Isnin, 3 Oktober 2011

Eqal the brave boy..EQAL BERCUTI D KAMPUNG...

Salam semua..harap semuanya sihat walafiat.lamanya story eqal the brave ni menyepi kan, memandangkan sibuk dengan kerja, maka story eqal ni terhenti buat seketika....jom kita layan story eqal bercuti di kampung....



 pada 16 sept 2011, bermula cuti kami sekeluarga pulang ke kampung kelahiran ummi (saya akan guna nama ni) di KENINGAU, seperti biasa kami akan bercuti selama seminggu, memandangkn eqal dan adiknya nenet sudah bersekolah dan kami bercuti bukan masa cuti sekolah, maka kami terpaksa meminta kebenaran dari cikgu untuk eqal dan nenet bercuti....alhamdulillah tiada halangan....

Selama di kampung seperti biasa rutin harian eqal pasti berkurung di dalam bilik,macam anak dara katakan. Lepas sarapan, mandi eqal pasti cepat2 naik ke atas dan masuk ke bilik, sambil berguling2 di atas tilam...kekadang bila rasa boring d bilik dan terasa haus eqal akan keluar bilik dan duduk di tepi tangga dan memanggil "yayayaaaa".... menunggu orang naik ataupun turun, sebabnya eqal ni tidak pandai turun, memandangkan tangga rumah kami di kampung agak curam sedikit, eqal hanya tahu naik sahaja...melihat keadaan eqal begitu, ummi sangat kesian, eqal lebih suka bermain sorang diri berbanding bermain dengan sepupu2nya....

Sekali sekala eqal akan menonton tv, dan kadang2 ummi akan membawa eqal ke rumah kakak ummi bersebelahan dgn rumah...tapi eqal akan mengamuk dan menangis2 ingin pulang, ummi pun jadi binggung, terpaksa membawa eqal pulang...sampai di rumah eqal pasti akan naik dan bermain di bilik semula...

Selalunya, ummi dan hubby membawa eqal bermain di kawasan halaman rumah, memandangkan kawasan halaman  rumah mamak di kampung luas, pasti sesuai untuk eqal berlari dan bermain...dan lihatlah betapa riangnya eqal berlari dan bermain...

eqal berlari2 keriangan......
eqal berlari seolah2 eqal pelari terpasntas seratus meter.....

gaya seorang pelari....
kelajuan eqal berlari, memang tidak di nafikan. Eeqal memang pantas dan laju, ummi pernah mengejar eqal sewaktu eqal terlepas dari gengaman ketika membawanya bersiar-siar di taman. Tercungap2 ummi, mana kala eqal hanya ketawa keriangan.....pernah juga neneknya mengejar eqal sewaktu eqal menyelip keluar dari rumah, itu pun eqal berlari pantas, neneknya pun sama seperti ummi juga..andai eqal ini kanak2 yang normal, sudah pasti eqal salah seorang pelari seratus meter, yang akan mewakili sekolah, negeri dan tidak mustahil mewakili negara.......
mcm betul plak eqal menunggang basikal
Tapi eqal ini kalau berlari, segala lubang, parit di langgarnya, lariannya memang tidak ada arah tuju...macam orang mabuk...memang lucu dan seronok melihat eqal berlari dan bermain....ummi  dan ayah doakan, moga suatu hari nanti eqal boleh bermain macam kanak2 yang lain...

ok lah setakat d sini dulu story eqal the brave boy, insyaAllah ada umur panjang kita sambung story lagi yaaaa...

Tiada ulasan: