Jumaat, 2 November 2012

BERKATILAH UMUR DENGAN 4 PERKARA




Perkara pertama yang disentuh oleh Rasulullah S.A.W ialah bersedekah. Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu.
Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? lalu Baginda menjawab: “sedekah orang yang tidak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sabda Rasulullah ini adalah satu penghargaan besar kepada golongan kurang berkemampuan yang masih bersemangat menghulurkan sedaya upayanya memberikan sedekah kepada orang lain. Inilah keindahan dalam Islam kerana sikap saling membantu dititikberatkan dalam membina masyarakat.
Melalui budaya bersedekah itu akan membentuk landskap masyarakat penyayang dan prihatin. Perasaan kebersamaan dan semangat kekitaan pasti wujud kukuh dan berakar umbi teguh dalam masyarakat yang saling membantu melalui pemberian sedekah.
Perkara kedua yang disarankan Baginda SAW ialah bersikap sentiasa menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Skop menyuruh kepada kebaikan sebenarnya tidak hanya terhad kepada da’ie atau pendakwah saja malah semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan. Menyuruh kepada kebaikan juga bermakna kita melaksanakan seruan ke jalan Allah.
Atas sebab pentingnya aspek ini, Saidina Ali bin Abi Talib turut mewasiatkan kepada kita berbuat demikian. Kata beliau: “Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan, maka tunggulah kebinasaan umat ini.”
Jadi, apa saja kesempatan hidup seharusnya kita menggunakannya dengan mengamalkan satu gaya hidup yang saling menasihati ke arah kebaikan. Tidaklah wajar dalam sebuah masyarakat Muslim untuk saling menutup mata seandainya melihat adanya sesuatu yang mungkar.
Seterusnya, aspek berbakti kepada kedua-dua ibu bapa juga diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagai elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati.
Sesungguhnya persoalan mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa akan mengundang laknat Allah dan pastinya seksa maha pedih menanti anak yang derhaka itu. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak.
Allah mengingatkan kita yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah An-Nisa; ayat 36). Ini perintah Allah dan sesiapa ingkar mematuhinya bermakna melakukan satu dosa besar di sisi-Nya.
Perkara keempat memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah. Pesan Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang ingin murah rezeki dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya (silaturahim). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Namun, senario hari ini jelas menunjukkan fenomena bertegang leher dan berpisah-pisah sudah semakin menebal dalam masyarakat.
Justeru itu marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di akhirat kelak.

Rabu, 24 Oktober 2012

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang



 

Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan,dan cuci lah muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari.Pengunaan kosmetik yang tidak sesuai juga salah satu faktor terjadinya punca jerawat,so pilih lh kosmetik yang benar2 sesuai dengan kulit muka kita.....



Isnin, 22 Oktober 2012

persoalan makanan halal,haram tidak boleh di ambil mudah


HALAL membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya menyumbang kepada pembentukan ummah.
Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)Ibn kathir dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan, perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat serta elok dari segi tabiat dan syarak. Thoyyiba merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian.
Ia mestilah selari dengan syariat, tidak bercanggah dan disertai keikhlasan kepada Allah SWT. Makanan halal di sisi syarak adalah makanan bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas dari sebarang kemudaratan, sebaliknya makanan haram sekalipun lazat tetap keji di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
Oleh itu, seorang Islam sama ada pengusaha makanan halal dan individu hendaklah mengambil kira setiap perkara dari segi modal perniagaan, pelaburan, hasil pendapatan serta hendaklah dijauhi unsur haram seperti judi, riba atau rasuah.
Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan halal dan bersih kerana makanan haram yang dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa kepada kesan mendalam terhadap tingkah laku, budi pekerti, kejernihan hati serta penerimaan doa kepada Allah SWT.
Panduan pemakanan dalam Islam adalah berlandaskan konsep memberi kemudahan, menjaga nyawa, menjamin kesihatan tubuh badan dan akal. Kerana itu setiap makanan yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan akal fikiran dibenarkan oleh syarak.
Firman Allah yang bermaksud: “Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-Nya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Manakala yang haram dan memudaratkan fikiran serta badan diharamkan dan ditegah.” (Surah al-Nahl ayat 114-115)
Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Quran menyatakan, sama ada ilmu manusia dapat mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara atau tidak, namun yang pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi keupayaan kita untuk mengetahui sesuatu perkara. Allah tidak mengharamkan sesuatu, kecuali pasti perkara itu mempunyai bahaya dan kemudaratannya.
Ulama terkenal, Abdullah Sahl al-Tusturi berkata, sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan. Berdasarkan kepada pandangan ini menunjukkan pemakanan halal mempunyai kedudukan penting dalam kehidupan di dunia ini dan berkait rapat dengan balasan hari akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh dari perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut (untuk membakar dan menghilangkan) daging itu.” (Hadis riwayat Ibn Marduiah)
Dalam mengharungi perkembangan semasa di era global dunia hari ini, banyak makanan dan minuman ditawarkan kepada kita perlu diperiksa dan diteliti sebaiknya. Perkara yang halal lagi baik hendaklah menjadi keutamaan manakala yang haram dan tidak baik semestinya dihindari.
Kita juga dituntut menjauhi barang syubhah yang mengelirukan dan tidak jelas hukumnya. Kita sepatutnya berwaspada supaya tidak mengambil atau mencubanya melainkan setelah dipastikan halal dan kebaikannya kerana makanan dan minuman syubhah boleh mengheret kepada penggunaan barangan haram secara tidak disangka-sangka.
Ada peniaga yang tidak bertanggungjawab memperdayakan pengguna seperti memalsukan logo halal atau menggunakan logo halal pada produk haram. Walaupun matlamat perniagaan untuk mencari rezeki dan mendapat keuntungan, namun soal keberkatan dan keikhlasan tidak boleh diketepikan atau dipandang remeh.
Mereka yang melakukan penipuan ini sebenarnya telah mengkhianati masyarakat Islam dan melakukan amalan syaitan yang menyesatkan. Akta Perihal Dagangan 2011 diharap dapat membantu mengatasi masalah ini dan semua pihak perlu mematuhi akta yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.
Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)




Selasa, 16 Oktober 2012

Ancaman IFC (Interfaith Commision) @ Suruhanjaya Antara Agama Dan PLURALISME : Kita Mudah Lupa....


Ancaman IFC dan Pluralisme: Kita mudah lupa...
Oleh Zaini Hassan
Sumber 
© Utusan Melayu (M) Bhd
 

TIADA mana-mana makhluk hatta haiwan sekali pun akan duduk diam jika hak dan wilayahnya diganggu-gugat.
China sedang bengang dengan Jepun kerana negara matahari terbit itu menganggap sebuah pulau kecil, bernama Senkaku sebagai wilayahnya. China menamakan pulau itu sebagai Diaoyu.

Filipina juga menyebabkan China dan negara-negara lain termasuk Malaysia mengerut kening kerana menghantar 800 askar tambahan ke Pulau Pagasa dalam gugusan Kepulauan Spratly. Gugusan itu dituntut oleh beberapa negara di sekitar Laut China Selatan.

Kucing rumah saya akan meremang bulunya dengan sergahan marah jika kucing lain masuk ke rumah saya.
Bagi binatang, garis teritorialnya ialah berdasarkan air kencing dan najisnya.
Begitu juga umat Islam jika agamanya dihina maka satu ummah dunia boleh bangkit.

Jadi tiada salah jika kita ingat mengingati supaya jangan ada pihak yang membawa isu-isu yang boleh mengganggu-gugat hak orang lain.
Tidak salah jika saya ingatkan umat Islam negara ini mengenai tuntutan-tuntutan cadangan penubuhan IFC atau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission) yang pernah dibangkitkan tidak lama dulu, tapi ditolak oleh kerajaan ini.

Oleh kerana kita ini mudah lupa, niat saya ialah sekadar mengingatkan kembali kerana tidak mustahil tuntutan-tuntutan itu akan menjadi realiti dan kenyataan jika kerajaan BN di bawah naungan UMNO ini jatuh dalam PRU-13 ini.

Dengan niat ikhlas untuk ingat-mengingati sesama kita, bacalah mengenai IFC, pluralisme dan tuntutan-tuntutan itu.

Gerakan Pluralisme Agama di Malaysia tidak dapat dilihat dengan jelas atau secara rasmi berbanding di Indonesia.

Di Indonesia, pada tanggal 28 Julai 2005, Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI) menerbitkan fatwa yang melarang pluralisme. Dalam fatwa tersebut, pluralisme agama didefinisikan sebagai:

Suatu fahaman yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama dan kerananya kebenaran setiap agama adalah relatif; oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh menuntut bahawa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain salah. Pluralisme juga mengajarkan bahawa semua pemeluk agama akan masuk dan hidup dan berdampingan di syurga".
MUI dengan jelas menyatakan bahawa pluralisme dalam konteks agama bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Apa yang berlaku di Malaysia ialah idea pluralisme agama ini berkembang melalui pendekatan secara tidak langsung. Ia boleh dilihat dalam beberapa isu yang mula timbul. Analoginya pada tahun 2001, timbulnya satu cadangan untuk menubuhkan IFC. IFC ini merupakan satu Suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya sebagai badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesuatu agama akibat desakan agama lain.

Suruhanjaya ini boleh berfungsi sebagai sebuah mahkamah atau satu badan berkanun seakan-akan satu badan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang menerima dan melayan aduan-aduan khususnya yang berkaitan dengan agama.

Penubuhan IFC ini dicadangkan oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) melalui memorandum mereka yang dihantar oleh Presiden MCCBCHS kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.


TERDAPAT 14 TUNTUTAN IFC:

1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia sepatutnya dibenarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


APA IMPLIKASI ANCAMAN IFC TERHADAP ISLAM?

1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2. Menjadikan undang-undang Allah perlu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan akidah.

3. Orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4. Orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.


Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC.

Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campur tangan oleh mereka yang bukan penganutnya.

Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal mengugat keselamatan negara.

Oleh kerana saya rakyat Malaysia dan beragama Islam, saya berhak mengingat-ingatkan semula ancaman ini kepada semua.

Orang tua-tua dulu pernah berpesan: Jangan bermain dengan api...

Sabtu, 22 September 2012

eqal sudah pandai macam-macam


Assalamualaikum....


Lamanya ummi ndak update story eqal...mesti korang yang selalu ikut story eqal tertunggu-tunggu kan.
Sekarang ni banyak sudah kepandaian Eqal,kadang kala ummi pun binggung...heee Pandai eqal buat ummi bingung...

Time pulang kampung baru-baru ni, ummi dan hubby agak terperanjat bila eqal sudah ada kepintaran dia sendir, mesti korang terfikir kan apa yang eqal sudah buat,...kalau korang moa tahu jom baca sampai habis....heeee pandai ummi buat layar buruk,,,

Selalunya bila pulang kampung eqal lebih suka bermain di bilik, memandangkan rumah mak di kampung bertingkat dan tangga untuk naik tingkat atas sedikit curam, so sebelum ni eqal hanya pandai naik tangga saja, turun memang eqal tidak berani dan eqal ni cepat gayat biar pun duduk atas meja..heeee.Alangkah terperanjat kami bila eqal sudah pandai turun tangga plak. Hari pertama sampai kampung, ummi ajar eqal cara turun tangga supaya suatu hari nanti eqal boleh berdikari sendiri. 4-5 kali ummi ajar eqal turun tangga setiap hari. Time ummi dan hubby asyik tengok TV di tingkat bawah, tetiba eqal lalu di depan, ummi dan hubby berpandangan hairan, emmm... "sapa yang kasi turun eqal? abang?" hubby geleng2 kepala, semua pun geleng kepala.
"Eqal turun sendiri!" sahut anak buah dari luar...,dalam hati hati ummi berbunga gembira, namun timbul juga kerisauan di hati akan keselamatan eqal.

Sejak eqal pandai naik turun tangga ni,hati ummi sentiasa risau, apa tidaknya bila ummi atau hubby di atas, eqal di bawah dan beberapa kali eqal terkeluar dari rumah.Raya ke-4 buat kenduri sekali open house,jiran ummi bagitau nampak eqal main di jalan raya depan rumah siap duduk di jalan raya lagi,keta yang lalu bunyi kan hon pun eqal masih lagi tidak berganjak....Aduhhhh susah nya hati ummi,....dalam hati ada baiknya jika eqal ndak pandai turun tangga..sekurang-kurangnya keselamatan eqal terjamin juga bila ummi dan hubby keluar pekan.

Sebelum pulang balik sandakan,selalunya eqal akan duduk d keta(selepas eqal sudah bersalam-salaman) ,sementara ummi,hubby bersalam-salam dengan adik beradik..sedang hubby leka bercerita dengan ipar duai di beranda luar...tanpa sedar tetiba eqal sudah pun tertiarap di rumput,(pintu keta time tu terbuka) alamak...agaknya eqal belajar mahu turun dari keta...satu peningkatan...
Tapi sayangnya ummi ndak sempat ambik gambar eqal time eqal jatuh...



Kalau dulu payahnya mahu  bagi eqal makan,apa tidaknya 2-3 suap sudah lari sana sini,terpaksa kita yang kena ikut rentak eqal,Tapi kini eqal sudah boleh duduk diam bila di bagi makan,eqal sudah boleh dengar arahan,Menurut cikgu eqal,di sekolah eqal di latih makan sendiri,tahan hati jee lah kompom lantai habis berjurit dengan nasi....Pernah sekali ummi biarkan eqal makan sendiri,fuhhhhhh.... rasanya ummi ndak sanggup...habis nasi bertaburan di lantai..So kalau makan nasi ummi yang suapkan kecuali biskut,keropok kuih atau makanan ringan eqal makan sendiri...Begitu juga kalau makan ubat, dulu ummi dan hubby terpaksa bersilat kalau bagi eqal makan ubat,kini eqal boleh makan ubat tanpa paksaan,malahan pandai makan sendiri plak tu...Syukur alhamdulila..






Sekarang ni eqal sudah pandai minta pasang CD...wah gembiranya ummi...Beberapa  minggu yang lalu...singgah rumah mak mentua(time tu  dalam perjalanan hantar eqal pergi sekolah) ada hal,so selalunya eqal tidak akan turun,tapi bila nampak kelibat mak mentua,kompom lah eqal akan menanggis mahu turun.Eqal sibuk membelek-belek CD ultraman,cd tu eqal bagi hubby,"eqal mahu apa,tanya hubby",yayaaaa sambil tangannya menunjuk cd ultraman ke arah TV,tanya mamak dulu kata hubby(anak2 ummi,panggil mak mentua "mamak").CD tu eqal bagi mak mentua sambil tangannya menunjuk ke arah TV,"nanti lah eqal pasang,eqal kan mahu pergi sekolah",tetap juga eqal berkeras mahu pasang cd ultraman tu,siap beguling-guling lagi atas lantai sambil menanggis....kesian juga tengo eqal,ndak pernah-pernah sebelum ni minta pasang cd.Agak-agaknya cd ultraman tu amat menarik di matanya,eqal kan minat tengo gambar-gambar yang bewarna..

Sebelum eqal mengamuk lebih parah cepat-cepat ummi dan hubby bawa eqal jalan....,sepanjang perjalanan ke sekolah eqal masih menanggis,ummi pujuk,bawa eqal main nasib baik berhenti juga amukan eqal....

Jumaat, 21 September 2012

Rahsia Hari Jumaat



Salam Jumaat...moga -moga kita semua sentiasa dalam keadaan yang sihat walafiat...
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat
Amalan Sunat Hari Jumaat:
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah SAW:
” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah”
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga”
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Sumber: http://www.mafhq.mil.my



Khamis, 6 September 2012

WEDDING ANNIVERSARY

 Assalamualaikum...salam satu malaysia..
Mood raya masih belum berakhir,pasti ramai kawan2 di luar sana masih lagi buat open house,wah...jangan lupa jemput ummi..heeeee....

Today yes today....adalah hari yang ? bagi ummi dan hubby....emmm mesti korang pun hairan kan ,apakah hari tu? tengo dalan kalender, Emmmm...actualy today my wedding anniversary...amboi2 suspennya ummi ni...heeee.


















Imbas kembali detik pertemuan 9 tahun yang lalu,bila ummi ingat2 terasa lucu plak...Ummi dan hubby bertemu di klinik kesihatan(out station)boleh di kira agak pedalaman juga klinik tu.Masih jelas di ingatan ummi,kata2 rakan sekerja,"ndak payah lah ingat2 orang jauh tu,di depan mata ni ada","issss ndak moa lah",saya ni setia pada yang satu..heeee...Jodoh dan ajal maut semuanya di tangan Tuhan,sekuat manapun cinta kita pada sesorang jika jodoh kita tidak kuat,tidak akan bersatu.DAN beribu batu sekali pun kita berjauhan,andai sudah suratan takdir itu lah jodoh kita,tiada yang mampu menghalangnya...amboi2 bermadah plak ummi ni....

Dari usikan teman2 setiap hari,lama2 menjadi suka dan rindu plak..heeee.Dalam masa yang sama setiap hari kami berutus surat cinta,heee lucu bukan,sehingga kini kesemua surat2 cinta kami,masih rapi dalam simpanan ummi.Dalam masa 3 bulan usia perkenalan,ummi dan hubby ambil keputusan untuk bertunang,wah cepatnya...dan dalam masa 5 bulan ikatan pertunangan, kami ambil keputusan untuk bersatu...cepatnya masa berlalu,sedar ndak sedar sudah 9 tahun usia perkahwinan ummi..Moga ikatan yang terbina ni,kekal selamanya....InsyAllah.....














6 september 2012 genaplah usia perkahwinan ummi 9 tahun.Ummi akui, ummi bukanlah isteri yang terbaik untuk hubby. Tetapi ummi berusaha untuk jadi yang terbaik untuk hubby dan menjadi ummi yang cemerlang untuk anak-anak ummi....







Di hari ulangtahun perkahwinan yang ke 9 ini, ingin ummi mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segala-galanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita,,,,,amin...

Dalam berumahtangga pasti ada pasang surutnya.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan rumahtangga. Kadang kala memang menguji kesabaran tetapi itulah yang harus kita tempuhi untuk menjaga mahligai yang telah dibina dari hancur berkecai. Alhamdulillah kini, segalanya semakin bersinar dan ummi berdoa agar ia terus bergemerlapan seperti bintang2 di langit. (Doakan ummi dan keluarga ya! Thanks).



Sekadar renungan...
" Kepercayaan umpama sebuah pasu...Sebaik saja ianya pecah walaupun boleh diperbaiki....Namun pasu itu sudah tidak akan sama lagi..."


...."Kepercayaan dan kejujuran merupakan antara nadi utama dalam sebuah perhubungan. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat".....