Sabtu, 9 Jun 2012

Perkara Haram yang Di anggap Biasa



Assalamualaikum...salam satu malaysia.. Rasa entry ummi ni agak menarik kan,ya lah kekadang kita lupa dalam pergaulan kita,bersalaman tangan antara sahabat atau saudara yang bukan muhrim,kita lupa yang sememangnya kita telah melakukan kesilapan.

Perkara ni berlaku mungkin sebab kurangnya teguran dan larangan dari generasi2 terdahulu. Tak bersalam dengan saudara mara di anggap tak sopan. Sedangkan ramai di kalangan saudara mara yang bukan mahram dengan kita.Jadi sama2 la kita memberi kesedaran kepada masyarakat zaman ini tentang isu ini supaya terdidik generasi2 akan datang. 

Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya.

 Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.
Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.
Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)
Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)
Beliau juga bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)
Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)
Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.
 Sumber: http://www.halaqah.net/



Jumaat, 8 Jun 2012

TERIMA KASIH KAWAN KU...


Salam jumaat moga jumaat yang indah ni kita semua dalam keadaan sihat,ceria dan bahagia..
Syukur pada-MU YA ALLAH...ummi masih berpeluang menikmati keindahah alam ciptaan-MU.


Actually entry ummi ni,sudah lama ummi buat,hari ni baru lah dapat ummi terbitkan...maklum lah busy memanjang..


first ummi ucap berbanyak-banyak berjuta terima kasih khas buat dua kawan ummi yang sangat-sangat sporting..Time besday ummi dua minggu yang lalu,mereka lah yang sponser belikan ummi kek,tau benar kegemaran ummi ,kek coklat....Walaupun dari keja malam yang agak busy juga time tu,luangkan juga masa untuk berjalan membeli kek...Untuk hubby ummi ucapkan terima kasih dengan hadiah yang hubby berikan,biar pun tidak berpeluang menyambut bersama-sama..ummi 2nd night time tu...Insyaallah ada umur panjang tahun depan sambut sama-sama yeee....


Terharu sangat-sangat...time tiup lilin tu,rasa-rasanya ummi nak nanggis saja...namun ummi kuatkan juga hati,kalau di rumah boleh lah ,ni di tempat kerja...malu nanti heeeee...Moga-moga dengan penambahan umur ummi ni,ummi sentiasa di beri kesihatan yang baik.Kesihatan kan penting,kalau kita sakit,apa-apa pun tidak bermakna...contohnya kalau kita punya duit segunung kinabalu,sekaya sekali pun..tapi kalau  kaku terbaring..tak ada maknanya juga kan...so yang penting kita sentiasa sihat,sihat dari segala-galanya....betul kan....


Ni beberapa gambar yang sempat ummi ambil time besday ummi di ward,biar pun ward agak busy 2nd night time tu,kitaorg sempat juga makan. Moga ikatan persahabatan ummi dan kawan-kawan sentiasa terjalin rapat...Bak kata pepetah orang...berkawan biar seribu,bermusuh jangan sekali....amboi-amboi bermadah plak ummi ni....




ahhh ni lah kek tu,cantik kan...sedap sangat2..


 tiup sambil malu2...



ni lah dua kawan ummi yang sangat2 sporting
kawan2 time keja mlm.....


p/s..maaf ada gambar yang tidak berapa jelas...

Gelagat-gelagat Eqal terkini.....

 Assalamualaikum....tentunya ibu2 sedang sibuk melayan karenah anak-anak kan,...tidak pun sedang bercuti dengan family..almaklum sekarang ni kan cuti sekolah..begitu juga ummi...cuti sekolah ni, ummi mahu pun hubby tiada perancangan untuk bercuti, lagi pun kawan-kawan yang berbangsa kadazan dusun ramai yang sambut pesta KAAMATAAN..ummi pun orang dusun juga,cuma sambutannya tidak lah semeriah...dan ramai kawan yang ambil peluang melangsungkan perkahwinan di cuti sekolah. So bagi peluang pada yang memerlukan...

Rasa-rasanya lama ssudah cerita eqal menyepi kan....Kesibukan ummi dan masa yang terhad, blog ummi tergendala seketika, terutamanya story tentang eqal.....Memandangkan cuti sekolah, anak-anak ummi 24 jam berada di rumah. Berbagai-bagai karenah, seorang mahu itu, yang seorang mahu ini, yang seorang buat benda itu ini...aduhhh pening ummi di buatnya. Entry ummi kali ni,tentang beberapa gelagat eqal..

Ini gelagat eqal sedang bergunting rambut. Memang ndak boleh duduk diam, terpaksalah hubby yang memegang eqal, kalau ndak ..alamat kucar kacir di buatnya..Nasib baik lah tukang gunting ni sudah masak dengan perangai eqal dan kami memang antara pelanggan tetapnya.....lagipun dia ni cekap orangnya. Ramai sudah tukang gunting yang kami dah cuba, cuma dia ni saja yang betul2 memuaskan hati, tak ada "sumpak-sumpak" pun rambut eqal....bagitau saja apa style, no problem punya.....









Kalau dulu, eqal memang tidak pandai minum air dalam botol mahu pun tin, dan memang kurang minat minum minuman yang bergas. Eqal lebih suka minum air putih. Kalau eqal di bawa pergi shopping, kadang kala ummi akan bekalkan eqal air dari rumah.....Tapi sekarang lain sudah, eqal sudah pandai minum air dalam botol, malah minuman bergas pun jadi kegemarannya. Dia pun sudah pandai memilih minuman yang sedap2....cuma dia tak pandai lagi minum guna straw. InsyaAllah, satu hari nanti pasti eqal boleh buat, sama-sama kita doakan ya!....



Bila eqal menonton rancangan kegemarannya.....pastinya eqal akan duduk diam. Dalam diam rupanya eqal minat tengo bola, gusti@boxing, hiburan dan rancangan "Indahnya Iman" di channel astro 106 selain kartun dan rancangan Aznil "Tom Tom Bak"..Bila channel di pindah time eqal leka menonton, pasti eqal akan mengamuk.....


Satu yang menarik tentang eqal apabila mendengar rancangan "Indahhnya Iman" di Astro Oasis yang menyajikan bacaan ayat2 suci Al-Quran dan dendangan selawat2 dan doa yang merdu, pasti eqal duduk diam penuh konsentrasi hinggalah rancangan habis.....tidak seperti ketika menonton rancangan kartun, gusti@boxing kadangkala dia akan berlari ke sana ke mari melompat-lompat ndak tau duduk diam. Contoh paling senang, seperti yang kita tahu dalam 4 hari ni ada siaran langsung Majlis Tilawah Al-Quran di tv. Yang betul2 mengagumkan ummi dan hubby eqal sanggup duduk depan tv tak bergerak2 kecuali pegi minum sampai lah rancangan habis...Walaupun eqal macam tu, Allah kurniakan dia satu sifat bila mendengar bacaan ayat suci Al-Quran perlu duduk diam, dengar dan hormati orang yang membacanya....dan dia akan marah bila kita tukar rancangan lain....

Ada lagi perangai baru eqal ni yang suka "membaca"....hehehe.....Eqal ni kalau nampak buku yang bergambar atau benda-benda yang menarik perhatiannya, pasti eqal akan leka membelek-belek buku tu hingga lah dia bosan. Pernah sekali time bawa eqal shoping, waktu naik tangga untuk ke tingkat satu, eqal ternampak gambar2 kotak permainan puzzle, huhuhhu...puas di pujuk naik, eqal tetap berkeras tidak mahu naik, terpaksalah hubby mengalah menemani eqal...bila sudah puas tengok gambar, baru lah eqal naik.






Eqal ni kalau ummi bawa pergi shoping atau jalan-jalan, ummi bagi pakai cermin mata hitam atau bagi pakai topi, time tu cepat2 eqal tengok mukanya di cermin dan kemudian cari ayahnya, mahu bagi tengok, pandai juga eqal ni bergaya...




Kalau dulu, bila eqal datang asthmanya, ummi dan hubby bawa eqal pergi kecemasan untuk neb,so terpaksalah kami siap sedia, sebabnya bila eqal on neb...pasti di akan menanggis dan mengamuk, agak2nya tidak selesa lah tu. Tapi sekarang agak berubah sudah perangainya, eqal sudah boleh duduk diam..so tidak lah ummi atau hubby bersilat setiap kali bawa eqal neb di kecemasan...cumanya dia ndak suka tunggu lama2...eqal ni cepat bosan orangnya kalau duduk diam lama2....



Apa pun perubahan mu eqal sayang, kecil atau besar, atau eqal tetap begini, ummi dan ayah sentiasa menyayangimu tanpa berat sebelah.....ummi dan ayah sentiasa menerima apa saja kekurangan mu atau kelebihan mu..Syukur pada-MU YA Allah anugerah yang Engkau berikan kepada kami....

Jumaat, 1 Jun 2012



ASSALAMUALAIKUM....Salam jumaat....moga kita semua mendapat keberkatan .....      

Sungguh kita ketahui bahawa manusia hidup bermacam-macam karenah dan ragam. Kesemuanya tidak sempurna untuk melengkapi keperluan hidup masing-masing. Ada yang tidak berpuas hati terhadap kejayaan orang lain, dan ada pula yang cemburu buta terhadap kesenangan yang dilalui individu lain. Maka, wujudlah perasaan dengki dan iri hati dalam setiap diri manusia itu.
Iri hati bermaksud perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain. Hasad dengki pula diertikan sebagai suatu sikap tidak senang diatas kesenangan, kenikmatan atau kelebihan yang terdapat dalam diri orang lain.
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 bermaksud, “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?” Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Ini kerana dia tidak pernah merasa bersyukur di atas apa yang dimilikinya, sebaliknya dia mewujudkan perasaan dengki dan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain.Dalam Islam, sifat hasad dengki adalah tercela dan tergolong dalam amalan-amalan orang munafik. Banyak keburukan yang diperolehi akibat daripada perbuatan dengki dan iri hati ini kerana sifat dengki dan iri hati boleh mengakibatkan perpecahan ummah. Sifat ini juga boleh mewujudkan perasaan dendam, berprasangka buruk dan permusuhan terhadap individu lain.
Allah berfirman yang bermaksud, “Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan.” (HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy’ari)
Islam mengharuskan umatnya mempunyai perasaan dengki terhadap orang lain kepada dua perkara sahaja, iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimiliki oleh orang lain. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar, Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada dengki selain daripada dua perkara, iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah swt lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah swt lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia.”
Dengki juga hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain. Di dalam setiap diri manusia, sememangnya mempunyai keinginan bersaing untuk mendapat nikmat yang sama atau lebih. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenali sebagai ghibtah. Seseorang yang menyedari dirinya serba kekurangan, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia akan berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain. Inilah sifat bukan dengki yang sebenarnya.
Menurut pakar perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah dalam bukunya yang bertajuk “Menerobos Sempadan Diri”, antara tips motivasi yang diajar oleh beliau ialah kunci kemenangan adalah sabar.
Benar sekali kata-kata beliau kerana untuk mecapai suatu kemenangan bukanlah mudah, malah kita harus bersabar dan terus berusaha yang terbaik demi mencapai sebuah kemenangan.Untuk menghadapi perasaan hasad dengki adalah perbanyakkan kesabaran dan tingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Ketaqwaan kepada Allah s.w.t menuntut kita agar mempunyai sifat sabar sepanjang masa. Mustahil seseorang manusia itu mencecah kaki kegerbang ketaqwaan tanpa mempunyai kesabaran yang tinggi. Ini kerana taqwa bererti seseorang mestilah tunduk dan patuh kepada suruhan Allah serta menjauhi segala larangan-Nya. Kekuatan dalam kesabaran itu amatlah penting dalam melaksanakan perintah dan larangan-Nya.
Sabar ialah ketahanan rohani dan jasmani dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sifat ini sememangnya digalakkan oleh Islam. Sabar dalam ketabahan menghadapi kesusahan dan kecekalan untuk mengatasi masalah. Dalam setiap kehidupan, masalah dan cabaran merupakan asam garam kehidupan yang tidak dapat kita elakkan.
Sesungguhnya manusia tidak terlepas daripada malapetaka dan kesusahan dalam kehidupan seharian. Oleh itu bersabarlah dan semoga kita semua dirahmati Allah serta diberi kemenangan di dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bermaksud, “Tiada seorang muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenainya melainkan dihapuskan oleh Allah sebahagian daripada kesalahannya.”
Sifat sabar sungguh mulia sekali untuk dihayati oleh kita semua kerana ia dimiliki oleh para Rasul. Kesabaranlah yang membimbing seseorang untuk mencapai kehidupan yang lebih baik setelah mengalami kesedihan, kehampaan, kekecewaan dan sebagainya.
Kita selalu mendengar dan membaca kata-kata ini, “Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar itu, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”
Dari kata-kata di atas jelas menunjukan bahawa Allah tidak memberi kelebihan kepada kita dalam suatu perkara, tetapi Allah memberi kita kelebihan dalam sesuatu perkara yang lain.
Musibah yang terjadi itu adalah ujian dari-Nya. Yakinlah dengan Allah, dan yakinlah dengan janji-Nya. Dalam Al-Quran ada menyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 286, “Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”
Tidak rugi kepada orang yang bersabar menghadapi cercaan dan hinaan daripada orang lain kerana Allah s.w.t telah meletakkan di tempat yang tinggi darjat orang yang bersabar, “Katakanlah (wahai Muhammad akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: Ayat 10)
Kadangkala kita mengeluh akan kehidupan yang kita jalani dan kadangkala kita tidak berada di jalan yang lurus kerana sifat-sifat syaitan yang melemahkan azam dan memesongkan kita dari jalan yang lurus seterusnya menimbulkan rasa iri hati dan hasad dengki yang telah menutup hati kita daripada memperoleh hidayah Allah s.w.t.
Semakin kotor hati, semakin kusam dan pekat pula hati kita yang dipenuhi dengan kegelapan. Tanpa cahaya, nur dan hidayah Allah s.w.t yang membimbing kita ke jalan yang lurus, maka kotorlah hati kita dengan sifat yang tercela lagi hina ini.
Justeru, marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Beranilah beramal dengan sifat yang terpuji dengan bersabar di atas setiap ujian. Laluilah onak-duri kehidupan yang berliku dengan kesabaran dan ketaqwaan kepada-Nya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya hasad dengki dan iri hati yang membawa kepada kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati supaya kita turut berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh nikmat, kesenangan dan kelebihan dari Allah s.w.t dan menggunakannya di jalan yang diredhai-Nya.