Ceritanya begini...kelmarin, early morning dalam kesibukan ummi bersiap-siap mau turun kerja (duty pagi), ummi terkejut bunyi benda jatuh yang sangat kuat dari dalam bilik tidur, beberapa minit kedengaran suara eqal menangis. Oleh kerana ummi mengejar masa (ummi terpaksa menghantar hanis ke sekolah, sebelum ke tempat kerja) ummi tidak sempat untuk menjenguk keadaan eqal.....hanya terdengar suara hubby memujuk eqal agar berhenti menangis....Sepanjang perjalanan ummi teringatkan keadaan eqal, dalam hati harap-harap eqal tiada apa-apa...
Lebih kurang jam 9.25 pagi h/p ummi berbunyi, namun ummi tidak sempat mengangkatnya, ummi sedang buat dressing. H/p ummi berbunyi lagi, sms dari hubby..."c eqal kecemasan"...Ya Allah kenapa dengan eqal ,bermacam-macam bermain di kepala ummi. Dua minit kemudian hubby call, "Pergi ke kecemasan (Unit Kecemasan) sekarang".
Tanpa berlengah lagi, ummi jumpa Sister wad minta izin keluar sekejap. Anak ummi sakit, syukur sister faham....ummi terus ke jabatan kecemasan. Hubby sudah pun menunggu ummi, tanpa berlengah, ummi terus mengangkat eqal, sementara hubby mencari parking, ummi lihat eqal pucat lesu dan tidak bermaya...Eqal terus di bawa masuk ke yellow zone.
Doktor terus memeriksa eqal...menurut cerita hubby eqal jatuh dari katil dan kepalanya terhantuk ke lantai, time tu eqal nampak ok dan hanya menangis kesakitan saja, tiada pengsan @ apa yang mencurigakan...Selepas menghantar eqal ke TDKU (TAMAN DIDIKAN KANAK-KANAK KURANG UPAYA), mungkin dalam 10 minit selepas tu, hubby menerima call dari cikgu eqal, dia bagitau eqal nampak pucat dan tidak bermaya...time tu hubby terus bergegas kembali ke TDKU melihat keadaan eqal. Bila hubby tiba, dia lihat eqal sedang terbaring atas tilam dan keadaan eqal memang lemah, muka, bibir, tangan dan kaki nampak pucat...hubby terus angkat eqal dan bawa ke Jabatan Kecemaan Hospital Sandakan.
Semasa doktor tengah merawat, eqal tiba2 muntah...doktor terpaksa x-ray kepala eqal, takut ada skull fracture plak dan plan for CT Brain jugak jika memang ada masalah....time nak x-ray pun punya lah susah, sebab eqal meronta-ronta. Terpaksa lah ummi dan hubby pegang badan dan kepala eqal supaya tak bergerak-gerak....
Syukur lah keputusan x-ray tiada apa-apa kecederaan di kepala eqal, mungkin gegaran pada otak menyebabkan eqal weak dan pale.....Doktor terpaksa letak eqal di observation bay untuk memantau keadaan eqal selama 6 jam, takut keadaan eqal boleh berubah bila-bila masa. Syukur Alhamdulillah keadaan eqal mula beransur-ansur pulih dan mula aktif, pink dan bersuara. Dia habiskan 4 keping sandwich dan 3 potong kek yang hubby beli untuk eqal makan....Ummi bersykur sangat-sangat pada Allah...Memandangkan eqal sudah mula aktif dan tiada tanda-tanda yang meragukan, ummi request bawa eqal pulang, walaupun belum cukup 6 jam. Syukurlah doktor yang memeriksa eqal faham dan dia nasihatkan kami agar membawa eqal ke hospital semula sekiranya keadaan eqal tiba-tiba weak dan pale berulang.
Hubby terpaksa ambik on leave 2 hari (terima kasih atas pengorbanan hubby) dan membawa eqal pulang dengan berbekalkan ubat yang di beri. Ummi pulak terpasksa menyambung kembali kerja ummi di wad. Syukur alhamdulilah keadaan eqal baik sehingga hari ni tiada apa-apa lagi yang berlaku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan