Batasan Dalam Bergurau
بسم الله الرحمن الرحيم
Diriiwayat Abu Daud:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!!
Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Usah menjadikan agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi kandungan jenaka bukanlah dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan ORANGNYA kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.Dan ada orang yg memang tidak pandai bergurau akan mengganggapnya sirius dan akan menjadi punca perbalahan pula.
g) Elakkan jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati dan mengurangkan Ilmu.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
Berguraulah asalkan jangan menyebabkan kawan kita ketawa berdekah-dekah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan