Khamis, 5 Julai 2012

Petua Wanita Supaya Tidak Cepat Nampak Tua

Salam semua....wah lamanya blog ummi menyepi...agak-agaknya kalau lah blog ummi ni kebun,tentu rumput-rumput atau lalang-lalang sudah pun panjang kan..heeee...sejak buka sekolah ni,kesibukan ummi pun bermula...apa tidaknya,hantar anak ke sekolah,kemas rumah,masak dan last pergi kerja..Namun itu kan sudah tanggunjawab...so kita kena lah buat dengan seikhlas hati,walaupun hakikatnya amat berat untuk di pikul..Haaa ni pun salah satu juga supaya tidak cepat tua..


Rasa-rasanya sapa yang tidak mahu cantik,sihat dan menawan terutama sekali kaum hawa? Begitu juga ummi...mesti ummi pun mahu sentiasa menawan,tapi menawan di depan suami..heeee buat lawak plak...so ummi nak sharing dan caring....kalau mahu cantik,mesti dalaman pun kena cantik dan hati mau bersih juga,barulah seimbang,cantik dalaman dan luaran,betul tak?


1. Diet Tinggi Protein - Jika anda mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar menjadikan anda kelihatan 3-8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini anda menggemari daging merah, cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.

2. Minuman Berkafein -
Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak, namun jika dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk. Antaranya ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasinya, minumlah jus buah-buahan. Sebaiknya, minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Ini akan menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil.

3. Makanan Tinggi Gula - Gula
memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi. Namun sebenarnya gula juga menjadikan anda kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah juga makanan yang tinggi kandungan gula.



sumber: Pak Ngah Farit Ismeth Emir

Tiada ulasan: