Ahad, 27 Januari 2013

TERIMA KASIH SUAMI KU (PART 3)


  ASSALAMUALAIKUM......dan Salam sejehtera....


Hari ini ummi berada di kampung halaman....Hubby dan anak2 tiada di sisi ummi...Ummi terpaksa korbankan masa untuk bersama anak2 dsn hubby..hidup ini perlukan pengorbanan,bukan sekadar harta,nyawa ....masa juga memerlukan pengorbanan...betul kan?

Tiga minggu yang lalu,ummi menerima call dari kampung,kesihatan ibu tidak begitu baik,sejak dari itu hati dan perasaan ummi sering kali teringatkan  keadaan ibu..dengan harapan kesihatannya bertambah baik...Namun berita yang ummi terima sebaliknya,kesihatan ibu tiada menunjukkan tanda2 positif....Apa lagi menurut cerita dari kakak ummi ,ibu sering bercakap yang bukan2...,hati ummi jadi tidak tenteram...

Dengan perasaan yang tidak tenteram,ummi ambik keputusan untuk bercuti pulang kampung selama
seminggu,syukurlah alhamdulilah cuti ummi di luluskan...Namun jika ummi pulang kampung,ummi terpaksa tinggalkan anak2 ...hati ummi berbalah bagi...antara ibu dan anak2....

Syukur alhamdulilah dengan izin hubby,dapat lah ummi pulang kampung tanpa rasa risau, anak2 hubby boleh uruskan semasa ketiadaa ummi...memandangkan bukan musim cuti sekolah,anak2 tidak dapat ikut sekali...Ummi tahu bukan senang urus anak2 seorang2..lebih2 lagi jika mengurus eqal...nasib baik lah hubby kerja ofice hours..senang  lah urus anak2 turun sekolah....terima kasih suamiku tanpa izinmu ummi sudah tentu tidak berpeluang melawat orang tua ummi di kampung....Syurga di bawa tapak kaki ibu,namun jika kita sudah berumah tangga,syurga isteri di bawa tapak kaki suami...

Yang paling best,hubby sanggup hantar ummi pulang kampung.dan seminggu kemudian hubby akan menjemput ummi pulang...,ummi tahu penat hubby menghantar ummi,perjalanan  pulang kampung bukannya dekat, memakan masa 7-8 jam.... tipulah kalau tidak penat,ummi sendiri pun terasa penat,apa lagi kalau jadi driver....

Selama seminggu lah ummi di kampung dan selama seminggu juga lah hubby mengurus anak2...Terima kasih suamiku.....hidup ini perlukan pengorbanan...dan pengorbanan mengajar kita betapa pentingnya tolak ansur...dan hargailah setiap pengorbanan walau ia sekecil zarah...

1 ulasan:

Artzlizan berkata...

hargai pengorbanan para suami... ;)