Blogger Layouts

Isnin, 30 Januari 2012

PERKARA AJAIB DI DALAM MINDA


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang,
anda tidak akan lapar.
Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa,
anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari,
tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa.
Padahal pada hari-hari biasa,
awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat,
anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.



Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”,
anda akan benar-benar malas dan boring.
Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya,
bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi.
Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja.
Daripada sini kita boleh simpulkan,
”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingati seseorang,
dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab,
dan tiada sebarang gangguan,
anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu.
Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. 
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik,
dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda.
Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba.
Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur.
Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.



3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang,
anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda.
Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi,
kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu.
Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif.
Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah.
Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya.
Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. 
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya.
Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.



5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat,
orang ini bukanlah seorang pelakon.
Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda.
Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya.
Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia.
Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yang erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya.
Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat.
Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Sabtu, 28 Januari 2012

KEISTIMEWAAN WANITA BERBANDING LELAKI


Assalamualaikum...Korang tahu tak bahawa wanita mempunyai BANYAK KELEBIHAN berbanding lelaki di sisi Islam. Peluang untuk mendapat pahala terbuka luas hanya dengan mentaati suaminya sebaik mungkin. Di samping itu, anugerah pahala terhadap wanita yang berganda berbanding kaum lelaki sepatutnya dijadikan sumber kekuatan untuk mentaati Allah SWT. Sehubungan dengan itu, wanita harus sentiasa mencari dan menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Berikut adalah antara kelebihan dan keistimewaan kaum wanita berbanding kaum lelaki:

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda:



“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Ibunya.”

13. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

Nah betapa bertuahnya menjadi seorang wanita yang disayangi oleh Allah SWT. Semoga  semua kaum wanita berlumba-lumba untuk mendapatkan kedudukan terbaik di sisi Allah SWT. Jadilah wanita solehah yang taat kepada suami dan Allah SWT.

Wallahu a'lam...







Ahad, 22 Januari 2012

10 perkara melindungi rumah dari gangguan syaitan....

  1. Penghuninya saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.
  2. Rumah yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah SWT.
  3. Penghuninya sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan tercela.
  4. Penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah SWT.
  5. Penghuninya tidak melakukan perbuatan haram.
  6. Penghuninya terdiri daripada pasangan yang Soleh dan Solehah.
  7. Penghuninya sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa.
  8. Penghuninya sentiasa sujud dan rukuk kepada Allah SWT.
  9. Penghuninya sentiasa menghubung Silatul Rahim.
  10. Penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah SWT.


Kitab Hindari Tipu Daya Syaitan. M/S : 19.


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2012/01/image006.jpg?w=456&h=330
Rumah Rasulullah SAW

Khamis, 19 Januari 2012

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan 
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marahKemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

Sumber: www.ustazazhar.net

Ahad, 15 Januari 2012

Eqal the brave boy...perangai baru eqal...

Salam....ummi harap semuanya sihat walafiat....buat ibu2 di luar sana tentu masih penat kan...tidak kurang juga para bapa yang sibuk jadi penghantar setia anak2 yg pergi dan pulang sekolah....semua ini adalah satu pengorbanan...insyallah anak2 pasti tidak lupa semua pengorbanan kita sebagai ibu bapa. Hari ini last lah cuti ummi selama seminggu lebih, selama cuti, ummi jadi driver mengambil anak2 ummi pulang sekolah....kecuali eqal, hubby yang akan mengambinya.....apa pun kita mulakan dengan senyuman..... entry ummi hari ini, ummi nak cerita tentang perangai baru eqal....

Kalau dulu perangai eqal...suka berlari ke sana ke mari, menonton tv.....kini eqal sudah banyak perubahan....sekarang eqal sudah pandai mencari makanan di peti ais...ummi pernah menyimpan kek di peti ais, naik atas sekejap.....bila ummi turun buka peti ais, kek itu tinggal separuh Hahaha...keja eqal lah tu (sebab time cuma kami berdua saja di rumah).....

Pernah sekali tu eqal keluarkan ayam mentah dari freezer. Terkejut ummi bila tengok ayam yang ummi simpan tiba2 ada di atas meja semalaman....ummi ingatkan hubby yang keluarkan ayam itu....rupa-rupanya kerja eqal....sekarang ini ummi tidak boleh menyimpan makanan atau buah2 di peti ais macam tu saja, kalau bukan di simpan dalam kontena...memang tidak akan selamat...

Kalau dulu ummi dan hubby mengunci bilik mandi, takut eqal curi2 masuk minum air dari pili air, (kalau tiada gelas di meja, pasti eqal masuk bilik mandi buka pili air untuk minum) tapi kini..selain minum, eqal akan mandi sepuas2nya...sambil melompat2 keriangan gitu. Yang hairannya eqal dah pandai pasangkan shower tu....kekadang ummi or hubby biarkan eqal mandi sepuas2nya....bagi eqal seronok...pernah dalam sehari eqal mandi 4-5 kali, bilik mandi lupa di kunci...huhuhu memang pening kepala, apa tidaknya, memantau eqal 24 jam...heeee :)

Perangai pelik eqal yang benar2 mencabar tahap kesabaran ummi, bila mana eqal adakalanya menyelongkar sampah....mengambur(bahasa sabah ba) nasi or sisa lauk.....sudah beberapa kali eqal menyelongkar sampah ni....terpaksa lah ummi sentiasa memastikan plastik sampah sentiasa di ikat...pernah hari itu, dalam kepenatan tahap gaban, ummi terlelap seketika dengan anak2 ytang lain kecuali eqal yang tidak tidur, ummi lupa ada simpan nasi, lauk di atas meja dan sampah basah lupa ummi  ikat.....time itu hubby pun terlelap di bilik atas lepas solat asar.....bila ummi bangun, terkejutnya ummi bila lantai dapur, meja dan singki penuh dengan nasi yang bertaburan....kepenatan ummi belum redah, bila lihat keadaan rumah jadi macam tu, rasanya memang ummi mahu menangis saja. Eqal tahu bila ummi marah (suara ummi kuat) cepat2 eqal melarikan diri naik ke bilik atas....kadang-kadang kesabaran ummi teruji juga....

Baru ummi perasan eqal ni ada juga sifat cemburunya....bila ummi tengah menyuapkan eqal nasi, kadang kala adik2 eqal pun ikut disuapkan juga, bila ummi suapkan adik2nya, eqal akan merengek dan mula memberontak...nasi di mulutnya di buang sambil menjeling-jeling adiknya. Rupanya dia marah jika ummi suapkan adik2nya sekali, dia mahu nasi tu disuapkan untuk dia sorang saja....Biarpun eqal ini anak istemewa  dia tetap punya perasaan untuk di sayangi....

...inilah gelagat Eqal bila bermain & mandi di bilik air...

Khamis, 12 Januari 2012

Kalau Tak Tahu, Lebih Baik Diam!

Salam 1 Malaysia,mudah-mudahan kita semua sentiasa ceria dan sihat walafiat dalam menjalani kehidupan seharian...Hari ini ummi nak kongsi dengan kawan-kawan entry yang ummi jumpa dalam FB Islam itu Indah.Sungguh menarik kan....ummi pun bukanlah baik,kadang kala tanpa sedar atau tahap kesabaran hilang terkeluar juga kata-kata yang kurang enak.Sama-sama lah kita mengambil iktibar,semoga dengan ini kita boleh mengawal lidah kita dari benda-benda yang kurang baik....Bak pepatah orang kerana lidah badan binasa... Jika kita tidak berhati-hati menggunakannya, maka ketajamannya boleh menumpahkan darah, sebagaimana pedang menusuk tubuh manusia. Boleh juga lidah itu menjadikan ‘api’ yang membakar semakin besar.

Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata,“Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya”.
Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya,
“Sungguh ia termasuk ahli neraka”.
Kemudian lelaki itu berkata lagi,
“Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya.”
Maka Rasulullah SAW berkata,
” Sungguh ia termasuk ahli syurga . “(HR.Muslim) 
Kisah dalam hadis tersebut memberi pelajaran akan bahaya lidah. Betapa jika tidak dikawal iman, lidah boleh menjerumuskan ke dalam neraka. Walaupun seseorang itu ahli ibadah, banyak solat, puasa, akan tetapi apabila tidak mampu menjaga lidahnya dari memfitnah, berbohong dan hasad – amalannya tersebut sia-sia.
Oleh sebab itu, lidah boleh menjadi media taat kepada Allah, dan boleh pula untuk memuaskan hawa nafsu. Lidah boleh digunakan untuk membaca al-Quran, hadis dan menasihati, lidah juga berubah seperti layaknya penyalaan api. Memfitnah, bersaksi palsu, ghibah, namimah, dan memecah belah umat. Jika seperti ini seberapa banyak pun ibadah kita tak ada gunanya, semuanya gugur gara-gara lidah yang lancang.
Rasulullah SAW memberi amaran, bahawa bahaya lidah adalah salah satu perkara yang paling beliau khuatirkan. Sebabnya, semua amal akan berguguran jika lidah kita jahat. Suatu kali salah seorang sahabat Sufyan al-Thaqafi bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, katakan kepadaku tentang satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!”
Beliau menjawab:
“Katakanlah,` Tuhanku adalah Allah `, lalu istiqomahlah”.
Aku berkata:
“Wahai Rasulullah, apakah yang paling anda khuatirkan atasku? “.
Beliau memegang lidah beliau sendiri, lalu bersabda:
” Ini . ” (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Antara kejahatan lidah adalah lidah yang banyak bicara dengan kebatilan. Jenayah lidah memang boleh setajam pedang. Jika kita tidak berhati-hati menggunakannya, maka ketajamannya boleh menumpahkan darah, sebagaimana pedang menusuk tubuh manusia. Boleh juga lidah itu menjadikan ‘api’ yang membakar semakin besar.
Imam Abu ‘Ali Ad-Daqqaq pernah mengatakan: “Orang yang berbicara dengan kebatilan adalah syaitan yang berbicara, sedangkan orang yang diam dari kebenaran adalah syaitan yang bisu.”
Gara-gara lidah, seseorang terjebak masuk ke neraka. Menjadi hamba yang rugi, sebab pahala orang yang berdosa kerana kerosakan lidah akan dihadiahkan kepada orang yang dizalimi. Gara-gara lidah yang jahat kita boleh menjadi hamba yang muflis (muflis).
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang pada hari kiamat nanti datang membawa pahala solat, zakat dan puasa, namun di samping itu ia membawa dosa mencela, memaki, menuduh zina, memakan harta dengan cara yang tidak benar, menumpahkan darah, dan memukul orang lain”. (HR.Muslim)
Oleh sebab itu, jika kita tidak tahu terhadap suatu persoalan sebaiknya diam terlebih dahulu sebelum mendapatkan jawapan dari ahlu dzikri (orang yang ahli/mengetahui). Jika tidak, ucapan kita yang tidak berdasarkan ilmu itu boleh menyesatkan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata yang baik atau diam”. (HR. Bukhari Muslim)
Lebih baik diam jika dihadapkan terhadap persoalan yang belum kita ketahui. Firman Allah SWT :
“Janganlah kamu bersikap terhadap sesuatu yang kamu tidak ketahui.” (QS al-Isra ‘: 36)
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di akhirat nanti adalah orang yang paling jelek akhlaknya, orang yang banyak bicara, orang yang bercakap dengan mulut yang dibuat-buat (mereka-reka cerita) dan orang yang sombong . “(Jami ‘al-Shaghir).

 Kesimpulannya, berhati-hatilah wahai saudara-saudari seIslamku, semoga Allah selamatkan lidah dan jari jemari kita daripada segala fitnah di luar sana. Amin......Wallahu a’lam.

Selasa, 10 Januari 2012

Assalamualaikum...salam 1 malaysia....Ummi harap semuanya sentiasa ceria dalam menjalani kehidupan masing2....Ummi  mahu share entry ummi ini,yang ummi jumpa dalam FB,ummi sangat tertarik dan rasanya tidak salah ummi kongsi dengan kawan-kawan semua....Bila kita hayati setiap kata-kata yang terungkap sememangnya mempunyai  seribu makna yang tersirat....Setiap apa yang kita miliki sememangnya hanya bersifat sementatra....


  • SeANGKUH & SeHEBAT Apapun Kita, Diatas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita BerSUJUD,
  • SeCANTIK & SeINDAH Apapun Rupa kita, Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya akan Membalut TUBUH Kita,
  • SeKaya & SeBanyak Apapun Harta Kita, Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap ILAHI,
  • SeGAGAH & SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari, Pada Akhirnya Akan Tetap DIUSUNG Juga,
  • SeRAMAI & SeBANYAK Apapun Teman2 Kita, NAMUN KITA AKAN PERGI SEORANG DIRI JUGA 1 HARI NANTI...MATI ITU PASTI... Allah Hu'Akbar......

Rabu, 4 Januari 2012

Eqal the brave boy....Eqal back to school..

Salam semua...moga semuanya sihat2 walafiat....tentu ibu2 di luar sana sibuk mengurus anak2 ke sekolah..terutama anak yg baru mula melangkah ke alam persekolahan.....macam ummi lah..tahun ini semua anak2 ummi 3 orang sudah mula bersekolah, Eqal seperti biasa akan ke taman didikan kanak2 (TDKU), Hanis anak kedua melangkah ke tahun satu dan Haqeem yang bungsu  plak melangkah ke pra sekolah........memang kecoh mulanya, tu baru 3 orang. Tak dapat bayangkan kalau anak 8-12 orang......mana mahu siapkan alat2 sekolah, sediakan baju, dan nak fikir lagi apa bekalan yang nak di bekalkan untuk anak2..huhuhu....happy pun ada, gelisah pun ada....

Awal pagi sesi persekolahan memang serba tidak kena....hahaha mungkin beginilah perasaan ibu bapa kita time mula2 kita bersekolah kan...ummi dan hubby terpaksa ambik cuti...ya lah kan.....urus pendaftaran anak2 ke sekolah bukannya mudah....tentu banyak yang perlu di uruskan....hari ini jam 5.30am ummi sudah bangun sediakan bekalan untuk anak2....oleh kerana sekolah eqal bermula 9 january...maka terpaksa kami hantar eqal sementara tempat neneknya...sebab ummi hantar aqeem mendaftar ke pra sekolah, hubby hantar hanis mendaftar ke tahun satu....

Hari pertama persekolahan jalan pun jem, hujan lebat lagi.....ramai yang sudah balik dari bercuti.....dalam kesibukan menghantar anak ke sekolah kena lah berhati2 memandu....sebab masing2 nak cepat sampai ke destinasi....ummi pun sampai lewat sikit sebab jalan jem....

Alhamdulillah.....ummi macam bermimpi....bila melihat  anak2 ummi rupanya sudah mula melangkah ke alam persekolahan...biar pun eqal hanya berada di taman didikan kanak2 kurang upaya, sudah cukup ummi dan hubby bersyukur...sekurang-kurangnya eqal tidak tersisih.....cepatnya masa berlalu...baru semalam ummi rasakan anak2 ummi masih di buaian....kini sudah bersekolah....
inilah kawan baik eqal di sekolah...Ozil namanya..
ini hanis anak ke dua ummi...
ini anak ummi yg ke3...Ultraman Aqeem...





ummi dan ayah sentiasa mahu yang terbaik untuk anak2...moga jadi anak2 yang cemerlang & terbilang......InsyaAllah....

Selasa, 3 Januari 2012

Eqal the brave boy..wah kuatnya gigi eqal....

Salam 1 Malaysia...selamat tahun baru...2012, moga tahun baru ini lebih baik dari sebelumnya...bila melangkah ke tahun baru, pasti ada azam baru....ummi doakan semoga kita bergembira dgn kehidupan kita...kenangan indah kita simpan jadikan kenang-kenangan dan yang kurang indah jadikan satu  pengajaran, jangan di buang, simpan baik2...biarpun pahit....

Entry ummi kali ni moa ceta sedikit macam mana kuatnya gigi eqal....kalau mahu tahu jom baca.....


Gigi eqal bukannya kuat apa, tapi kuat menggigit...bukan kuat  gigit orang....eqal ni suka sangat gigit bajunya, kalau hari ini beli esok pakai, 2-3 hari pasti koyak bahagian lehernya. Selain dari baju eqal akan gigit apa saja kain, termasuk kain lap tangan, biar pun ummi sudah sediakan tuala khas untuk eqal, pasti eqal akan mencari juga benda lain untuk di gigit....huhuhu...

Eqal pernah juga mengigit 3 charger HP....hingga terputus...bayangkan wayar hp tu boleh eqal putuskan dengan gigi....kalau kita tentu tidak mampu mahu putuskan...pernah juga eqal menggigit kabel wayar "extension"...time tu hanya eqal di bilik, bila ummi masuk bilik, masyAllah wayar itu hampir2 terputus dan extension wayar itu masih bersambung pada soket dan elektrik belum di matikan....cepat2 ummi matikan suisnya....kalau lah ummi tidak naik time itu ...na'zubilah....eqal...eqal........

Pernah juga eqal mengigit seluar adiknya...dalam masa beberapa jam seluar tu hancur seperti telah masuk dalam mesin pengisar, tinggal getah pinggang je yang tinggal sempurna....sampaikan ummi pun terkejut....kain apa di gigit eqal....rupanya seluar adiknya (nasib la seluar tu dah bercuci).......Wayar letop pun pernah jugak hampir putus di gigitnya...nasib baik ummi perasan, kalau tidak kompom putus di buat eqal...

Kebiasaannya, ummi dan hubby akan membeli tuala 3-4 helai sebulan....masih lagi ummi teringat....kami pernah bawa eqal pergi supermarket, dan kami dudukkan eqal atas troli....bila kami lalu bahagian sayur dan buah....tiba2 ummi tercium seperti bau buah limau....bila ummi pandang ke belakang...dengan selamba sedapnya eqal mengigit buah limau .....ummi pun tidak tahu bagaimana cepatnya tangan eqal ambik limau tu,sedangkan kami cuma lalu tempat tu sahaja....begitu juga sayur...ada yang menjadi mangsa gigi eqal.....adui...cepat-cepat hubby ambik dan letak balik lepas tu cepat-cepat beredar buat-buat tak tau je.....hahaha....
....beginilah gaya eqal menggigit tuala...
Dulu bila gigi eqal patah ummi ingat kuranglah eqal mengigit....rupanya tiada perubahan......tapi eqal ni kurang berminat  makanan lembut....seperti jeli-jeli....dia lebih suka makan buah, buah kegemaran eqal, buah jambu, tembikai dan betik....kalau  eqal jumpa buah kegemarannya, eqal tidak akan berhenti sehingga buah itu habis di depannya.....dan yang bestnya sekarang ni eqal dah pandai buka dan selongkar peti sejuk sendiri....ada perangai baru sudah eqal....dia tahu kalau buah kegemarannya tiada atas meja mesti ada dalam peti sejuk....nanti ada masa ummi akan cerita plak perangai baru eqal sekarang.....