Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 2 November 2012

BERKATILAH UMUR DENGAN 4 PERKARA




Perkara pertama yang disentuh oleh Rasulullah S.A.W ialah bersedekah. Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu.
Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? lalu Baginda menjawab: “sedekah orang yang tidak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sabda Rasulullah ini adalah satu penghargaan besar kepada golongan kurang berkemampuan yang masih bersemangat menghulurkan sedaya upayanya memberikan sedekah kepada orang lain. Inilah keindahan dalam Islam kerana sikap saling membantu dititikberatkan dalam membina masyarakat.
Melalui budaya bersedekah itu akan membentuk landskap masyarakat penyayang dan prihatin. Perasaan kebersamaan dan semangat kekitaan pasti wujud kukuh dan berakar umbi teguh dalam masyarakat yang saling membantu melalui pemberian sedekah.
Perkara kedua yang disarankan Baginda SAW ialah bersikap sentiasa menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Skop menyuruh kepada kebaikan sebenarnya tidak hanya terhad kepada da’ie atau pendakwah saja malah semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan. Menyuruh kepada kebaikan juga bermakna kita melaksanakan seruan ke jalan Allah.
Atas sebab pentingnya aspek ini, Saidina Ali bin Abi Talib turut mewasiatkan kepada kita berbuat demikian. Kata beliau: “Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan, maka tunggulah kebinasaan umat ini.”
Jadi, apa saja kesempatan hidup seharusnya kita menggunakannya dengan mengamalkan satu gaya hidup yang saling menasihati ke arah kebaikan. Tidaklah wajar dalam sebuah masyarakat Muslim untuk saling menutup mata seandainya melihat adanya sesuatu yang mungkar.
Seterusnya, aspek berbakti kepada kedua-dua ibu bapa juga diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagai elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati.
Sesungguhnya persoalan mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa akan mengundang laknat Allah dan pastinya seksa maha pedih menanti anak yang derhaka itu. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak.
Allah mengingatkan kita yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah An-Nisa; ayat 36). Ini perintah Allah dan sesiapa ingkar mematuhinya bermakna melakukan satu dosa besar di sisi-Nya.
Perkara keempat memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah. Pesan Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang ingin murah rezeki dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya (silaturahim). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Namun, senario hari ini jelas menunjukkan fenomena bertegang leher dan berpisah-pisah sudah semakin menebal dalam masyarakat.
Justeru itu marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di akhirat kelak.

Jumaat, 4 Mei 2012

Bolehkah Menceritakan Aurat Kepada Bukan Mahram?





Asssalamualaikum..
Apakah hukum memberitahu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.
a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)
c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

Sumber: http://www.al-fikrah.net/

Khamis, 3 Mei 2012

Batas Pergaulan Antara Sepupu Lelaki Dan Perempuan

Kebanyakkan masyarakat keliru, bagaimana adab pergaulan di antara sepupu lelaki & perempuan. Mungkin ada di antara mereka menganggap bergurau, bertepuk tampar itu satu perkara yang biasa.


Batas Pergaulan Antara Sepupu Lelaki Dan Perempuan | Artikel pada kali ini adalah mengenai perhubungan dan pergaulan sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Kebiasaannya saudara mara kita akan tertanya-tanya, boleh ke salam, boleh cium tangan dan sebagainya. bagi sesetengah masyarakat menganggap ia satu perkara yang mudah. Tetapi silap, haram menyentuh tangan hatta sepupu sekalipun.

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ” (Al-Nur : 31)
Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan sepupu antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.
Pergaulan sepupu antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)
Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram dan auratnya sepertimana perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki mahram yang lain.
Melayukini.net - Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan sepupu. Seksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya. Semoga kita dapat menegur, saudara mara kita yang terdekat agar dapat mengetahui hukum yang sebenarnya.
Sumber: Ustaz Amin | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Sabtu, 28 April 2012

KEMANA AKAN DICARI GANTI?



tahukah kalian apa mutiara terindah yang diberikan Allah SWT kepadamu? Itulah kesucian. Kita dilahirkan ke alam ini dalam keadaan suci bersih, bagai selembar kertas putih, tidak bernoda. Allah Maha Penyayang menginginkan kita tetap dalam kesucian, salah satunya dengan menjauhi perbuatan zina. Dengan cinta-Nya, Allah berfirman:

"Jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang sangat buruk." (QS. Al-Isra' 17: 32)

Dan Nabiyallah yang sangat menyayangi kita umatnya ini pun bersabda:

"Bani Adam (Manusia) tidak dapat menghindari dari perbuatan (yang mengantarnya kepada) zina yang pasti akan menimpanya, iaitu zina mata adalah dengan melihat, zina telinga adalah dengan mendengar, zina lidah adalah dengan ucapan , zina tangan adalah dengan bertindak kasar, zina kaki adalah dengan berjalan. (Dalam hal ini), hatilah yang mempunyai hajat dan cenderung (kepada perbuatan-perbuatan tersebut), dan farj (kelamin) yang menerima atau menolakknya. (HR. Muslim)

Tidak takutkah kalian, sesungguhnya seluruh anggota tubuh ini akan di tanya satu persatu apa yang telah dilakukannya?? Dan sesungguhnya, pada hari itu kelak, mereka pandai berkata-kata sehingga kita termanggu tak berdaya dibuatnya.

"Pada hari ini Kami tutup mulut-mulut mereka, dan berkata kepada Kami tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka memberikan kesaksian terhadap apa yang mereka usahakan (dahulu). (QS. Yasiin, 36: 65). 

"Dan mereka berkata kepada kulit-kulit mereka; Mengapa kamu menjadi saksi atas kami? Kulit mereka menjawab, "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berbicara, dan DIAlah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan kepada-Nya kamu dikembalikan." (QS. Fushilat, 41: 21)

Kita sering merasakan bahawasanya Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kita kerjakan. Padahal, tidaklah kita dapat bersembunyi dari penglihatan-Nya, tidaklah kita dapat selamat dari persaksian, pendengaran, penglihatan dari kulit-kulit kita.
Dunia ini telah sarat dengan perangkap maksiat. Jika kita tidak berhati-hati mengawal, mudah saja kita terjatuh.

Kerana itu, ana mohon pada mu sahabat fillah, tolong jaga mutiara terindahmu wahai akhi...tolong dijaga mutiara terindahmu wahai ukhti...jagan menodainya!!!
Tidakkah kita merasa pedih, jika kita dapati jasad yang mulanya menjijikkan dan telah dimuliakan-Nya, kemudian kita kotori kembali?? Tidakkah kita menyedari siapa kita sebenarnya dan dari apa asal kita??

Jika mutiara berharga itu telah sirna, mampukah lagi diri ini menatap dunia?? Mampukah lagi kita berdiri, bangkit, bangun membawa jiwa dan raga yang telah berganti tak ubah najis yang ditakuti semua insan di dunia ini??

Lihat disekitar kita sekarang, kelmarin dan zaman dahulu kal, masih ada saja yang khilaf akan dirinya. Sayang seribu kali sayang...Tidakkah terbayang murka-Nya Allah akan perbuatan tersebut??

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus (kali) dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk mencegah kamu untuk menjalankan agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah melaksanakan hukuman keduanya itu disaksikan oleh segolongan orang-orang yang beriman." (QS. An-nuur,24: 2)

Sebagai renungan pada diri kita, di zaman Rasulullah ketika itu betapa sangat mengerikan perlaksanaa hukuman zina. Padahal kekasih Allah itu sangat penyayang dan pengasih orangnya. Baginda sendiri hampir tidak percaya ada umatnya yang masih boleh berbuat nista sedemikian rupa.

Pada suatu ketika, Ma'iz bin Malik datang kepada Nabi SAW, lalu dia berkata kepada baginda, "Ya Rasulullah, sucikalah aku!" Jawab Rasulullah SAW, "Pulanglah, minta ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya." Ma'iz pergi, tetapi belum begitu jauh, dia kembali lagi seraya berkata hal yang sama. Hal itu berulang empat kali.

Pada kali keempat, Rasulullah SAW bertanya, "Dari hal apakah engkau harus kusucikan?" Jawab Ma'iz, "Dari dosa zina." Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat yang ada disekitarnya ketika itu, "Apakah si Ma'iz ini mengidapi penyakit gila?" Jawab para sahabat, "Tidak, ya Rasulullah! Dia tidak gila! Tanya Nabi SAW berikutnya, "Apakah dia baru minum khamar (arak)?" Seorang sahabat berdiri, lalu mencium bau mulut Ma'iz, tetapi tidak mencium bau khamar di mulut Ma'iz.

Maka bertanya Rasulullah SAW kepada Ma'iz, "Betulkah engkau berzian?" Jawab Ma'iz, "Benar Rasulullah!" Rasulullah memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam terhadap Ma'iz.
Terdapat dua pendapat dalam masalah ini, iaitu yg pertama mengatakan Ma'iz meninggal dan dosanya terhapus kerana hukuman yang dijalaninya secara ikhlas.

Yang ke dua mengatakan bahawa Ma'iz bertaubat sebenar-benar taubat (taubat nasuha). Tidak ada taubat yang melebihi taubat Ma'iz. Dia datang menghadap Nabi SAW, lalu tangannya diletakkan di tangan Nabi, kemudian dia berkata, "Ya Rasulullah, hukum matilah aku dengan batu! (rejamlah aku!)". Mereka sentiasa dalam perbezaan pendapat seperti itu selama dua atau tiga hari.

Kemudian Rasulullah SAW datang. Setelah memberi salam, lalu baginda duduk bersama dengan mereka. Maka bersabda Rasulullah SAW, "Mintakanlah ampun bagi Ma’iz bin Malik. Lalu mereka memohon semuanya. "Semoga Allah mengampuni Ma'iz bin Malik."
Rasulullah SAW bersabda, "Ma'iz betul-betul telah bertaubat dengan sempurna taubat. Seandainya taubat Ma'iz dapat dibagi di antara satu kaum, pasti mencukupi untuk semua." (HR. Muslim)

Namun dapatkah hukum Allah yang jelas dan tegas itu dijalankan?? Jika tidak, kenapa di antara kita masih saja dapat menatapi dunia dengan segala kenistaan yang diperbuat?? Kenapa kita sanggup menzalimi diri kit sendiri? KENAPA???

Oleh kerana itu, sayangilah dirimu wahai sahabat fillah. kerana sesungguhnya jiwa ini berada dalam genggaman-Nya. Kita tidak punya apa-apa pun di atas diri kita.

Percayalah, kita akan binasa dan sirna bagai fatamorgana, apa yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman. Semua akan diminta-Nya kembali. Kerana itu, kita tidak layak berbuat kejahatan walau setitik embun yang kita kira lesap, kering terkena sinar matahari.

Allah sangat mencintai kita, dapatkah kita mencintai-Nya?? Mencintai-Nya dengan menjaga sebaik-baik jasad yang satu-satunya ini. Rasul sangat menyayangi kita...Cinta perlukan pengorbanan wahai hamba Allah. Engkau hanya diminta menjaga dirimu. Bersyukurlah!!!

"Berapa banyak dari penduduk negeri yang mendurhakai perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasul-Nya, maka Kami perhitungkan dengan perhitungan yang keras, dan Kami mengazabnya dengan azab yang mengerikan." 
(QS. At- Thalaq,65: 8)

Sama2 kita renung dan muhasabah diri....wallahu 'aklam bissowaf...



Ahad, 22 April 2012

Wanita disisi lelaki ..




Assalamualaikum semua.... Sebagai wanita kita pasti terfikir kan,siapa kita di sisi lelaki ? Adakah hanya sekadar pemuas nafsu semata-semata ?Namun banyak peranan yang perlu kita pikul bila kita berada disisi lelaki,kelau nak tau jom baca......

Betapa pentingnya wanita disisi lelaki.Apa tidaknya,lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri.Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau
lelaki sendiri yang tidak lurus,tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara
 petunjuk Allah,kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka.Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

“Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,nanti mereka semakin liar,jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah,kenalkan mereka kepada Allah,zat yang kekal,di situlah kuncinya.Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan.Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia,presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator.Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan,karyawan,jutawan dan wan-wan yang lain.Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu,iman
dan akhlak,mereka bukan saja tidak lurus,malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka,dunia akan huru-hara.Bila tulang rusuk patah,rosaklah jantung,hati dan limpa.Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.Jinakkan diri dengan Allah,nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.


Falsafah wanita terciptanya dari tulang rusuk…



Mengapa wanita dibuat dari tulang rusuk lelaki, tidak dibuat dari tulang tengkorak kerana wanita bukan tercipta untuk disanjung-sanjung, wanita tidak pula dibuat dari tulang kaki kerana wanita tidak tercipta untuk ditindas dan dijadikan alas, betapa wanita dibuat dari tulang rusuk kerana wanita tempatnya adalah di samping lelaki sebagai pendamping, sebagai sebahagian dari hidup lelaki dan kerana tulang rusuklah yang paling dekat dengan jantung ( heart ) adalah untuk disayangi, untuk dicintai dan untuk dilindungi dengan sepenuh jiwa raganya…

wallahuaklam bissowabb

Ahad, 8 April 2012

10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki

Assalamualaikum...Duhai wanita, tahukah korang apakah ciri-ciri wanita yang menjadi idaman setiap lelaki?Pasti ada di antara kita yang mahu menjadi wanita idaman setiap lelaki kan,khususnya para suami(bagi yang sudah berkahwin)bagi yang belum berkahwin pasti mempunyai keinginan sedemikian,jom kita sama2 berkongsi ilmu,moga2 dengan perkongsian ini,kita para wanita mempunyai ciri2 idaman setiap lelaki. Berikut merupakan 10 sikap yang sering dilihat oleh lelaki....



10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki | Wanita merupakan anugerah Allah yang sangat berharga dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Kehadirannya sangat mendamaikan dan menggembirakan hati Nabi Adam ketika di syurga. Sehinggalah ke dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanitamasih tidak berubah. Tahukah apakah sikap wanita yang paling digemari oleh semua lelaki? Jom kita tatapi.

Gambar hiasan (sumber: Google)
1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulahbukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?
Sumber rujukan: Edisi Kini via mymedia.my

Selasa, 3 April 2012

Petua Untuk Khusyuk Dalam Solat


1 Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2.  Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3 Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4.  Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5.  Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6.  Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7.  Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9.  Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10.  Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11 Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12.  Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13.  Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14.  Memahami makna bacaan dalam solat.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak...