Blogger Layouts

Sabtu, 22 September 2012

eqal sudah pandai macam-macam


Assalamualaikum....


Lamanya ummi ndak update story eqal...mesti korang yang selalu ikut story eqal tertunggu-tunggu kan.
Sekarang ni banyak sudah kepandaian Eqal,kadang kala ummi pun binggung...heee Pandai eqal buat ummi bingung...

Time pulang kampung baru-baru ni, ummi dan hubby agak terperanjat bila eqal sudah ada kepintaran dia sendir, mesti korang terfikir kan apa yang eqal sudah buat,...kalau korang moa tahu jom baca sampai habis....heeee pandai ummi buat layar buruk,,,

Selalunya bila pulang kampung eqal lebih suka bermain di bilik, memandangkan rumah mak di kampung bertingkat dan tangga untuk naik tingkat atas sedikit curam, so sebelum ni eqal hanya pandai naik tangga saja, turun memang eqal tidak berani dan eqal ni cepat gayat biar pun duduk atas meja..heeee.Alangkah terperanjat kami bila eqal sudah pandai turun tangga plak. Hari pertama sampai kampung, ummi ajar eqal cara turun tangga supaya suatu hari nanti eqal boleh berdikari sendiri. 4-5 kali ummi ajar eqal turun tangga setiap hari. Time ummi dan hubby asyik tengok TV di tingkat bawah, tetiba eqal lalu di depan, ummi dan hubby berpandangan hairan, emmm... "sapa yang kasi turun eqal? abang?" hubby geleng2 kepala, semua pun geleng kepala.
"Eqal turun sendiri!" sahut anak buah dari luar...,dalam hati hati ummi berbunga gembira, namun timbul juga kerisauan di hati akan keselamatan eqal.

Sejak eqal pandai naik turun tangga ni,hati ummi sentiasa risau, apa tidaknya bila ummi atau hubby di atas, eqal di bawah dan beberapa kali eqal terkeluar dari rumah.Raya ke-4 buat kenduri sekali open house,jiran ummi bagitau nampak eqal main di jalan raya depan rumah siap duduk di jalan raya lagi,keta yang lalu bunyi kan hon pun eqal masih lagi tidak berganjak....Aduhhhh susah nya hati ummi,....dalam hati ada baiknya jika eqal ndak pandai turun tangga..sekurang-kurangnya keselamatan eqal terjamin juga bila ummi dan hubby keluar pekan.

Sebelum pulang balik sandakan,selalunya eqal akan duduk d keta(selepas eqal sudah bersalam-salaman) ,sementara ummi,hubby bersalam-salam dengan adik beradik..sedang hubby leka bercerita dengan ipar duai di beranda luar...tanpa sedar tetiba eqal sudah pun tertiarap di rumput,(pintu keta time tu terbuka) alamak...agaknya eqal belajar mahu turun dari keta...satu peningkatan...
Tapi sayangnya ummi ndak sempat ambik gambar eqal time eqal jatuh...



Kalau dulu payahnya mahu  bagi eqal makan,apa tidaknya 2-3 suap sudah lari sana sini,terpaksa kita yang kena ikut rentak eqal,Tapi kini eqal sudah boleh duduk diam bila di bagi makan,eqal sudah boleh dengar arahan,Menurut cikgu eqal,di sekolah eqal di latih makan sendiri,tahan hati jee lah kompom lantai habis berjurit dengan nasi....Pernah sekali ummi biarkan eqal makan sendiri,fuhhhhhh.... rasanya ummi ndak sanggup...habis nasi bertaburan di lantai..So kalau makan nasi ummi yang suapkan kecuali biskut,keropok kuih atau makanan ringan eqal makan sendiri...Begitu juga kalau makan ubat, dulu ummi dan hubby terpaksa bersilat kalau bagi eqal makan ubat,kini eqal boleh makan ubat tanpa paksaan,malahan pandai makan sendiri plak tu...Syukur alhamdulila..






Sekarang ni eqal sudah pandai minta pasang CD...wah gembiranya ummi...Beberapa  minggu yang lalu...singgah rumah mak mentua(time tu  dalam perjalanan hantar eqal pergi sekolah) ada hal,so selalunya eqal tidak akan turun,tapi bila nampak kelibat mak mentua,kompom lah eqal akan menanggis mahu turun.Eqal sibuk membelek-belek CD ultraman,cd tu eqal bagi hubby,"eqal mahu apa,tanya hubby",yayaaaa sambil tangannya menunjuk cd ultraman ke arah TV,tanya mamak dulu kata hubby(anak2 ummi,panggil mak mentua "mamak").CD tu eqal bagi mak mentua sambil tangannya menunjuk ke arah TV,"nanti lah eqal pasang,eqal kan mahu pergi sekolah",tetap juga eqal berkeras mahu pasang cd ultraman tu,siap beguling-guling lagi atas lantai sambil menanggis....kesian juga tengo eqal,ndak pernah-pernah sebelum ni minta pasang cd.Agak-agaknya cd ultraman tu amat menarik di matanya,eqal kan minat tengo gambar-gambar yang bewarna..

Sebelum eqal mengamuk lebih parah cepat-cepat ummi dan hubby bawa eqal jalan....,sepanjang perjalanan ke sekolah eqal masih menanggis,ummi pujuk,bawa eqal main nasib baik berhenti juga amukan eqal....

Jumaat, 21 September 2012

Rahsia Hari Jumaat



Salam Jumaat...moga -moga kita semua sentiasa dalam keadaan yang sihat walafiat...
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat
Amalan Sunat Hari Jumaat:
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah SAW:
” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah”
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga”
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Sumber: http://www.mafhq.mil.my



Khamis, 6 September 2012

WEDDING ANNIVERSARY

 Assalamualaikum...salam satu malaysia..
Mood raya masih belum berakhir,pasti ramai kawan2 di luar sana masih lagi buat open house,wah...jangan lupa jemput ummi..heeeee....

Today yes today....adalah hari yang ? bagi ummi dan hubby....emmm mesti korang pun hairan kan ,apakah hari tu? tengo dalan kalender, Emmmm...actualy today my wedding anniversary...amboi2 suspennya ummi ni...heeee.


















Imbas kembali detik pertemuan 9 tahun yang lalu,bila ummi ingat2 terasa lucu plak...Ummi dan hubby bertemu di klinik kesihatan(out station)boleh di kira agak pedalaman juga klinik tu.Masih jelas di ingatan ummi,kata2 rakan sekerja,"ndak payah lah ingat2 orang jauh tu,di depan mata ni ada","issss ndak moa lah",saya ni setia pada yang satu..heeee...Jodoh dan ajal maut semuanya di tangan Tuhan,sekuat manapun cinta kita pada sesorang jika jodoh kita tidak kuat,tidak akan bersatu.DAN beribu batu sekali pun kita berjauhan,andai sudah suratan takdir itu lah jodoh kita,tiada yang mampu menghalangnya...amboi2 bermadah plak ummi ni....

Dari usikan teman2 setiap hari,lama2 menjadi suka dan rindu plak..heeee.Dalam masa yang sama setiap hari kami berutus surat cinta,heee lucu bukan,sehingga kini kesemua surat2 cinta kami,masih rapi dalam simpanan ummi.Dalam masa 3 bulan usia perkenalan,ummi dan hubby ambil keputusan untuk bertunang,wah cepatnya...dan dalam masa 5 bulan ikatan pertunangan, kami ambil keputusan untuk bersatu...cepatnya masa berlalu,sedar ndak sedar sudah 9 tahun usia perkahwinan ummi..Moga ikatan yang terbina ni,kekal selamanya....InsyAllah.....














6 september 2012 genaplah usia perkahwinan ummi 9 tahun.Ummi akui, ummi bukanlah isteri yang terbaik untuk hubby. Tetapi ummi berusaha untuk jadi yang terbaik untuk hubby dan menjadi ummi yang cemerlang untuk anak-anak ummi....







Di hari ulangtahun perkahwinan yang ke 9 ini, ingin ummi mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segala-galanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita,,,,,amin...

Dalam berumahtangga pasti ada pasang surutnya.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan rumahtangga. Kadang kala memang menguji kesabaran tetapi itulah yang harus kita tempuhi untuk menjaga mahligai yang telah dibina dari hancur berkecai. Alhamdulillah kini, segalanya semakin bersinar dan ummi berdoa agar ia terus bergemerlapan seperti bintang2 di langit. (Doakan ummi dan keluarga ya! Thanks).



Sekadar renungan...
" Kepercayaan umpama sebuah pasu...Sebaik saja ianya pecah walaupun boleh diperbaiki....Namun pasu itu sudah tidak akan sama lagi..."


...."Kepercayaan dan kejujuran merupakan antara nadi utama dalam sebuah perhubungan. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat".....



Rabu, 5 September 2012

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum all blogger...salam satu malaysia

Wah...lamanya blog ummi menyepi...Apa tidaknya kesibukan yang memanjang...hahahaaaa mesti korang ingat ummi sibuk buat kuih kan...jawapannya mesti lah tidak,heeee kuih raya semuanya kuih tunjuk...(made in supermarket)
Syukur alhamdulillah tahun ni dapat lah ummi beraya pulang kampung dengan kedua orang tua ummi,ya lah 2 or 3 tahun sekali ummi dapat peluang begini,so ummi sangat2 happy...lagi pun sistem giliran untuk ummi,raya tahun lalu sebalah hubby....

Dua minggu sebelum pulang kampung, hubby service kereta, ya lah kan jalan jauh, kereta mestilah dalam keadaan yang baik dan selamat. Korang tau ...ohhh tahun ni service keta, major servis...huhuhuhu duit yang out pun major lah juga...Ada juga dugaan yang ummi lalui sebelum bercuti beraya, FIRST....ummi terselamat...

Ceritanya begini, ummi ni memang kurang arif tentang hal-hal keta, yang ummi tau, start enjin dan drive....apa lagi kalau isi minyak,kompom alamat tak berisi lah minyak keta.Sudah dua hari ummi tercium bau macam terbakar, tapi ummi tidak lah risau sangat. Hari kedua bau terbakar tu semakin kuat plak baunya, dengan rasa tak sedap hati, ummi sms hubby bagitau apa yang terjadi.. 5 minit kemudian hubby call, "nasib baik ummi selamat sampai hospital", napa tanya ummi selemba, "minyak break keta sudah kering, tu lah ada bau terbakar."ummi terngagah seketika...Andai lah keta tu,tiba2....berbagai2 andaian yang bermain di fikiran ummi...
Syukur alhamdulila ,pengajarannya kena belajar periksa keta..

SECOND CASE....rupanya masalah pertama tu ndak selesai lagi. Boleh dikatakan setiap 2-3 hari minyak brek kurang sampai menyala lampu amaran. 3 hari sebelum balik raya (iaitu 6 hari sebelum raya) hubby hantar ke Perodua untuk check apa masalah kereta tu, rupanya brek master pump keta patah, tu la pasal minyak brek leaking dan kering. Perodua plak tiada stok barang, menurut orang Perodua, terpaksa tunggu lepas raya baru barang sampai. ALAMAK!!!! Ndak tepulang la ummi ke kampung!!!!

Tapi hubby ndak putus asa, dia bawa kereta kami ke workshop luar, pun cerita dia sama jugak tak ada stok barang....tapi yang bestnya tauke workshop cakap "kalau deposit hari ni, lu punya barang sampai besok"....Wah!!! Hubby pun terus bayar full payment untuk order master pump brek yang baru tu sebanyak RM390.00 (harga sebenar RM450.00)....nasib baik lah baru dapat bonus dan tunggakan gaji.....

Kebesokan pagi, dalam jam 9.00 pagi workshop telefon barang yang di order dah sampai....ummi bersyukur sebab niat balik kampung akan termakbul juga....tapi dijadikan cerita, bila hubby dah sampai di workshop, hubby perasan yang barang tu tak complete, break oil bottle dia tak ada....bila orang workshop telefon balik ke ejen di Kota Kinabalu, dorang pun tak ada stok kena order dari semenanjung la pulak dan mungkin lepas raya baru bleh dapat barang tu....ADUS!!! Sedih dan kecewa ummi dengar berita tu...dah terbayang difikiran ummi balik kampung naik bas saja....apapun kejadiannya ummi tetap tekad untuk balik kampung walaupun terpaksa naik bas....(agak2nya sanggup ke ummi naik bas dengan barang yang banyak)

So, hubby pun tiada pilihan lain, just order barang tu dengan harga RM150.00!!! Rupanya harga asing2 la plak....dorang pun tak janji barang tu sempat sampai....ummi dah terpikir-pikir kemungkinan untuk guna kereta proton lama atau terpaksa pinjam kereta bapa mertua.....

Pada keesokan harinya, sehari sebelum balik kampung, lebuh kurang jam 1.00 petang, workshop tu call hubby bagitau barang tu dah sampai. Sykur Alhamdulillah....Allah permudahkan urusan....so dengan caj pemasangan RM25.00 master pump brek tu dapat ditukar dengan selamatnya....Alhamdulillah....dapatlah balik beraya guna kereta Alza tu.....

Rasanya belum terlambat lagi ,untuk ummi mengucapkan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN for all blogger,raya kan sebulan...Di kesempatan ni juga ummi menyusun sepuluh jari andai ada kata-kata yang kurang baik atau yang menyinggung dalam entry ummi,harap lah di maafkan,yang baik itu dari-NYA yang kurang baik itu dari kelemahan ummi sendiri...

Wassalam....