First time gigi eqal patah sekitar tahun 2009 (ndak ingat tarikhnya), ummi dan hubby langsung tidak perasan gigi eqal bergoyang, tup tup perasan bila eqal kurang mengigit tuala, asyik-asyik menyentuh giginya........gigi depan plak tu, sebelah bawah dan dua gigi sekaligus bergoyang......hubby memang tidak berani mematahkan gigi eqal, (ngeri katanya) ummi dengan berani tanpa ragu mencabut kedua-dua batang gigi eqal sewaktu memandikannya, nasib baik lah eqal tidak menanggis,dia cuma merengek sakit, memanglah sakit kan...kalau kita yang patah gigi pun tentu rasa sakit...,.dan sekarang gigi kekal sdh pun tumbuh di celah-celah gigi susunya yang lain.
Kali kedua, ketika bulan Ramadan yang lalu, gigi eqal mula bergoyang bahagian depan lagi, tetapi sekarang gigi atas la plak, yang ini pun kami tidak perasan. Tahu pun bila cikgunya memberitahu suruh cabut giginya, takut nanti tertelan. Memandangkan eqal ini tidak tahu bercakap, kami terpaksa memantau dari masa ke semasa, takut-takut nanti tertelan plak, kali ini ummi lagi yang mematahkan gigi eqal, hubby memang tidak sanggup, takut terpatah katanya....gigi eqal kali ni pun ummi berjaya cabutkan juga....
Selang beberapa hari kemudian ada lagi gigi eqal yang sudah mula bergoyang, time tu kami semua tengah bercuti di kampung...pernah ummi cuba mencabut gigi eqal dengan bantuan kakak dan adik ummi, kami semuanya rebah jatuh ditolak eqal, waduh! Kuatnya eqal...bayangkan kekuatan eqal, umurnya baru 7 tahun, kalau sudah umurnya 10 tahun dan keatas, pasti kekuatan eqal bertambah2.....time itu ummi tidak berjaya mematahkan gigi eqal....
Kesian eqal, ummi tahu pasti eqal kesakitan giginya, tapi eqal tidak tahu untuk mengadu...bila ummi bagi eqal makan, eqal akan telan saja nasi tanpa mengunyah, mungkin sebab ketidak selesaan giginya....
Cubaan ummi yang kedua untuk mematahkan gigi eqal tidak juga berhasil...Masuk hari keempat gigi eqal masih juga belum patah, waktu eqal sedang baring-baring ummi ambik peluang untuk mematahkan gigi eqal, akhirnya ummi berjaya, nasib baik lah darah tidak banyak keluar, sebab waktu tu giginya tinggal nyawa-nyawa ikan lagi mahu patah....
Kini eqal tiada gigi, bila eqal tersenyum dan ketawa...akan terlihat la gigi depannya sudah tiada...memang agak lucu juga...
Biarpun gigi eqal sudah patah tapi senyumannya tetap cumil.... senyumannya sentiasa membuat ummi dan hubby bahagia.....ummi dan hubby sentiasa berdoa moga eqal sentiasa gembira dan tersenyum....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan