Kalau dulu bila pulang kampung,abang Eqal memang tiada kawan, sebab abang Eqal hanya bermain dengan dunianya sendiri..,budak-budak (anak buah) ada yang takut dan menanggis kalau nampak abang Eqal,mungkin jarang jumpa,Baru dengar suara abang Eaql , ada menanggis ketakutan😁, lagi lah abang Eqal mengamuk kalau dengar budak menanggis,sebabnya abang Eqal tidak suka dengar bunyi dan suasana yang bising, terutama orang menanggis , dia cepat trigger , tu sebabnya juga kami jarang bawa jalan di kawasn public..Pernah juga dengar anak buah cakap "siap budak cacat tu,suka tengo tv di depan-depan, sebagai ibu tipulah tidak merasa tersinggung, namun tidak ambik hati, sebab mungkin jarang bejumpa dan kurang faham keadaan abang Eqal...Bila di tanya kenapa takut sama abang Eqal...jawapannya "abang Eqal bising sama suka mengamuk😁
Tapi sekarang budak-budak yang dulu takut sama Eqal sudah mula berani dekat dan mula mahu bekawan🥰 ...Macam-macam soalan di tanya,"abang Eqal sudah mandi,sudah makan,"abang eqal umur berapa,abang Eqal sekolah mana",abang Eqal cuma senyum dan ketawa saja, mungkin dia rasa seronok lah tu banyak kawan,ya lah selama ni dia sendiri saja tiada kawan...
semua berebut ikut abg Eqal ,layan hagemaru |
Moga hubungan persaudaraan antara anak-anak ni kekal hingga ke syurga,terima kasih anak-anak jadi kawan abang Eqal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan