Ahad, 17 Februari 2013

sunyi nya rumah tanpa suaramu



 Gelisah risau nya hati ummi,bila eqal tiba2 di serang demam panas.Hari ni masuk hari kedua eqal demam,seharian eqal cuma terbaring seolah-olah tidak bermaya,tanpa sepatah pun suara yang keluar dari mulutnya.....kegelisaah ummi hanya Tuhan yang tahu...

Sepanjang malam ummi dan hubby bergilir2 menjaga eqal,semalaman juga ummi hanya tidur2 ayam,nasib baik ummi off,dapat lah ummi menjaga eqal,lagi pun eqal tidak tahu mengadu apa sakitnya.Ummi tahu bila eqal sakit,eqal akan terbaring seharian lemas tidak bermaya

Sunyinya suasana rumah bila suara eqal langsung tidak kedengaran,apa tidaknya bila eqal bermain dengan dunianya sendiri,eqal akan berlari ke sana ke mari dan melompat2 di atas tilamnya sambil ketawa keriangan...Bila ada rancangan yang melucukan ketawa eqal lah yang paling kuat...namun bila eqal sakit,eqal hanya terbaring tidak bermaya...makan pun hanya sesuap nasi....hati ummi tidak tenteram.....

Ummi jarang bawa eqal ke hospital kalau demam,lagi pun kalau pergi hospital rawatan sama jee apa yang ummi buat di rumah,tepid sponging and makan ubat,kecuali lah kalau eqal tiada perubahan selepas makan ubat..Eqal ni kalau bab2 makan ubat,payah sangat2,terpakas ummi dan hubby buka langkah silat,huhuhu tu pun separuh jee yg di telannya.Kalau lh eqal sudah dewasa,tentu ummi or hubby tidak mampu untuk menahan kekuatan eqal,sedangkan sekarang pun ummi boleh tumbang...eqall memang kuatttt...

Ummi mahu eqal cepat sembuh,rajin makan ubat...Boleh main macam selalu....sayang eqal...

Tiada ulasan: