Khamis, 27 Jun 2019

anak-anaku


Mohd Nurhaiqal (abg eqal) anak sulung dalam 3 adik beradik,lahir pramatang,bila berumur 3 tahun ciri-ciri ADHA ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder),autism sangat ketara dan mild cp (Cerebral palsy)pada kaki kiri...


 Anak kedua Nurul Hanis yang berusia 14 tahun dan anak ketiga Mohd Nurhaqeem yang berusia 11 tahun,Mereka berdualah yang selalu ambil tugas menjaga abang eqal,selepas balik dari sekolah,bila umi dan ayah keluar bekerja..haqeem lah yang selalu mandikan abang eqal,sebab dia lelaki dan tugas kakaknya pakaikan abang eqal baju,tolong suapkan abang eqal bila abang eqal makan,tolong tukar pampers abang eqal bila penuh.Kadang-kadang ada keluhan dan rungutan bila menjaga abang eqal,namun tiada pilihan anak-anakku,terutamanya haqeem yang banyak korbankan masa bermain dengan kawan-kawannya.Umi tahun di usia aqeem keinginan bermain dengan kawan-kawan sangat tinggi,sebab umi juga pernah merasaak zaman kanak-kanak.Berbeza pulak dengan nenet yang lebih suka memerap dalam rumah..kecuali bila abang eqal berak,terpaksa call ayah,ayah akan pulang urus abang eqal,selepas tu,balik semula ke tempat kerja..
Bila bab pergi kenduri atau shoping nenet atau umi yang akan stay di rumah menjaga abang eqal,sebabnya abang eqal cepat mengambuk bila suasana bising dan ramai orang,abang eqal memang  cepat mengamuk bila dengar bunyi bising.So kami jarang bawa abang eqal pergi majlis kawen atau pun pergi kenduri,kecuali rumah mak mentua dan ipar duai,ikut moodnya,kalau ok abang eqal akan turun kalau tidak ok,dia akan stay dalam kereta sahaja.
Sejak abang eqal tidak lagi ke TDKKU(Taman Didikan Kanak-Kanak kurang Upaya)..,had umur yang di terima 14 tahun sahaja dan sekarang abang eqal berumur 15 tahun,buat masa ini abang eqal hanya stay di rumah,ada juga cuba memohon PDK(pendidikan dalam komuniti) tapi setiap kali jawapan yang di beri,belum ada kekosongan..Ada juga kawan-kawan bertanya kenapa tidak ambik pembantu untuk jaga abang eqal,bukan senang cari pembantu yang betul-betul  jaga anak special ni,kami sendiri pun kadang kala tewas juga,sangat menguji tahap kesabaran...sebagai ibu,saya lebih rela menjaga abang eqal sendiri,
Di rumah saya ajar abang eqal buat kerja-kerja rumah cthnya,angkat kain kotor,makan sendiri,pergi tandas,amaran bahaya cthnya..periuk panas,benda tajam,makanan pedas dan tempat tinggi.Biarpun penerimaan abang eqal lambat,sekurang-kurangnya abang eqal ada usaha..



 



Buat nenet dan haqem.....umi& ayah ucapkan jutaan terima kasih sentiasa membantu dan ringan tulang urus abang eqal semasa umi & ayah keluar bekerja mencari rezeki,muda-mudahan kita sentiasa di beri kesihatan  yang baik dimurahi rezeki..Aamin..Andai suatu saat nanti umi atau ayah menutup mata ,nenet dan haqem lah yang kena urus makan minum abang eqal...jangan pernah sisihkan abang eqal...