Assalamualaikum....harap semuanya sihat2 walafiat....hari ini ummi nak share entry yang ummi jumpa dalam FB Rahsia Suami & Isteri Bahagia, memang menarik tajuknya, especialy for yang dah berumah tangga dan yang belum berumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga di persilakan membacanya, ilmu tak rugi kalau di kongsi bersama2...so apa lagi jom sama2 menghayatinya.....
Kehidupan kini yang semakin maju dan pantas menuntut kita untuk lebih berusaha dalam mengejar kejayaan hidup lantas menyebabkan kita sering kali mengabaikan perihal perkahwinan kita yang semakin hari semakin suram.Ini juga menyebabkan kebanyakan pasangan pada hari ini terlepas pandang beberapa kunci utama dalam menjamin alam perkahwinan yang bahagia dan menakjubkan.
Tahukah anda beberapa teknik dan kunci yang paling berkesan dalam perkahwinan yang berjaya? Mendapatkan cinta yang sebenar ialah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk mencapainya. Kita bukan bercakap mengenai cinta yang sekadar berlaku di bilik tidur atau sebagainya yang zahir di mata, tetapi lebih daripada itu.
Cinta yang diperlukan ialah cinta yang sebenar-benarnya dan sedalam-dalamnya terhadap pasangan kita. Cinta yang menjadikan kita sentiasa meletakkan diri kita dalam kedudukan dan fikiran pasangan kita. Cinta yang menyebabkan kita akan melakukan apa sahaja demi membahagiakan hidup pasangan kita.
Cinta yang diperlukan ialah cinta yang sebenar-benarnya dan sedalam-dalamnya terhadap pasangan kita. Cinta yang menjadikan kita sentiasa meletakkan diri kita dalam kedudukan dan fikiran pasangan kita. Cinta yang menyebabkan kita akan melakukan apa sahaja demi membahagiakan hidup pasangan kita.
Itulah cinta yang perlu ada dalam perkahwinan kita. Cinta yang sebegini menuntut kita bersikap lebih sabar, banyakkan mendengar dengan penuh perhatian terhadap pasangan dan tidak membangkitkan sebarang pertelingkahan yang tidak menunjukkan kematangan kita. Anda sedar bahawa bersikap agresif dan sentiasa melebih-lebih dalam masalah kecil bukanlah suatu penyelesaian terbaik dan pasti tidak akan menyenangkan perasaan pasangan anda.
Namun, jangan jadikan seks sebagai fokus utama walaupun seks merupakan salah satu faktor dalam mengekalkan hubungan yang menggembirakan dan menyenangkan. Sebenarnya seks yang tidak dirancang iaitu melakukan hubungan seks pada waktu-waktu tertentu secara tiba-tiba dan ditambah sedikit kejutan kepada pasangan dapat menjadi penawar kepada kebosanan dalam perhubungan. Tambahan lagi, belajar untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan panduan seks dan hubungan romantik akan dapat menjamin kebahagiaan yang lebih kepada pasangan.
Langkah kedua adalah meningkatkan kemahiran komunikasi bersama pasangan. Statistik menunjukkan kebanyakan pasangan pada hari ini tidak mengambil berat soal komunikasi ketika melayari bahtera perkahwinan. Hal inilah yang menyebabkan mereka sering berselisih faham dan tidak menyelesaikan masalah dalam perkahwinan mereka seterusnya membawa kepada perceraian.
Belajar untuk berkomunikasi dengan baik akan lebih mengukuhkan perhubungan anda. Komunikasi ini termasuklah dengan sentiasa mendengar apa sahaja yang diberitahu pasangan, elakkan bercakap perkara yang tidak berfaedah serta merumitkan keadaan dan juga sentiasa bersikap jujur antara satu sama lain.
Langkah yang ketiga adalah dengan dengan sentiasa melengkapi dan bertolak-ansur dengan pasangan. Menjadi pemenang dalam sesuatu pertengkaran kecil atau besar bukan termasuk dalam matlamat perkahwinan. Perkahwinan yang bahagia terhasil daripada sikap bertolak ansur dan sanggup melupakan kepentingan diri demi kebahagiaan pasangan dan seterusnya menjamin perkahwinan yang berkekalan. Pasangan yang gagal untuk berfikiran terbuka dan bertolak ansur dengan kekurangan pasangan pasti akan menjerumuskan perkahwinan mereka ke dalam masalah yang lebih besar seperti berlakunya perceraian.
Langkah yang terakhir adalah dengan berkongsi minat, keinginan dan matlamat perkahwinan bersama pasangan. Jika anda dan pasangan mempunyai matlamat yang berlainan dalam perkahwinan, ianya akan menyukarkan anda untuk terus mengekalkan hubungan yang bahagia.
Asas perkahwinan yang mantap biasanya dipengaruhi oleh keinginan yang hampir sama antara pasangan. Untuk itu, sentiasalah mencipta kenangan yang terindah bersama pasangan dan sering diingati agar ianya dapat mengembangkan minat dan menyegarkan perhubungan perkahwinan setiap masa walaupun semakin berusia.
___________________________________________________________
Dan akhir sekali dari ummi plak, kata-kata dari hubby, "....para suami ambik lah satu waktu dalam sehari, untuk solat berjemaah bersama-sama anak isteri di rumah....kerana kesannya pada rohaniah kita cukup dalam....."
___________________________________________________________
Dan akhir sekali dari ummi plak, kata-kata dari hubby, "....para suami ambik lah satu waktu dalam sehari, untuk solat berjemaah bersama-sama anak isteri di rumah....kerana kesannya pada rohaniah kita cukup dalam....."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan