Jumaat, 8 Jun 2012

Gelagat-gelagat Eqal terkini.....

 Assalamualaikum....tentunya ibu2 sedang sibuk melayan karenah anak-anak kan,...tidak pun sedang bercuti dengan family..almaklum sekarang ni kan cuti sekolah..begitu juga ummi...cuti sekolah ni, ummi mahu pun hubby tiada perancangan untuk bercuti, lagi pun kawan-kawan yang berbangsa kadazan dusun ramai yang sambut pesta KAAMATAAN..ummi pun orang dusun juga,cuma sambutannya tidak lah semeriah...dan ramai kawan yang ambil peluang melangsungkan perkahwinan di cuti sekolah. So bagi peluang pada yang memerlukan...

Rasa-rasanya lama ssudah cerita eqal menyepi kan....Kesibukan ummi dan masa yang terhad, blog ummi tergendala seketika, terutamanya story tentang eqal.....Memandangkan cuti sekolah, anak-anak ummi 24 jam berada di rumah. Berbagai-bagai karenah, seorang mahu itu, yang seorang mahu ini, yang seorang buat benda itu ini...aduhhh pening ummi di buatnya. Entry ummi kali ni,tentang beberapa gelagat eqal..

Ini gelagat eqal sedang bergunting rambut. Memang ndak boleh duduk diam, terpaksalah hubby yang memegang eqal, kalau ndak ..alamat kucar kacir di buatnya..Nasib baik lah tukang gunting ni sudah masak dengan perangai eqal dan kami memang antara pelanggan tetapnya.....lagipun dia ni cekap orangnya. Ramai sudah tukang gunting yang kami dah cuba, cuma dia ni saja yang betul2 memuaskan hati, tak ada "sumpak-sumpak" pun rambut eqal....bagitau saja apa style, no problem punya.....









Kalau dulu, eqal memang tidak pandai minum air dalam botol mahu pun tin, dan memang kurang minat minum minuman yang bergas. Eqal lebih suka minum air putih. Kalau eqal di bawa pergi shopping, kadang kala ummi akan bekalkan eqal air dari rumah.....Tapi sekarang lain sudah, eqal sudah pandai minum air dalam botol, malah minuman bergas pun jadi kegemarannya. Dia pun sudah pandai memilih minuman yang sedap2....cuma dia tak pandai lagi minum guna straw. InsyaAllah, satu hari nanti pasti eqal boleh buat, sama-sama kita doakan ya!....



Bila eqal menonton rancangan kegemarannya.....pastinya eqal akan duduk diam. Dalam diam rupanya eqal minat tengo bola, gusti@boxing, hiburan dan rancangan "Indahnya Iman" di channel astro 106 selain kartun dan rancangan Aznil "Tom Tom Bak"..Bila channel di pindah time eqal leka menonton, pasti eqal akan mengamuk.....


Satu yang menarik tentang eqal apabila mendengar rancangan "Indahhnya Iman" di Astro Oasis yang menyajikan bacaan ayat2 suci Al-Quran dan dendangan selawat2 dan doa yang merdu, pasti eqal duduk diam penuh konsentrasi hinggalah rancangan habis.....tidak seperti ketika menonton rancangan kartun, gusti@boxing kadangkala dia akan berlari ke sana ke mari melompat-lompat ndak tau duduk diam. Contoh paling senang, seperti yang kita tahu dalam 4 hari ni ada siaran langsung Majlis Tilawah Al-Quran di tv. Yang betul2 mengagumkan ummi dan hubby eqal sanggup duduk depan tv tak bergerak2 kecuali pegi minum sampai lah rancangan habis...Walaupun eqal macam tu, Allah kurniakan dia satu sifat bila mendengar bacaan ayat suci Al-Quran perlu duduk diam, dengar dan hormati orang yang membacanya....dan dia akan marah bila kita tukar rancangan lain....

Ada lagi perangai baru eqal ni yang suka "membaca"....hehehe.....Eqal ni kalau nampak buku yang bergambar atau benda-benda yang menarik perhatiannya, pasti eqal akan leka membelek-belek buku tu hingga lah dia bosan. Pernah sekali time bawa eqal shoping, waktu naik tangga untuk ke tingkat satu, eqal ternampak gambar2 kotak permainan puzzle, huhuhhu...puas di pujuk naik, eqal tetap berkeras tidak mahu naik, terpaksalah hubby mengalah menemani eqal...bila sudah puas tengok gambar, baru lah eqal naik.






Eqal ni kalau ummi bawa pergi shoping atau jalan-jalan, ummi bagi pakai cermin mata hitam atau bagi pakai topi, time tu cepat2 eqal tengok mukanya di cermin dan kemudian cari ayahnya, mahu bagi tengok, pandai juga eqal ni bergaya...




Kalau dulu, bila eqal datang asthmanya, ummi dan hubby bawa eqal pergi kecemasan untuk neb,so terpaksalah kami siap sedia, sebabnya bila eqal on neb...pasti di akan menanggis dan mengamuk, agak2nya tidak selesa lah tu. Tapi sekarang agak berubah sudah perangainya, eqal sudah boleh duduk diam..so tidak lah ummi atau hubby bersilat setiap kali bawa eqal neb di kecemasan...cumanya dia ndak suka tunggu lama2...eqal ni cepat bosan orangnya kalau duduk diam lama2....



Apa pun perubahan mu eqal sayang, kecil atau besar, atau eqal tetap begini, ummi dan ayah sentiasa menyayangimu tanpa berat sebelah.....ummi dan ayah sentiasa menerima apa saja kekurangan mu atau kelebihan mu..Syukur pada-MU YA Allah anugerah yang Engkau berikan kepada kami....

Tiada ulasan: