Blogger Layouts

Rabu, 22 Februari 2012

Erti Disebalik Kesetiaan


salam 1 malaysia..moga2 u all di luar sana sihat walafiat....emmm entry ummi ni memang menarik,yalah kan zaman sekarang ni susah sangat nak cari orang yang setia.Setia ni bukan semestinya dalam bab2 cinta saja,setia ni tergolong dalam macam2 katagori,contohnya setia dalam persahabatan,setia dalam perkerjaan,setia pada nasihat ibu bapa, setia pada perkahwinan dan setia dalam apa2 saja...ummi harap kawan2 semua tergolomg dalam katagori yang setia....

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat
dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.
Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redhalah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…Jadilah baik untuk dapat yang terbaik

Khamis, 16 Februari 2012

4 Kunci Penting Untuk Perkahwinan Yang Menakjubkan


        Assalamualaikum....harap semuanya sihat2 walafiat....hari ini ummi nak share entry yang ummi jumpa dalam FB Rahsia Suami & Isteri Bahagia, memang menarik tajuknya, especialy for yang dah berumah tangga dan yang belum berumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga di persilakan membacanya, ilmu tak rugi kalau di kongsi bersama2...so apa lagi jom sama2 menghayatinya.....

Kehidupan kini yang semakin maju dan pantas menuntut kita untuk lebih berusaha dalam mengejar kejayaan hidup lantas menyebabkan kita sering kali mengabaikan perihal perkahwinan kita yang semakin hari semakin suram.Ini juga menyebabkan kebanyakan pasangan pada hari ini terlepas pandang beberapa kunci utama dalam menjamin alam perkahwinan yang bahagia dan menakjubkan.

Tahukah anda beberapa teknik dan kunci yang paling berkesan dalam perkahwinan yang berjaya? Mendapatkan cinta yang sebenar ialah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk mencapainya. Kita bukan bercakap mengenai cinta yang sekadar berlaku di bilik tidur atau sebagainya yang zahir di mata, tetapi lebih daripada itu.


Cinta yang diperlukan ialah cinta yang sebenar-benarnya dan sedalam-dalamnya terhadap pasangan kita. Cinta yang menjadikan kita sentiasa meletakkan diri kita dalam kedudukan dan fikiran pasangan kita. Cinta yang menyebabkan kita akan melakukan apa sahaja demi membahagiakan hidup pasangan kita.

Itulah cinta yang perlu ada dalam perkahwinan kita. Cinta yang sebegini menuntut kita bersikap lebih sabar, banyakkan mendengar dengan penuh perhatian terhadap pasangan dan tidak membangkitkan sebarang pertelingkahan yang tidak menunjukkan kematangan kita. Anda sedar bahawa bersikap agresif dan sentiasa melebih-lebih dalam masalah kecil bukanlah suatu penyelesaian terbaik dan pasti tidak akan menyenangkan perasaan pasangan anda.

Namun, jangan jadikan seks sebagai fokus utama walaupun seks merupakan salah satu faktor dalam mengekalkan hubungan yang menggembirakan dan menyenangkan. Sebenarnya seks yang tidak dirancang iaitu melakukan hubungan seks pada waktu-waktu tertentu secara tiba-tiba dan ditambah sedikit kejutan kepada pasangan dapat menjadi penawar kepada kebosanan dalam perhubungan. Tambahan lagi, belajar untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan panduan seks dan hubungan romantik akan dapat menjamin kebahagiaan yang lebih kepada pasangan.

 Langkah kedua adalah meningkatkan kemahiran komunikasi bersama pasangan. Statistik menunjukkan  kebanyakan pasangan pada hari ini tidak mengambil berat soal komunikasi ketika melayari bahtera perkahwinan. Hal inilah yang menyebabkan mereka sering berselisih faham dan tidak menyelesaikan masalah dalam perkahwinan mereka seterusnya membawa kepada perceraian.
 Belajar untuk berkomunikasi dengan baik akan lebih mengukuhkan perhubungan anda. Komunikasi ini termasuklah dengan sentiasa mendengar apa sahaja yang diberitahu pasangan, elakkan bercakap perkara yang tidak berfaedah serta merumitkan keadaan dan juga sentiasa bersikap jujur antara satu sama lain.
 Langkah yang ketiga adalah dengan dengan sentiasa melengkapi dan bertolak-ansur dengan pasangan. Menjadi pemenang dalam sesuatu pertengkaran kecil atau besar bukan termasuk dalam matlamat perkahwinan. Perkahwinan yang bahagia terhasil daripada sikap bertolak ansur dan sanggup melupakan kepentingan diri demi kebahagiaan pasangan dan seterusnya menjamin perkahwinan yang berkekalan. Pasangan yang gagal untuk berfikiran terbuka dan bertolak ansur dengan kekurangan pasangan pasti akan menjerumuskan perkahwinan mereka ke dalam masalah yang lebih besar seperti berlakunya perceraian.
 Langkah yang terakhir adalah dengan berkongsi minat, keinginan dan matlamat perkahwinan bersama pasangan. Jika anda dan pasangan mempunyai matlamat yang berlainan dalam perkahwinan, ianya akan menyukarkan anda untuk terus mengekalkan hubungan yang bahagia.
 Asas perkahwinan yang mantap biasanya dipengaruhi oleh keinginan yang hampir sama antara pasangan. Untuk itu, sentiasalah mencipta kenangan yang terindah bersama pasangan dan sering diingati agar ianya dapat mengembangkan minat dan menyegarkan perhubungan perkahwinan setiap masa walaupun semakin berusia.
___________________________________________________________
Dan akhir sekali dari ummi plak, kata-kata dari hubby, "....para suami ambik lah satu waktu dalam sehari, untuk solat berjemaah bersama-sama anak isteri di rumah....kerana kesannya pada rohaniah kita cukup dalam....."

Selasa, 14 Februari 2012

Terima Kasih Suamiku...(part 2)

Assalamualaikum...syukur Al-hamdulillah....ummi masih boleh bernafas, tersenyum dan merasa sarapan hari ini....moga2 u all di luar sana sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang..entry ummi hari ini, ummi nak kongsi terima kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta......


Sebulan yang lalu, sis in law ada mempromosi corset pelangsing, ummi memang minat2 sangat tapi bila tahu harganya yang mahal, ummi pendamkan hasrat untuk membelinya. Suatu hari hubby tanya ummi, "Ayg minat guna corset, kalau minat abg belikan, abg bagi hadiah". Ummi cepat2 jawab"betul ke ni?. Time tu happy sangat2, sebabnya ummi nak langsing macam dulu2....sekarang ni dengan masa yang terhad, ummi tiada masa untuk melakukan aktiviti bersenam.....


Hp ummi berbunyi, ada msg masuk. Time tu ummi dalam perjalanan pulang dari syif petang.Tiba di lampu isyarat merah, ummi cepat2 baca msg, msg dari hubby..."Ayg di mana sudah, abg ada kejutan untuk ayg ni", ummi tahu pasti corset hubby belikan( tapi bermacam2 andaian yang bermain di minda ummi,apakah kejutan hubby). Bila lampu hijau, dengan hati berbunga ummi pecut 90km/sejam....ala2 minah rempit katakan..


Sampai rumah, hubby sudah menanti di pintu menunggu kepulangan ummi, sambil tersenyum2....Bila ummi masuk ke dalam rumah....Wah!!! Ada corset atas radio, terima kasih abg...Lepas ni boleh lah ummi slim kembali.Itulah kisah kegembiraan ummi 3 minggu yang lalu....hubby membelikan ummi one set corset pelangsing berjenama  PREMIUM BEAUTY CORSET...


Gembira dan terharu masih terasa hingga hari ini, ummi tahu harganya memang bukannya murah, namun sebagai tanda kasih hubby belikan juga untuk ummi...terima kasih hubby, hanya itu yang mampu ummi luahkan...selepas melahirkan anak ketiga bentuk badan ummi telah berubah bonjol sana sini, terutama bahagian pinggang, punggung, paha dan dada....menurut sis in law (Shahneza Ahmad - PB Corset Dealer)..corset ni tidak perlu bersenam dan berdiet, corset ni juga 70% for healthy and 30% for beauty...wah best kan.... Anda di luar sana,apa lagi jom kita mencuba.



Terimakasih atas kesabaran yang hubby berikan disaat ummi sangat cerewet dalam segala hal, dari mulai urusan penting sampai urusan yang sangat simple-simple. Kelakuan ummi yang terkadang seperti anak kecil, manja, terlalu sensitif......memang hubby seorang yang cukup penyabar.....

Terimakasih atas apapun pemberian darimu yang diberikan dengan penuh ikhlas dan sama sekali tidak pernah  hubby mencuba mengungkitnya. Terimakasih atas doa yang setiap malam hubby panjatkan untuk kebaikan ummi dan masa depan kita.....

Begitulah adat hidup berumahtangga. Kecewa, terluka, berkecil hati adalah perkara biasa. Bila sedar akan kesilapan diri, segeralah memohon maaf agar rasa kasih itu segar kembali....


.Terima kasih kerana menjadi suami ummi..........
Terima kasih kerana memahami ummi...............
Terima kasih kerana sering menghiburkan ummi.............
Terima kasih kerana setia mendengar luahan hati ummi.........
Terima kasih atas segala-galanya.....

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu  orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan  pintu-pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."

..."sepahit manapun kehidupan ini..sepayah manapun kehidupan ini" "sesukar manapun kehidupan ini..seduka manapun kehidupan ini" "hadapilah dengan senyuman"....



Promote sikit.....kalau ada yang berminat boleh tengok blog Premium Beauty my sis (Shahneza Ahmad) di http://shahnezaahmad.blogspot.com

Isnin, 13 Februari 2012

Eqal the brave boy..BILA EQAL DTERIMA KE SEKOLAH....

Salam 1 malaysia.....ummi harap u all di luar sana sentiasa sihat d samping family..Ummi mahu kongsi  kegembiraan ummi tentang eqal d terima ke taman didikan kanak-kanak istemewa....,Biar pun Taman Didikan ni bukanlah macam sekolah2 lain, namun sudah cukup untuk  ummi gembira dan bersyukur....sekurang-kurangnya eqal boleh bergaul dan menyesuaikan diri.....tidaklah eqal terperap 24 jam di rumah....Entry ummi ni sudah lama ummi buat, cuma ambik masa lama untuk di terbitkan.....apa pun jom baca....



Sebaik mendapat surat untuk pendaftaran eqal....ummi dan hubby begitu teruja dan gembira....mula lah kami    berbelanja untuk keperluan eqal....beg sekolah juga tidak di lupa...memandangkan tiada khas untuk uniform, kami membelinya beberapa helai baju dan seluar baru....seronoknya kami shoping..Di sebalik kegembiraan , tipu lah kalau tiada kesedihan di hati ummi.Ibu bapa mana yang tidak happy kan, setelah 2 tahun menunggu..akhirnya eqal di terima juga akhirnya....penantian kami satu penyeksaan.Umur eqal sudah masuk 6 tahun. Sebelum eqal di terima, setiap hari ummi akan rasa sedih, kesiannya eqal, budak-budak yang sebaya eqal sudah mula melangkah ke alam persekolahan....(pra sekolah)......

Seminggu sebelum eqal masuk ke sekolah (TDKU), pembantu rumah kami plak berhenti, dengan alasan pulang kampung,..biar pun eqal sudah bersekolah tapi ummi masih perlukan pembantu....sekurang -kurangnya ringan juga kerja ummi...,Apapun ummi kena kuat tanpa pengasuh....
Tiba lah saatnya eqal melangkah ke sekolah....ensomnya eqal....dengan beg sekolah....Eqal  berada di sekolah dari jam 8am hingga 5pm....Kira sehari lah eqal di sekolah. Memandangkan hubby kerja ofice hours, senanglah urusan menghantar dan mengambil eqal.

Hari pertama eqal ke sekolah ummi tidak dapat ikut menghantar. Terasa sedih dan risau juga bila eqal di sekolah, ya lah selama ni tidak pernah tinggalkan eqal di tempat lain kecuali rumah mak mentua, risau tentang keselamatan eqal,makan minum eqal,dan macam-macam lah dalam fikiran ummi.

Menurut cerita hubby, eqal tidak mahu lepaskan tangannya sambil menangis....setiapkali hubby mau keluar eqal akan lari dapatkan hubby dan tarik hubby masuk balik...hampir sejam, hubby gagahkan diri tinggalkan eqal sambil eqal "karau" menangis. Semasa meninggalkan eqal, hubby dapat lihat berulang kali eqal menoleh belakang, eqal takut di tinggalkan. Keadaan yang sama berlaku hampir seminggu....masuk minggu ketiga, eqal sudah berani dan berlari masuk ke dalam tanpa perlu hubby pimpin tangannya lagi...Eqal dah ada kawan2 baru....Si Ozil, Ci Ci dan Ca Ca....inilah kawan2 yang rapat dengan eqal. Mereka juga anak2 istimewa seperti Eqal...Setiap kali eqal pulang,kawan2 akan menghantar eqal hingga ke pintu,siap angkat beg eqal lagi,sambil melambai2 "bye2 eqal"...wah baiknya kawan eqal.Tentu eqal seronok d sekolah banyak kawan2.

Eqal akan ke sekolah seperti budak2 sekolah juga (isnin-jumaat)....kekadang bila eqal tiada di rumah, terasa sunyi juga...setiap hari nama eqal yang selalu ummi sebut....jauh d sudut hati ummi mahu yang terbaik untuk eqal. Ummi dan hubby serta family sentiasa berusaha untuk eqal, namun andai suratan sudah tertulis, kita sebagai hamba-Nya terpaksa akur dengan suratan kehidupan, yang penting kita kena berusaha sedaya yang termampu....

Jumaat, 10 Februari 2012

Romantik Cara Rasulullah SAW....

Assalamualaikum....hari ni terbaca artikel yaang menarik betapa romantisnya Rasulullah SAW pada isteri-isteri Baginda.....panjang artikelnya tapi rasa seronok membacanya, romantisnya Baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta Baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.....Boleh baca artikel penuh DI SINI.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.


Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.


Menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan.


Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu.


Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.


Membawa isteri keluar bersiar-siar di waktu malam merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila  Baginda ingin keluar Baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama.


Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama (Hadis riwayat Muslim).


Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.


Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."


Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.


Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : "Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim). Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya”Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya).
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. 


Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Selasa, 7 Februari 2012

Batasan Dalam Bergurau


بسم الله الرحمن الرحيم

Diriiwayat Abu Daud:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!!

Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Usah menjadikan agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi kandungan jenaka bukanlah dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan ORANGNYA kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.Dan ada orang yg memang tidak pandai bergurau akan mengganggapnya sirius dan akan menjadi punca perbalahan pula.

g) Elakkan jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati dan mengurangkan Ilmu.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Berguraulah asalkan jangan menyebabkan kawan kita ketawa berdekah-dekah...

Khamis, 2 Februari 2012

Dunia Umpama Ladang Tanaman Untuk Dituai Di Hari Pembalasan

Sebutir nasi umpama setitik peluh petani?  Betapa berharganya nilaian usaha petani yang besar itu diertikan dengan perbandingan sebutir nasi itu cukup berharga dan tidak setanding pengorbanan petani... Hanya dengan sebutir nasi itu menggambarkan betapa besarnya usaha petani... Penat dan berpanas terik, berpeluh dan berselut. Bagaimana jika berbillion-billion nasi yang mereka hasilkan???Mari kita sama-sama renungkan..


 Sebenarnya, terlalu banyak nikmat yang ALLAH S.W.T telah berikan kepada kita... Semuanya merupakan hadiah Allah buat hambanya, termasuk nikmat kesihatan, kekayaan, kebahagiaan, pelajaran, kegembiraan dan segala-galanya. Namun, kita masih tamak dan tidak mensyukuri segala nikmat yang diberikan itu... Tidakkah kita terfikir? Baiklah.... Cuba kita pejamkan mata..... cuba kita renung-renungkan Firman ALLAH dalam surah-surah dibawah yang bermaksud:
Auzubillahiminassyaitonnirrajim...
"Ya ALLAH Ya TUHAN kami, turunkanlah kepada kami makanan dari langit untuk menjadi perayaan bagi kami, bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami dan menjadi kekuasaanMU dan berilah rezki kepada kami kerana ALLAH sebaik-baik yang memberi rezeki." Al-Maidah, ayat 114.
"Bumi ditetapkanNYA untuk makluk sekalian. Di atasnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak (mayang). Dan biji-biji yang mempunyai daun tangkainya (seperti padi dan sebagainya) dan haruman-haruman. Maka nikmat TUHAN manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman, ayat 10-13..
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku, sebab itu ampunilah aku... Lalu ALLAH mengampuninya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Al-Qasas, ayat 16..
Lihatlah..... ALLAH Maha BAIK kepada sesiapa sahaja!.. Betapa manusia itu tidak pernah bersyukur dan cukup atas nikmat pemberianNYA... Baru sahaja diuji dengan dugaan yang sedikit, hati sudah mengeluh, perasaan sudah tidak keruan yang akhirnya menghasilkan pelbagai persepsi negatif terhadap Allah S.W.T seperti tidak sayangkannya lagi dan sebagainya. Berlainan bagi orang yang tahu bersyukur, walau apa dugaan yang datang, dia tabah melaluinya dengan redha atas dasar ujian tahap keimanannya...


Dunia adalah diumpamakan sebagai ladang tanaman yang mana di atas ladang dunia inilah kita mencari rezeki, menabur bakti dan menambahkan amal ibadah serta mengurangkan dosa. Perlu diingatkan di sini, mengurangkan dosa... kerana apa? kerana kita adalah manusia biasa yang tidak maksum, sememangnya tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun, kita boleh berusaha untuk memperbaiki diri dari tidak melakukan dosa yang dilarang serta tidak membuat kerosakan atau perkara yang ditentang oleh Pencipta kita...
Firman Allah dalam surah at-Taubah 105 bermaksud: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya beserta orang mukmin akan menyaksikan apa yang kamu kerjakan.".
Hadis yang sering diperdengarkan, antaranya: "Bekerjalah kamu untuk kepentingan dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok." Sesetengah ulama menganggap hadis itu sebagai athar Umar bin al-Khattab.
Di atas bumi ini jugalah kita dipertanggungjawabkan mematuhi beberapa syarat perundangan wajib Islam iaitu termasuklah rukun Islam, rukun Iman, dan melakukan amal makruf nahi mungkar... Saling tegur menegur dan menasihati ke arah kebaikan... Sememangnya fitrah manusia sukakan kebaikan, bersih dan bebas dari pertelingkahan. Mari kita semua kembali kepada fitrah... Mencintai majlis ilmu dan saling menasihati agar kita kembali ke jalan yang diredhaiNYA... Amin...
Renung-renungkanlah, kita hidup bukanlah lama. Andai esok menyambut kita di alam kekal sana, apakah bekalan yang kita sediakan dan bawa... Adakah mencukupi? dan di dunia inilah tempat kita menanam amal dan menyebarkan kebaikan...Wallahu alam...