun, tiada yang cedera akibat mercun.
πŸ“ Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
πŸ“Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πŸ“Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dalam group what'sapp.
πŸ“Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tangan di dada.
πŸ“Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
πŸ“ Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yang kantoi jual rokok seludup dan ketum.
πŸ“Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
πŸ“Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πŸ“Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
πŸ“ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yang sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
πŸ“Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tapi diganti dengan nikah online.
πŸ“Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
πŸ“Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
πŸ“Taman permainan kanak-kanak ditutup.
πŸ“Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

πŸ“Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
πŸ“Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πŸ“Rak-rak di kedai menjadi kosong.
πŸ“Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
πŸ“Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
πŸ“Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
πŸ“Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πŸ“Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
πŸ“ Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm,dan bila pulang dari duty petang terasa sangat seram,rasa macam kawasan kita tinggal tidak berpenghuniπŸ˜†πŸ˜†,pernah juga beberapa kali merempit sebab takutπŸ˜„πŸ˜„
πŸ“Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
πŸ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
πŸ“Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga...sebelum pulang kena pastikan cuci tangan bersih-bersih,sebelum dan selepas  keluar dari kereta  hand santitizer.Pulang rumah cuci tangan bersih-bersih, tukar baju(baju unifom terus di cuci) dan terus mandi,baru berani peluk anak-anak..
πŸ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️
akan jd kenangan abadi selamanya...


#stayathome
#socialdistancing
#staysafe

Rabu, 10 Jun 2020

AIDILFITRI




KAMI SEKELUARGA mengucapkan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...Andai ada terkasar bahasa terlanjur kata dalam Blog penulisan saya,harap di maafkan yaa...kosong-kosong.....

MENYAMBUT Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza dari tahun sebelumnya, bahkan kali pertama menyambutnya dalam suasana normal baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aktiviti solat sunat hari raya di masjid, ziarah-menziarahi, balik kampung dan rumah terbuka terpaksa dihadkan bagi memutuskan rantaian wabak pendemik COVID-19 yang melanda dunia.
Suasana RAYA berbeza daripada RAYA tahun-tahun yang lalu , kemeriahan dan kesyahduannya dirasai sejak Ramadan lagi. Jika tidak balik kampung, maka tiadalah raya dan jika tiada foto raya keluarga, maka tidak bermaknalah hari raya serta begitulah yang kita rasai sejak kecil.Namun, tahun ini kita perlu menyambutnya dan membuat sedikit penyesuaian dengan normal baharu.
Tahun ini benar-benar mengajar kita erti syukur. Kita bersyukur kerana Allah SWT menyelamatkan negara, keluarga dan diri kita daripada wabak COVID-19. Begitu juga kita perlu bersyukur kerana Allah SWT memberi peluang untuk kita beribadah dalam bulan mulia dan mengurniakan Aidilfitri. Alhamdulillah raya tahun ni dapat berkumpul solat aidilfitri di rumah dan mendengar khutbah aidilfitri dari suami.. dan birthday tahun ni sangat special sebab jatuh pada first raya...so dapat lah celebrate dalam suasana yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya...


selesai berbuka puasa...berkumpul takbir aidilfitri bersama keluarga

solat aidifitri di rumah
khutbah aidilfitri disampaikan oleh  husband









hari lahir jatuh pada raya pertama.....























Kami semua ready beselfi,abg eqal dengan dunianya sendiri....


Semoga kita dapat meraikan hadiah daripada Allah SWT, Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan kesederhanaan. Marilah kita sama-sama doakan semoga ujian pandemik COVID-19 akan berakhir di negara kita khususnya dan seluruh dunia umumnya...Aamin
#stayathome
#stayhealthy
#staysafe

Jumaat, 22 Mei 2020

HANDPHONE


Selama ni selalu bagi tengo abang eqal kartun kegemarannya 'hagemaru' di youtube guna handphone dan kadang-kadang guna leptop.Sebelum ni bila abang eqal mahu tengo kartun,dia just tunjuk hp atau pun leptop saja,so kita tolong lah buka youtube bagi dia tengo..(bila abang eqal tolong buat kerja,sebagai genjaran kita bagi pinjam hp,sebagai tanda terima kasih).
Baru-baru(sebelum PKP) ni,masa saya mandi(sebelum mandi,saya letak hp atas meja solek)abang eqal duduk tepi katil sambil main tasbihnya...Dalam kamar madi terdengar lah suara kartun si hagemaru,dalam hati sebelum madi tadi abang eqal bukan main hp,macam mana dia boleh buka youtube dan cari kartun hagemaru(saya dan abang eqal saja di rumah)..Keluar saja dari kamar mandi,abang eqal santai atas katil sambil layan kartun kegemarannya...senyum-senyum kambing bila nampk saya keluar..Biarpun abang eqal tidak seperti budak-budak normal,tapi ingatannya sangat tajam,dia boleh ingat apa yang di ajar atau pun nampak apa yang orang buat...

pandai abang eqal cari folder youtube,biarpun folder youtube di tukar di atas ,tengah,tepi atau di bawa,cepat abang eqal jumpa

plih kartun hagemaru





layan kartun hagemaru
Semoga abang eqal tetap cemerlang terbilang biarpun tidak seperti kanak-kanak yang normal... dan moga sentiasa dalam lindungan kasih sayang-NYA,,Aamin

Selasa, 12 Mei 2020

See the source image 

HAPPY NURSES DAY ALL NURSES IN THE WORLD... 
PandemicCovid19
WabakPolio(Sabah)
(Khas untukmu JURURAWAT yang pernah dibilang dulu tukang lap taik pesakit) πŸ€—
  18 Tahun Bergelar Jururawat yang SAH.
Menjelang Tahun 2020 adalah ujian besar untuk kami hingga hari ini.
Ini tidaklah seindah lagu yang seringkali berkumandang di corong radio semasa zaman kecilku, lagu ‘Wawasan2020’

Sebagai renungan,
Jadi jangan coba2 cakap belakang mahupun di depan tentang kami yang bergelar JURURAWAT. Jangan di pandang rendah kami ini kononnya tahap pendidikan tidak tinggi seperti kamu, tapi banyakkan membaca sejauh manakah perjalanan kami untuk ke beberapa lorong, agar kesihatan kalian adalah di tahap yang optima...

Janganlah lagi ada suara sumbang berkata ‘nah! Siapa suruh kamu jadi Jururawat’. Kalau bukan kami, jadi siapa lagi?
Ingat, Kami redha dengan ketentuan nasib kami. Kami percaya, Tuhan yang telah memilih kami ke bidang kejururawatan. Dengan izinNya....

Janganlah panjang cerita, seluruh Malaysia tahu.
Namun hanya satu, walaupun perit getir melanda, walaupun tidak merasa cuti rehat yang aman seperti kamu, tapi kami tidak pernah sesekali pusing ke belakang meletak lencana mahupun cap untuk menarik diri.

Tahukan?, disaat kamu lahir saja, tangan JURURAWAT INI YANG MENYAMBUT KELAHIRAN MU. Kami bertanggungjawab keatas tahap kesihatan kamu hingga kamu ‘BERJAYA’ menembusi golongan WARGA EMAS.
Boleh nampak kan, kami jaga tahap kesihatan kamu daripada bayi hingga ke hari tuaMu. Juga dengan IzinNya. Janganlah menidakkannya kerana Itu FAKTA!

Kami adalah JURURAWAT YANG TIDAK PERNAH MEMINTA2.
Kami IKLHAS, dan ingat selalu KAMI SEDIA MEMBANTU!

Kerana kami sudah bersumpah dan berjanji seperti kamu DEMI TUGAS HAKIKI YANG TELAH DIAMANAHKAN.
Semoga menjadi ASBAB untuk kami ke akhirat kelak bersama kalian rakyat Malaysia yang tercinta.

Kami bersyukur seadanya.
Alhamdulillah.
Tidak banyak Kami mohon, hanya meminta agar kalian terus mendoakan semoga kami terus kuat!
Kita saling mendoakan itu lebih baik😘
Terima kasih kerana menghargai kami para Jururawat yang biasa2 saja ini.

SELAMAT HARI JURURAWAT 2020 untuk semua yang bergelar JURURAWAT.
Kami Berjihad, itu kata para ulama. Bukan kami yang bilang.
Alhamdulillah. Semoga mendapat redha dariNya.

Covid19
Ingat,
KITA MASIH BELUM MENANG

Ayoh!, kita teruskan perjuangan!





 #PLEASE EVERYONE'S STAY AT HOME
#TOGETHER WE FIGHT COVID19
#TAKE HEALTH

Cita-cita dari kecil bukan jururawat,dan memang tiada minat pun mahu jadi jururawat,masa kecil-kecil (sekolah rendah) dulu saya paling takut bab-bab di jarum,kalau ada jururawat datang sekolah,belum pun giliran di jarum,sudah ketakutan sejuk satu badan,mahu nanggis pun ada.Pernah juga melarikan diri masa ada program suntikan demam kepialu di kampungπŸ˜†πŸ˜† tapi berjaya di kejar oleh mak (mak dulu-dulu memang laju).Bila datuk atau nenek sakit admit hospital,selalunya saya jadi mangsa yang menjaga..bertambah lah saya langsung tidak berminat jadi jururawat (nampak tugas jururawat yang sibuk ,nampak macam-macam mesin ,wayar sana sini) dan pernah juga kami buang kasut jururawat masa datang buat lawatan ke rumahπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
.Cita-cita sebenar mahu jadi polis,tapi tiada rezeki sbab salah satu saya selalu gagal dalam interview ketinggian,bila sampai giliran abg polis akan cakap..'belum cukup tinggi lagi,pulang ni rajin-rajin lah makan sayur kacang dan rajni begayut di pokok',sampai hari ni masih terniang-niang di telingaπŸ˜‚πŸ˜‚..lepas SPM mencuba nasib mengisi spa8 plak,frust asyik failed interview polis..salah satu pilihan jururawat.Dalam banyak-banyak pilihan (dalam10 pilihan) saya berjaya dapat panggilan interview jururawat (jm) dan dental..saya datang interview dengan jayanya...(dua-dua panggilan interview saya datang biarpun tarikh yang sama,terlebih exaited gaisπŸ˜†) saya berjaya dalam interview jururawat(jm),dari tidak minat kini menjadi minat dan sangat bersyukur kerana tugas jururawat sangat mulia...

Happy Nurses Day and Happy Mother's Day... - Lam Wah Ee Hospital ...

Di kesempatan ini juga HAPPY MOTHER DAY All mother in the World..especially my mom(al-fatihah buat arwah mak)moga sentiasa tenang di alam sana..setiap pengorbanan mu tetap tersemat di sanubari..terima kasih atas segalanya,rindu yang tiada penghujung...buat mother in law terima kasih terima saya seadanya..tidak lupa juga buat ipar duai dan kakak-kakakku...Happy Mother Day..

Rabu, 29 April 2020

SALAM RAMADHAN..





SALAM RAMADHAN DARI KAMI SEKELUARGA..SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI MEMBAWA SERIBU KERAHMATAN DAN KEINSAFAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM..AMIN...SYUKUR ALHAMDULILAH MASIH DI BERI KESEMPATAN UNTUK MENIKMATI RAMADHAN TAHUN NI...

MOHON KEMAAFAN SEGALA KESALAHAN ZAHIR DAN BATIN,BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA DIPERTEMUKAN LAGI BULAN PENUH RAHMAT,BERKAT DAN KEAMPUNAN..

RAMADHAN KALI INI LEBIH ISTIMEWA KERANA KITA SEMUA SEDANG BERJIHAD MELAWAN COVID-19 YANG MELANDA NEGARA MALAYSIA..walaupun dalam tempuh pkp(Perintah kawalan pergerakkan) namun ibadat puasa lebih bermakna.Ramadhan kali ni tidak seperti selalu.Pergerakan kita jadi terbatas,
Tidak boleh nak solat terawih di masjid serta surau.Tiada bazar ramadhan..Jangan lah kita bersedih,semua itu Ujian dari Allah...Ujian itu rahmat..ujian itu nikmat.

Sabar dan terus lah berdoa kepada-Nya agar wabak covid-19 ni cepat berakhir dan semoga keadaan kehidupan kita kembali seperti sedia kala tanpa covid-19.

Bersama-samalah kita mengambil peluang ganjaran yang telah Allah janjikan dalam bulan yang penuh barakah dan sama-sama kita perbaiki diri...

#ramadhan2020
#stayathome
#stayhealthy
#PKP


Senarai Program TV dan Drama Sempena Ramadan 2020 | Azhan.co