Selasa, 12 Mei 2020

See the source image 

HAPPY NURSES DAY ALL NURSES IN THE WORLD... 
PandemicCovid19
WabakPolio(Sabah)
(Khas untukmu JURURAWAT yang pernah dibilang dulu tukang lap taik pesakit) ๐Ÿค—
  18 Tahun Bergelar Jururawat yang SAH.
Menjelang Tahun 2020 adalah ujian besar untuk kami hingga hari ini.
Ini tidaklah seindah lagu yang seringkali berkumandang di corong radio semasa zaman kecilku, lagu ‘Wawasan2020’

Sebagai renungan,
Jadi jangan coba2 cakap belakang mahupun di depan tentang kami yang bergelar JURURAWAT. Jangan di pandang rendah kami ini kononnya tahap pendidikan tidak tinggi seperti kamu, tapi banyakkan membaca sejauh manakah perjalanan kami untuk ke beberapa lorong, agar kesihatan kalian adalah di tahap yang optima...

Janganlah lagi ada suara sumbang berkata ‘nah! Siapa suruh kamu jadi Jururawat’. Kalau bukan kami, jadi siapa lagi?
Ingat, Kami redha dengan ketentuan nasib kami. Kami percaya, Tuhan yang telah memilih kami ke bidang kejururawatan. Dengan izinNya....

Janganlah panjang cerita, seluruh Malaysia tahu.
Namun hanya satu, walaupun perit getir melanda, walaupun tidak merasa cuti rehat yang aman seperti kamu, tapi kami tidak pernah sesekali pusing ke belakang meletak lencana mahupun cap untuk menarik diri.

Tahukan?, disaat kamu lahir saja, tangan JURURAWAT INI YANG MENYAMBUT KELAHIRAN MU. Kami bertanggungjawab keatas tahap kesihatan kamu hingga kamu ‘BERJAYA’ menembusi golongan WARGA EMAS.
Boleh nampak kan, kami jaga tahap kesihatan kamu daripada bayi hingga ke hari tuaMu. Juga dengan IzinNya. Janganlah menidakkannya kerana Itu FAKTA!

Kami adalah JURURAWAT YANG TIDAK PERNAH MEMINTA2.
Kami IKLHAS, dan ingat selalu KAMI SEDIA MEMBANTU!

Kerana kami sudah bersumpah dan berjanji seperti kamu DEMI TUGAS HAKIKI YANG TELAH DIAMANAHKAN.
Semoga menjadi ASBAB untuk kami ke akhirat kelak bersama kalian rakyat Malaysia yang tercinta.

Kami bersyukur seadanya.
Alhamdulillah.
Tidak banyak Kami mohon, hanya meminta agar kalian terus mendoakan semoga kami terus kuat!
Kita saling mendoakan itu lebih baik๐Ÿ˜˜
Terima kasih kerana menghargai kami para Jururawat yang biasa2 saja ini.

SELAMAT HARI JURURAWAT 2020 untuk semua yang bergelar JURURAWAT.
Kami Berjihad, itu kata para ulama. Bukan kami yang bilang.
Alhamdulillah. Semoga mendapat redha dariNya.

Covid19
Ingat,
KITA MASIH BELUM MENANG

Ayoh!, kita teruskan perjuangan!





 #PLEASE EVERYONE'S STAY AT HOME
#TOGETHER WE FIGHT COVID19
#TAKE HEALTH

Cita-cita dari kecil bukan jururawat,dan memang tiada minat pun mahu jadi jururawat,masa kecil-kecil (sekolah rendah) dulu saya paling takut bab-bab di jarum,kalau ada jururawat datang sekolah,belum pun giliran di jarum,sudah ketakutan sejuk satu badan,mahu nanggis pun ada.Pernah juga melarikan diri masa ada program suntikan demam kepialu di kampung๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† tapi berjaya di kejar oleh mak (mak dulu-dulu memang laju).Bila datuk atau nenek sakit admit hospital,selalunya saya jadi mangsa yang menjaga..bertambah lah saya langsung tidak berminat jadi jururawat (nampak tugas jururawat yang sibuk ,nampak macam-macam mesin ,wayar sana sini) dan pernah juga kami buang kasut jururawat masa datang buat lawatan ke rumah๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
.Cita-cita sebenar mahu jadi polis,tapi tiada rezeki sbab salah satu saya selalu gagal dalam interview ketinggian,bila sampai giliran abg polis akan cakap..'belum cukup tinggi lagi,pulang ni rajin-rajin lah makan sayur kacang dan rajni begayut di pokok',sampai hari ni masih terniang-niang di telinga๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚..lepas SPM mencuba nasib mengisi spa8 plak,frust asyik failed interview polis..salah satu pilihan jururawat.Dalam banyak-banyak pilihan (dalam10 pilihan) saya berjaya dapat panggilan interview jururawat (jm) dan dental..saya datang interview dengan jayanya...(dua-dua panggilan interview saya datang biarpun tarikh yang sama,terlebih exaited gais๐Ÿ˜†) saya berjaya dalam interview jururawat(jm),dari tidak minat kini menjadi minat dan sangat bersyukur kerana tugas jururawat sangat mulia...

Happy Nurses Day and Happy Mother's Day... - Lam Wah Ee Hospital ...

Di kesempatan ini juga HAPPY MOTHER DAY All mother in the World..especially my mom(al-fatihah buat arwah mak)moga sentiasa tenang di alam sana..setiap pengorbanan mu tetap tersemat di sanubari..terima kasih atas segalanya,rindu yang tiada penghujung...buat mother in law terima kasih terima saya seadanya..tidak lupa juga buat ipar duai dan kakak-kakakku...Happy Mother Day..

Tiada ulasan: