Ahad, 27 Oktober 2019

STRES



Hasil carian imej untuk cara menangani stress


Tiada penerangan foto disediakan.

Stres tidak datang tanpa sebab. Ketahui punca anda stres dan tangani ia dengan bijak. Amalkan 10B.
Stres yang berpanjangan kerana tidak ditangani dgn baik akan membawa kpd masalah kemurungan.


Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B.



Kaedah 10B ini adalah :-

Bertenang

Setiap kali anda berasa stres atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

Bernafas dengan dalam.

Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

Berkata,`Relakslah’.

Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, 'Tak mengapa' atau 'Tak apalah', 'Oklah tu', 'Bawalah bersabar'. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.

Beribadat.

Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

Berkongsi perasaan dengan seseorang

Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda. Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.

Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

Berurut.

Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.

Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

Berehat dan mendengar muzik.

Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

Beriadah.

Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.

Bersenam.

Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.

Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenamrobik.

Berfikiran positif.

Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.

Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.

Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda.


Sumber: http://www.myhealth.gov.my






Khamis, 24 Oktober 2019

ANAK BONGSU UMMI



Anak bongsu dalam tiga beradik..Muhamad Nurhaqeem Bin Saiful.,umur 11 tahun.
Rajin cari duit,masa darjah 5..pernah minta beli guli,katanya mahu jual sama kawan ,boleh dapat duit lebih,bolehlah aqem simpan dalam tabung.Biar pun duit belanja sekolah lebih dari cukup..Pernah juga request sama uminya buat aiscream dan goreng keropok buat jualan..pernah uminya buat aiscream homemade,pembelinya tegar aqem sendiri..

Bila umur 11 tahun minat bekerja atau pun berjualan masih lagi kuat,kadang-kadang bila cuti sekolah,aqem selalu bagitahu umi mahu kerja sambilan.Bila makcik nya buka gerai buger,dengan excited dan berani aqem watasp makciknya minta izin ,kalau-kalau aqem boleh di gerainya,masa hujung mingu..Aqem dapat green light..ya lah daripada aqem main game dan lepak main basikal dengan kawan-kawan,ada bagusnya buat kerja yang berfaedah..umi pun tumpang gembira,itu yang aqem mahu...

First day aqem kerja,,masa tu,umi duty petang..siap hantar gambar lagi dalam watsap umi..seronok katanya..Kerja aqem tolong ambik order dan hantar order (customer yang menunggu dalam kereta atau duduk di meja).Sebelum tidur,aqem kira duit gajinya,dan simpan dalam dompet..Terharunya umi bila aqem bagitau mahu belanja umi,siap suruh potong gajinya lagi,sebab mahu belanja umi makan buger.

Masa cuti sekolah upsr,aqem minta izin kerja..umi bagi green light saja.,Bila umi,ayah,kak nenet dan abang eqal datang makan burger..begitu gembiranay aqem..siap bagi layanan VVIP lagi...siap tanya umi lagi "umi mahu minum apa,aqem belanja ni"..terima kasih kim,umi minum air mati saja(air putih)..aqem bagitahu duit simpanannya sudah banyak,itu lah dian mahu belanja umi&ayah...aqem memang anak yang baik...

Dari usia 9 tahun umi&ayah sudah ajar aqem jaga abang eqal selain dari kakak nenet,tolong umi&ayah urus abang eqal contohnya,tolong sediakn air minum abang eqal,buka baju bila abang eqal mandi,pakaikan abang eqal pampers dan jaga abang eqal bila umi&ayah keluar berkerja..dan sekarang aqem sudah pandai urus abang eqal,termasuk lah cuci berak abang eqal...

 Setiap kali umi minta bantuan tidak pernah aqem membantah,cuma kadang kala terdengar sedikit rungutan..tetapi arahan tetap di buat...Tanggungjawab aqem sebagai anak lelaki sangat berat dalam keluarga...sebab aqem satu-satunya anak lelaki harapan umi&ayah.

Cita-cita aqem menjadi anggota bomba..muda-mudahan Allah makbulkan impian aqem..Umi&ayah sentiasa menyokong apa juga bidang yang aqem minat..janji tiada unsur-unsur yang kurang sihat...

Aktif ikut pertandingan
Silat salah satu seni pertahanan diri..

rajin tolong umi&ayah mandikan abang eqal
haqem minat bersukan




selalu jadi bodyguard abang eqal


minta restu dari abang eqal,dipermudahkan menjawab exam UPSR
minat main gitar ...

























terpilih dalam busker di sekolah...nama kumpulan LIMITED BUSKER

Selasa, 22 Oktober 2019

MANJA

 Sudah hampir  setahun abang eqal masih lagi menunggu kekosongan masuk ke PDK...dan selama itulah abang eqal terperap dalam rumah,kecuali bila umi&ayah tidak berkerja,sekali skala bawa abang eqal jalan-jalan cuci mata...kadang kala rasa kesian juga tengo abang eqal terperap dalam rumah..namun apakan daya tugasan kerja hakiki perlu di teruskan .Selama abang eqal tidak lagi bersekolah, umi terpaksa request duty petang dan night duty setiap minggu ..dan umi banyak masa bersama abang eqal...Sejak tidak bersekolah, perangai manja nya begitu sangat ketara...Bila umi ada di rumah,kalau umi busy memasak atau pun mengemas rumah,kadang-kadang ayah akan tolong suapkan abang eqal..masa tu lah perangai manjanya datang,tiadak mahu makan dan pernah muntahkan nasi masa ayah suapkan.Tapi kalau umi tiada di rumah,laju saja kalau ayah suap nasi...

Kalau umi turun kerja,masa tu lah abang eqal buang tebiat,segala tudung uminya di tarik,tangan umi sentiasa di pegangnya takut uminya hilang...Beberapa kali juga umi bersiap di luar rumah, kadang kala main sembunyi-sembunyi keluar...ala-ala pergi beperang..dan beberapa kali juga kantoi..kalau`di ingat boleh ketawa pecah perut... boleh buat filem atau drama..

Tidur pun,selalu mahu sama-sama umi..kalau tidur bilik sendiri,sedar-sedar bangun pagi ada sudah abang eqal menyelit di tepi,patutlah sempit semacam saja..rupanya ada orang menyelit...Abang eqal ni biar kuat mengamuk,bila umi minta tolong,dia akan buat tanpa rungutan..tapi kalau banyak kali kita suruh pandai juga abang eqal marah



Bila umi tidak sempat main sembunyi-sembunyi....sampaikan abang eqal mencari keluar dari dalam rumah..













mysignature.png

Rabu, 9 Oktober 2019

BODY DYSMORPHIC DISORDER


Nilai Diri Anda & Dapatkan Rawatan....


Tiada penerangan foto disediakan.

Body Dismorphic Disorder (BDD) ialah satu keadaan di mana seseorang mempunyai anggapan yang kuat bahawa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badan, tetapi tidak dianggap begitu oleh orang lain.

Adakah ia boleh dirawat?
Ya. BDD boleh dirawat dengan terapi (cognitive behavioral therapy) atau/dan ubat psikotropik.


BDD can also be misdiagnosed as one of these disorders because they share similar symptoms. The intrusive thoughts and repetitive behaviors exhibited in BDD are similar to the obsessions and compulsions of OCD. BDD is distinguished from OCD when the preoccupations or repetitive behaviors focus specifically on appearance. Avoiding social situations in BDD may be due to shame or embarrassment of one’s physical appearance and is similar to the behavior of some people with social anxiety disorder. 


Kredit : https://www.facebook.com/lamanmindaofficial/