Memaparkan catatan dengan label Eqal the brave boy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eqal the brave boy. Papar semua catatan

Selasa, 3 November 2020

kAWAN

 Kalau dulu bila pulang kampung,abang Eqal memang tiada kawan, sebab abang Eqal hanya bermain dengan dunianya sendiri..,budak-budak (anak buah) ada yang takut dan menanggis kalau nampak abang Eqal,mungkin jarang jumpa,Baru dengar suara abang Eaql , ada menanggis ketakutan😁, lagi lah abang Eqal mengamuk kalau dengar budak menanggis,sebabnya abang Eqal tidak suka dengar bunyi dan suasana yang bising, terutama orang menanggis , dia cepat trigger , tu sebabnya  juga kami jarang bawa jalan di kawasn public..Pernah juga dengar anak buah cakap "siap budak cacat tu,suka tengo tv di depan-depan, sebagai ibu tipulah tidak merasa tersinggung, namun tidak ambik hati, sebab mungkin jarang bejumpa dan  kurang faham keadaan abang Eqal...Bila di tanya kenapa takut sama abang Eqal...jawapannya "abang Eqal bising sama suka mengamuk😁

Tapi sekarang budak-budak yang dulu takut sama Eqal sudah mula berani dekat dan mula mahu bekawan🥰 ...Macam-macam soalan di tanya,"abang Eqal sudah mandi,sudah makan,"abang eqal umur berapa,abang Eqal sekolah mana",abang Eqal cuma senyum dan ketawa saja, mungkin dia rasa seronok lah tu banyak kawan,ya lah selama ni dia sendiri saja tiada kawan...


semua berebut ikut abg Eqal ,layan hagemaru

  

Moga hubungan persaudaraan antara anak-anak ni kekal hingga ke syurga,terima kasih anak-anak jadi kawan abang Eqal...



Jumaat, 22 Mei 2020

HANDPHONE


Selama ni selalu bagi tengo abang eqal kartun kegemarannya 'hagemaru' di youtube guna handphone dan kadang-kadang guna leptop.Sebelum ni bila abang eqal mahu tengo kartun,dia just tunjuk hp atau pun leptop saja,so kita tolong lah buka youtube bagi dia tengo..(bila abang eqal tolong buat kerja,sebagai genjaran kita bagi pinjam hp,sebagai tanda terima kasih).
Baru-baru(sebelum PKP) ni,masa saya mandi(sebelum mandi,saya letak hp atas meja solek)abang eqal duduk tepi katil sambil main tasbihnya...Dalam kamar madi terdengar lah suara kartun si hagemaru,dalam hati sebelum madi tadi abang eqal bukan main hp,macam mana dia boleh buka youtube dan cari kartun hagemaru(saya dan abang eqal saja di rumah)..Keluar saja dari kamar mandi,abang eqal santai atas katil sambil layan kartun kegemarannya...senyum-senyum kambing bila nampk saya keluar..Biarpun abang eqal tidak seperti budak-budak normal,tapi ingatannya sangat tajam,dia boleh ingat apa yang di ajar atau pun nampak apa yang orang buat...

pandai abang eqal cari folder youtube,biarpun folder youtube di tukar di atas ,tengah,tepi atau di bawa,cepat abang eqal jumpa

plih kartun hagemaru





layan kartun hagemaru
Semoga abang eqal tetap cemerlang terbilang biarpun tidak seperti kanak-kanak yang normal... dan moga sentiasa dalam lindungan kasih sayang-NYA,,Aamin

Selasa, 22 Oktober 2019

MANJA

 Sudah hampir  setahun abang eqal masih lagi menunggu kekosongan masuk ke PDK...dan selama itulah abang eqal terperap dalam rumah,kecuali bila umi&ayah tidak berkerja,sekali skala bawa abang eqal jalan-jalan cuci mata...kadang kala rasa kesian juga tengo abang eqal terperap dalam rumah..namun apakan daya tugasan kerja hakiki perlu di teruskan .Selama abang eqal tidak lagi bersekolah, umi terpaksa request duty petang dan night duty setiap minggu ..dan umi banyak masa bersama abang eqal...Sejak tidak bersekolah, perangai manja nya begitu sangat ketara...Bila umi ada di rumah,kalau umi busy memasak atau pun mengemas rumah,kadang-kadang ayah akan tolong suapkan abang eqal..masa tu lah perangai manjanya datang,tiadak mahu makan dan pernah muntahkan nasi masa ayah suapkan.Tapi kalau umi tiada di rumah,laju saja kalau ayah suap nasi...

Kalau umi turun kerja,masa tu lah abang eqal buang tebiat,segala tudung uminya di tarik,tangan umi sentiasa di pegangnya takut uminya hilang...Beberapa kali juga umi bersiap di luar rumah, kadang kala main sembunyi-sembunyi keluar...ala-ala pergi beperang..dan beberapa kali juga kantoi..kalau`di ingat boleh ketawa pecah perut... boleh buat filem atau drama..

Tidur pun,selalu mahu sama-sama umi..kalau tidur bilik sendiri,sedar-sedar bangun pagi ada sudah abang eqal menyelit di tepi,patutlah sempit semacam saja..rupanya ada orang menyelit...Abang eqal ni biar kuat mengamuk,bila umi minta tolong,dia akan buat tanpa rungutan..tapi kalau banyak kali kita suruh pandai juga abang eqal marah



Bila umi tidak sempat main sembunyi-sembunyi....sampaikan abang eqal mencari keluar dari dalam rumah..













mysignature.png

Khamis, 27 Jun 2019

anak-anaku


Mohd Nurhaiqal (abg eqal) anak sulung dalam 3 adik beradik,lahir pramatang,bila berumur 3 tahun ciri-ciri ADHA ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder),autism sangat ketara dan mild cp (Cerebral palsy)pada kaki kiri...


 Anak kedua Nurul Hanis yang berusia 14 tahun dan anak ketiga Mohd Nurhaqeem yang berusia 11 tahun,Mereka berdualah yang selalu ambil tugas menjaga abang eqal,selepas balik dari sekolah,bila umi dan ayah keluar bekerja..haqeem lah yang selalu mandikan abang eqal,sebab dia lelaki dan tugas kakaknya pakaikan abang eqal baju,tolong suapkan abang eqal bila abang eqal makan,tolong tukar pampers abang eqal bila penuh.Kadang-kadang ada keluhan dan rungutan bila menjaga abang eqal,namun tiada pilihan anak-anakku,terutamanya haqeem yang banyak korbankan masa bermain dengan kawan-kawannya.Umi tahun di usia aqeem keinginan bermain dengan kawan-kawan sangat tinggi,sebab umi juga pernah merasaak zaman kanak-kanak.Berbeza pulak dengan nenet yang lebih suka memerap dalam rumah..kecuali bila abang eqal berak,terpaksa call ayah,ayah akan pulang urus abang eqal,selepas tu,balik semula ke tempat kerja..
Bila bab pergi kenduri atau shoping nenet atau umi yang akan stay di rumah menjaga abang eqal,sebabnya abang eqal cepat mengambuk bila suasana bising dan ramai orang,abang eqal memang  cepat mengamuk bila dengar bunyi bising.So kami jarang bawa abang eqal pergi majlis kawen atau pun pergi kenduri,kecuali rumah mak mentua dan ipar duai,ikut moodnya,kalau ok abang eqal akan turun kalau tidak ok,dia akan stay dalam kereta sahaja.
Sejak abang eqal tidak lagi ke TDKKU(Taman Didikan Kanak-Kanak kurang Upaya)..,had umur yang di terima 14 tahun sahaja dan sekarang abang eqal berumur 15 tahun,buat masa ini abang eqal hanya stay di rumah,ada juga cuba memohon PDK(pendidikan dalam komuniti) tapi setiap kali jawapan yang di beri,belum ada kekosongan..Ada juga kawan-kawan bertanya kenapa tidak ambik pembantu untuk jaga abang eqal,bukan senang cari pembantu yang betul-betul  jaga anak special ni,kami sendiri pun kadang kala tewas juga,sangat menguji tahap kesabaran...sebagai ibu,saya lebih rela menjaga abang eqal sendiri,
Di rumah saya ajar abang eqal buat kerja-kerja rumah cthnya,angkat kain kotor,makan sendiri,pergi tandas,amaran bahaya cthnya..periuk panas,benda tajam,makanan pedas dan tempat tinggi.Biarpun penerimaan abang eqal lambat,sekurang-kurangnya abang eqal ada usaha..



 



Buat nenet dan haqem.....umi& ayah ucapkan jutaan terima kasih sentiasa membantu dan ringan tulang urus abang eqal semasa umi & ayah keluar bekerja mencari rezeki,muda-mudahan kita sentiasa di beri kesihatan  yang baik dimurahi rezeki..Aamin..Andai suatu saat nanti umi atau ayah menutup mata ,nenet dan haqem lah yang kena urus makan minum abang eqal...jangan pernah sisihkan abang eqal...
 

Selasa, 9 April 2019

See the source image






Buat abang eqal...HAPPY AUTISM DAY..moga abang eqal sentiasa dalam lindungan kasih sayang-NYA...Aamin...Segala kekuranganmu adalah kekuatan kami,moga umi&ayah sentiasa di beri kesihatan yang baik,dimurahi rezeki..Aamin

Sabtu, 2 Mac 2019

PENUNGGU SETIA...


Biarpun abang eqal budak autisme tidak ubah seperti bayi..tapi abang eqal adalah penunggu yang sangat setia..Bila uminya balik dari duty malam..lepas sarapan abang eqal umi bawa naik bilik(tidur)lepas mandai,umi akan bawa abang eqal tidur,,Selalunya kalau duty malam hari-hari biasa(masa persekolahan) hanya umi dan abang eqal di rumah..Bila umi tidur,abang eqal hanya tidur-tidur ayam baring di sebalah umi..dan kadang-kadang lena di ulit mimpi ikut uminya tidur..
selalunya abang eqal jarang tidur,bila umi ajak tidur..dia lebih suka duduk di tepi kati sambil bermain tali seluar(dulu abang eqal suka main tasbih,tidak tahu berapa tasbih sudah hilang atau putus di mainnya).Berdiri di tepi tingkap dan kadang-kadang bermain sendiri (di dalam bilik)berlari,melompat-lompat sambil menepuk-nepuk dinding...Biarpun pintu bilik tidak berkunci,abang eqal tidak akan keluar dari bilik,selagi uminya belum bangun, tetap setia menunggu uminya sampailah uminya bangun..Sementara menunggu umi bangun,.eqal akan bediri di tepi tingkap menunggu ayah pulang...dan bila ayah sudah pulang(pulang tengahari)cepat-cepat eqal turun.






kadang kala eqal bermain sendiri,sampai ketawa sendiri2...
Kalau ayah outstation luar daerah,bila petang abang eqal akan tercari-cari ayah,dia akan menunggu dan mengintai di sliding setiap kali ada keta yang lalu..sambil tangannya aktif bermain manik langsir...



kadang-kadang gambar ayah di carinya..gambar ayah yang bergatung pun di kasi turunnya..di bawa kesana kemari sambil di cium-cium..sambil memanggih yaya yaya...sampai pecah bingkai gambar,sebab sudah di simpan,di ambik balik oleh abang eqal...Bila ayah call atau buat video call pandai plak diam membisu,sambil malu-malu...


video ni tidak boleh buka.so jadi rujukan sebagai gambar saja...

Jumaat, 25 Januari 2019

BERCUTI


Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun persekolahan...ramai ibubapa mengambil peluang bercuti bersama family..Begitu juga kami,masa cuti sekolah lah kesempatan meluangkan masa bersama family.Seperti tahun-tahun berikutnya,kami sekeluarga hanya bercuti di dalam sabah sahaja,memandangkan amat sukar untuk ke luar kawasan sabah,takut emosi abang eqal yang tidak menentu..dan sukar di jangkah..
Bila bercuti kami terpaksa mencari homestay,,sebabnya homestay luas dan selesa berbanding bilik hotel..sekurang-kurangnya bila abang eqal mengamuk tidak lah menganggu penghuni hotel..nanti silap hari bulan..ada plak pak polisi datang,ingatkan kita mendera.😆😆😆
Bawa abang eqal bercuti ni..sebenarnya banyak kesabaran.Adakalah bila moodnya tidak ok,semua benda tidak kena di hatinya,mulalah mengamuk sambil memukul mukanya..kadanga sampai satu tahap telinga serta muaknya bengkak dan berdarah.
Bila masuk mall,ada juga segelintir orang memandang abang eqal,macam tidak pernah nampak orang,kadang-kadang buat kita rasa kurang selesa.
Sepanjang masa bercuti,ada  juga abang eqal mengamuk tidak mahu masuk mall,sampai lah security gurd datang membantu..,dalam keadaan kita begini masih ada juag yang perihatin dan memahaminya..Masa melawat muzium dan rumah terbalik,abang eqal langsung tidak mahu keluar dari kereta,belum sempat kita tarik tangannya,abang eqal sudah bertindak awal-awal.Kita di tolak keluar dari kereta(nasib baik tidak jatuh tersungkur😆) pintu kereta terus di tutup.Kalau sudah abang eqal buang tebiat begini.segala pujukan memang tidak jalan,maka berkurunglah abang eqal dalam kereta.. security gurd  juga yang tolong tengo abang eqal,terima kasih encik gurd,moga encik gurd sentiasa di murahi rezeki,Aamin....







InsyaAllah muda-mudahan diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang lebih..hujung tahun ni kita bercuti lagi ya anak-anakku...









Selasa, 22 Januari 2019

HAPPY NEW YEAR 2019


Assalamualaikum..Selamat tinggal segala kenangan 2018...WELCOME 2019,moga tahun baru ni kita sentiasa dalam keadaan yang sihat,ceria dan happy...

Hampir beberapa bulan tidak menulis kisah eqal..di sebabkan kekangan kerja..insyallah tahun ni umi akan kongsi cerita tentang eqal..
Cuti sekolah sudah pun berakhir..dan budak-budak sekolah sudah pun mula memulai sessi persekolahan seperti biasa,namun abang eqal masih lagi bercuti panjang...
Tahun lalu adalah tahun terakhir abang eqal di TDKKU (Taman didikan kanak-kanak kurang upaya)..dan buat masa sekarang abang eqal masih menunggu kekosongan PDK (pemulihan dalam komuniti)..menurut cikgu di PDK,buat masa sekarang pelajarnya sudah berjumlah 50 orang..so pengambilan pelajar di berhenti buat seketika....memandangkan cikgu hanya 5 orang..Mudah-mudahan rezeki abang eqal  cepat di terima di PDK.
Situasi ni lah buat umi dan ayah risau..memandangkan umi dan ayah bekerja.Buat masa sekarang,umi terpaksa request kerja malam setiap minggu atau duty petang...Bila umi turun kerja,aqem dan nenet pulak yang ambil alih menjaga abangnya sehinggalah ayah habis duty jam 5 petang...begitu lah rutin harian kami menjaga abang eqal..



Doakan kami sekeluarga sentisa sihat dan murah rezeki...dan doakan mudah-mudahan segala urusan abang eqal dipermudahkan..aamin





Sabtu, 15 September 2018

EQAL DAN NENEK


Sebelum ni aku pernah berjanji akan buat entry tentang eqal dan nenek..dan janji itu aku akan tunaikan..aku akan kongsi cerita eqal dan nenek ....

Eqal di lahirkan pramatang...dan selepas sehari bersalin,kami di benarkan pulang ke rumah( selepas baby kencing& berak)...Biar pun eqal di lahirkan pramatang,segala pemerhatian semua nya ok,tiada yang abnormal,mybe tu lah boleh pulang..Dua hari di rumah,badan eqal nampak kuning,petang itu juga bawa eqal pergi hosp check kuning.Doktor bagitau total bilirubin eqal tinggi mengikut berat badan.Bermulalah episod suka duka eqal,bila mana eqal salah di beri iv drip..bertaruh nyawa,antara hidup dan mati..nyawa di hujung tanduk..setiap malam berteman kan air mata..tapi kuasa Allah tiada siapa yang mampu menduga tiada siapa yang boleh menghalangnya...Syukur padamu Ya Allah eqal masih di beri peluang menikmati menghirup udara di bumi-Mu,menikmati keindahan alam ciptaan-Mu..Jutaan terima kasih juga buat yang sentiasa mengirim doa-doa buat kesembuhan eqal..Setelah sebulan menjadi penghuni di wad nusery,akhirnya eqal di benarkan pulang kerumah..Memandangkan aku dapat surat transfer mengikut suami..kami berpindah ke sandakan...

 Setelah habis cuti bersalin selama 2 bulan(dulu-dulu cuti bersalin 2 bulan),mak mentua lah yang menjaga eqal.,sebelum mula bekerja,mak mentua selalu jaga menjaga eqal,jika ada urusan di luar(urusan bank dan shopping ).Dari berumur 2 bulan sampailah eqal berumur hampir 9 tahun mak mentua lah yang menjaga..,biar pun ada pengasuh,Sampai kan eqal boleh meniru gaya mak mentua membersih rumah contohnyaa melap kabinet dan meja...di pendekkan cerita ,apa saja mak mentua buat semuanya eqal akan ikut.sampaikan mak mentua tidak boleh hilang dari pandangan matanya.Kalau jalan atau ada urusan ,mak mentua terpaksa keluar main sembunyi-sembunyi,kalau tidak eqal akan menanggis hingga kan sukar di pujuk.

Mak mentua mandi atau solat pun eqal boleh menanggis ...eqal mahu nenek kesayangannya 24 jam ada di depan matanya...dan kadang-kadang eqal akan tidur di bilik neneknya... eqal juga boleh kenal kereta mak mentua,biarpun berselisih ..mula lah eqal menanggis dan mengamuk...sambil menunjuk ke arah kereta mak mentua..Pada mulanya pernah juga rasa cemburu,sebb eqal lebih manja dengan mak mentua..lama kelamaan perasaan itu hilang perlahan-lahan...Biar pun kami sudah menetap di rumah sendiri,perangai eqal tetap macam dulu..kalau mak mentua bertandang ke rumah atau kami yang bertandang ke rumah mak mentua..bab pulang lah yang paling susah..banyak drama dan bila abang eqal sudah mula mengantuk dia sendiri lah yang akan bawa pulang....


kalau pergi kenduri mesti mahu nenek di sisinya....


menanggis bila nenek pulang...kesian abg eqal



nanggis sampai bengkak mata....sbb nenek plg..syg eqal pada nenek
 tidak boleh di ungkap dengan kata-kata
sampai hari ni abang eqal dan nenek tetap jadi BFF😆