Selasa, 24 April 2018

AKU JUGA PUNYA CITA-CITA.....


Salam satu malaysia dan salam persaudaraan...Bertahun blog umi menyepi..cerita eqal pun terhenti buat seketika...banyak cerita tentang eqal yang umi mahu kongsi,namun kadang kala umi tidak cukup masa...kadang-kadang sibuk mengurus eqal..bila ada masa free,itu lh di guna untuk rehat sepenuhnya....

Tahun ni umur eqal sdh pun masuk 14 tahun(bujang dah anak umi)...ketinggiannya pun sdh melebihi ketinggian uminya😆😆 dan tenaga kekuatan eqal pun seperti orang dewasa(macam gaban pun ada😭)..kalau eqal mengamuk kompom umi tidak mampu mengurus sendirian...pernah umi aca2 menjadi heroin bila eqal mengamuk..(niat d hati nak peluk eqal..supaya eqal berhenti mengamuk) ..belum sempat umi peluk sudah tangan umi di tangkapnya,apa lagi terus di gigitnya sekuat tenaganya...umi hanya meraung kesakitan😢😢...hampir2 lagi pitam menahan kesakitan dan bekas gigitannya masih berparut sampai lah hari ni,so sekarang bila eqal mengamuk umi akan biarkan eqal berhenti mengamuk(selalunya memakan masa berjam2)atau umi jauhkan diri,takut berulang kali ke dua(trauma)😭😭😭..

Dari tahun lalu sampai lah tahun ni,eqal sudah mula malas ke sekolah( TDKKKU)..bila di hantar ke sekolah macam2 lah perangainya..tiada angin tiada ribut..eqal akan mengamuk ala-ala gengster( c ayah pun blh tumbang😭😭)..kadang-kadang terpaksa mengalah..kalau bukan ayah yang EL(emergancy leave) umi yang akan ambil EL.dan kalau umi duty petang,malam atau off day,eqal juga bercuti pergi sekolah...Eqal jenis budak yang tidak suka di paksa..semakin kita paksa semakin dia akan mengamuk.Syukur alhamdulillah ketua jabatan,sister yang incharge dan kawan-kawan begitu memahami situasi yang kami hadapi...muda-mudahan kebaikan dan keperihatinan kalian hanya Allah yang membelasnya..

Umi juga punya keingin menyabung dan mempertingkatkan  pengetahuan dalam bidang kejururawatan..(KPSL-kenaikan pangkat secara lantikan).Namun bila memikirkan tentang keadaan eqal,keinginan tu umi tanam sedalam-dalamnya dalam lautan yang paling dalam,agar umi lupa keinginan itu😞,tapi bila melihat kawan-kawan sudah bertukar line biru,perasaan cemburu pun ada,namun jauh di sudut hati ingin juga perubahan,tapi bila umi pandang ke belakang,terbayang wajah-wajah kesayangan umi(tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan)..mcm mana lah c ayah nanti mengurus sendirian tanpa umi,terbayang kepayahan c ayah sendirian mengurus rumah,memasak dan banyak lagi..dan kami sangat bertuah kerana keluarga sentisas berdiri di belakang,memberi kata-kata semangat... 

sejak akhir2 ni,c ayah pula selalu kena asthma😢😢.Punya anak istemawa ni,pentingnya sokongan yang kuat dari husban & wife dan dari keluarga,termasuk juga jiran tetangga,....hidup ni perlukan pengorbaan...bukan mudah mengurus anak istemawa ni..banyak yang kena korbankan..dari segi life,masa,tenaga dan juga dari segi wang ringgit...terus terang kehidupan kami suami isteri lebih banyak di rumah(mengurus eqal) tiada istila lepak-lepak dengan kawan,tengo wayang atau pun melancong..kadang-kadang bila nampak post kawan-kawan melancong sana sini..tengo wayang setiap hujung minggu..terasa begitu cemburu sekali.Bukan sebab tidak mampu..tapi masa dan keadaan yang tidak begitu mengizinkan.

Bila anak-anak sudah mula membesar dan sudah boleh di harap terutama anak yang no dua membantu kerja-kerja rumah atau menolong menjaga abang eqal,serba sedikit memberi ruang umi&ayah membuat  aktiviti luar(tengo wayang,jalan dengan kawan,pergi kenduri) itu pun kadang-kadang seorang daripada kami akan stay di rumah..(sistem giliran).syukurlah anak-anak memahami dan sentiasa ringan tulang membantu mengurus abang eqal.Anak bongsu yang berusia11 tahun sudah boleh di harap tolong mandikan abangnya...

Umi pernah di sindir,pernah di beza2 dengan kawan-kawan yang pernah kerja satu jabatan suatu ketika dahulu...kenapa beulm tukar line lagi...kadang2 aku pekakkan telinga,kadang-kadang aku akan jawapan "klu ada rezeki tidak kemana juga,rezeki tidak pernah salah alamat,sama ada cepat atau lambat" ..pernah juga rasa stress,ya lh asal jumpa,soalan yang sama di tanya😠.,biarlh orang mengata dari belakang..janji kita tidak pernah kacau/sibuk tentang kehidupan orang..,buat apa malu dengan perkerjaan yang kita buat janji halal.. ada juga kawan-kawan yang  bagi kata-kata semangat yang faham keadaan kita..jika rezeki umi setakat jawatan yang ada sekarang..syukur alhamdulilah di luar sana masih ramai lagi yang menunggu peluang pekerjaan,muda-mudahan rezeki anak sentiasa ada..

Tidak minta banyak..,umi cuma mahu sentiasa sihat umur panjang,agar bisa menjaga abang eqal..hingga nafas terhenti..





ni adalah antara gambar2 terbaru eqal....





Tiada ulasan: