Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak...


Assalamualaikum all blogger.........


Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1433H.. Kita akan terbang dgn ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar.. Para penumpang di wajibkan utk memasang niat PUASA dan menegakkan kursi SOLAT.. Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN.. 
Ummi selaku pemilik blog Aku Dia Dan Pari-Pari Kecil mengucapkan, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA, semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ni,AMIN.....


Khamis, 12 Julai 2012

Tutorial shawls



Assalamualaikum...cepatnya masa berlalu kan...rasanys baru semalam ummi menyambut Tahun baru 2012...sedar ndak sedar sudah pun pertengahan tahun..dan beberapa hari lagi umat islam akan menyambut ramadhan al-mubarak...


Wahh pastinya ibu2 di luar sana semuanya sudah menyibukkan diri ,untuk persiapan posa dan persediaan raya..Mesti ibu2 yang terror2 menjahit dan ambik upah jahitan sudah mula sibuk menyiapkan jahitan..begitu juga ibu2 yang ambik tempahan buat biskut,mesti berlambak2 bahan2 untuk membuat biskut.Tahun ni giliran ummi pulak beraya di kampung,apa lagi ummi pun menyibukkan  diri juga buat langsir untuk rumah dan sekali untuk rumah mak di kampung..heeee buat biskut conform ummi fail,setakat ni belum pernah lagi ummi buat biskut raya,bukan tak nak mencuba,namun masa yang terhad,tapi one day..pasti ummi akan belajar buat biskut dari air tangan ummi sendiri...


Ndak sabar rasanya menyambut raya...apalh ummi ni,belum pun posa sudah sibuk2 sebut raya..Ya lh sapa yang ndak happy,buka selalu dapat peluang bercuti raya...kalau ndak dapat lh tahun ni,masuk kali ke tiga lah ummi  beraya dengan pesakit..kalau dapat cuti pun,raya pertengahan dah...mana best kan,duit raya pun conform ndak dapat..heeee .Raya ni mesti ramai yang mahu kelihatan anggun dan bergaya,siap dengan baju raya yang cantik,begitu juga dengan tudung,pasti nak sesuatu kelainan..ni ada beberapa tutorial untuk kita sama2 belajar cara bergaya dengan tudung shwal..jom kita belajar bergaya dengan tudung shawl....




shawls ala Diana Amir




                                                   tutorial shawls nadeya.

Seperti biasa letakkan shawls
 sebelah panjang dan
dan pendek...
   
 Pinkan dibawah dagu
 Pusingkan seperti didalam gambar
bahagian yang pendek

 Pinkan atau
 jarumkan
 dibelakang
 Yang bahagian pendek akan jadi
 seperti dalam
 gambar.
Tarikkan bahagian
 panjang ke belakang
bahagian pendek tadi.


 Pinkan di atas kepala

Tadaaa..da siap..

Hehehe..Faham x??Tapi kalau nak jadi
 shawls macam
 ni kenalah pakai Shawls
 Nadeya.
Barulah nampak tone warna tu.:)







Sape nak try pakai shawls 
sumaiyah
 beads macam eyma ni
 bolehla tengok tutorial dibawah ye.




Jumaat, 6 Julai 2012

Petua Wanita Untuk Menjadi Penyeri Rumahtangga



Assalamualaikum...salam jumaat..Moga kita semua dalam keadaan sihat walafiat...
Betapa bertuahnya kita sebagai isteri jika menjadi penyeri rumahtangga,dan pasti suami2 di luar sana dapat berbangga mempunyai seorang isteri yang dapat melengkapi kehidupan rumahtangga yang cukup membahagiakan untuk sang suami....

Ummi nak sharing dan caring petua yang ummi jumpa dalam FB...dan semestinya sebagai seorang isteri dan ibu,ummi juga mahu menjadi wanita penyeri rumahtangga...Siapa yang tidak mahu kan..?Namun dalam alam rumahtangga ni bermacam-macam dugaan yang perlu kita lalui dan tempuhi.Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pulak suami isteri.Jom ibu-ibu kita kongsi bersama-sama....LAYANNNN


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. 

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya....



sumber: Pak Ngah Farit Ismeth Emir





Khamis, 5 Julai 2012

Petua Wanita Supaya Tidak Cepat Nampak Tua

Salam semua....wah lamanya blog ummi menyepi...agak-agaknya kalau lah blog ummi ni kebun,tentu rumput-rumput atau lalang-lalang sudah pun panjang kan..heeee...sejak buka sekolah ni,kesibukan ummi pun bermula...apa tidaknya,hantar anak ke sekolah,kemas rumah,masak dan last pergi kerja..Namun itu kan sudah tanggunjawab...so kita kena lah buat dengan seikhlas hati,walaupun hakikatnya amat berat untuk di pikul..Haaa ni pun salah satu juga supaya tidak cepat tua..


Rasa-rasanya sapa yang tidak mahu cantik,sihat dan menawan terutama sekali kaum hawa? Begitu juga ummi...mesti ummi pun mahu sentiasa menawan,tapi menawan di depan suami..heeee buat lawak plak...so ummi nak sharing dan caring....kalau mahu cantik,mesti dalaman pun kena cantik dan hati mau bersih juga,barulah seimbang,cantik dalaman dan luaran,betul tak?


1. Diet Tinggi Protein - Jika anda mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar menjadikan anda kelihatan 3-8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini anda menggemari daging merah, cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.

2. Minuman Berkafein -
Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak, namun jika dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk. Antaranya ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasinya, minumlah jus buah-buahan. Sebaiknya, minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Ini akan menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil.

3. Makanan Tinggi Gula - Gula
memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi. Namun sebenarnya gula juga menjadikan anda kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah juga makanan yang tinggi kandungan gula.



sumber: Pak Ngah Farit Ismeth Emir