Jumaat, 12 Julai 2013

buah pinggang



Salam Ramadhan All bloger....Mudah2han kesihatan sentiasa milik kita sepanjang bulan ramadhan..Ummi mahu share sedikit sebanyak tentang buah pinggang kita...Ummi ni bukan lah arif sangat,sedikit pengetahuan yang ummi dapat tentunya tidak salah jika kita berkongsi ilmu pengetahuan...Buah pinggang kita ni amat penting..dan bila buah pinggang kita tidak berfingsi dengan baik atau pun rosak,hidup umpama di hujung tanduk..(semua anggota kita juga amat penting).Ummi betugas di wad perubatan perampuan,setiap hari hari ummi jumpa pesakit buah pinggang...melihat kesakitan dan kesengsaraan pesakit,ummi rasa begitu takut..dan berharap sangat di beri kesihatan yang baik2....Jadi jaga lah kita kesihatan dengan sebaik2nya...di bulan ramadhan ni sesuai sangat lah kita berpuasa dari mengambil makanan yang kurang berkhasiat....


SUDAH acap kali rasanya isu penyakit buah pinggang dibicarakan. Setiap kali perkara ini dibincangkan, inti pati sama diulang kembali.Namun, ia belum dapat meningkatkan kesedaran masyarakat kerana bilangan pesakit di negara ini terus bertambah.Kegagalan buah pinggang atau ginjal berlaku tanpa disedari. Ia juga jarang menunjukkan sebarang gejala hinggalah buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pada ketika ini baru timbul pelbagai gejala tidak menyenangkan seperti kerap kencing pada tengah malam, cepat letih, kurang selera makan, kaki bengkak atau kencing berdarah.
Hanya pada peringkat inilah kebanyakan pesakit mula terasa ada sesuatu yang “tidak kena” dengan badan mereka. Apabila diperiksa, baru diketahui buah pinggang “organ penting untuk membersihkan darah” sudah rosak sepenuhnya.
Namun sebelum terkena, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Kurang kepekaan terhadap kesihatan diri dan tidak berminat mengetahui penyakit ‘lazim’ dalam masyarakat menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang semakin bertambah bilangannya.
Secara umumnya buah pinggang ada empat tugas utama, iaitu membuang cecair berlebihan dari badan; menuras darah (mengambil balik khasiat yang diperlukan dan membuang bahan tidak berguna); mengawal tekanan darah, kiraan sel darah merah dan jumlah mineral dalam badan serta mengekalkan tulang yang sihat.
Banyak perkara boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi)

Tanda kerosakan buah pinggang,Antara tanda-tanda:
Rasa tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.
Air kencing bercampur darah.
Berlaku perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.
Sakit belakang.
Kerap buang air kecil pada tengah malam.
Kaki membengkak, khususnya di pergelangan kaki.
Sekelip mata menjadi sembap dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.
Kaedah mencegah penyakit ginjal
Jalani pemeriksaan ginjal.
Amalkan pemakanan seimbang.
Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor.
Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
Kekalkan berat badan seimbang.
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Kesimpulannya, Mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit tu.. perkara ini semua orang tahu, namum masih ramai yang menganggap enteng tentang penjagaan kesihatan ini, seolah olah meraka itu kebal dari sebarang penyakit kronik ini.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan
-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.(air yang bersih dari sebarang racun dan toksid)
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang:

1) Kerap tahan kencing
2) Kurang minum air
3) Suka makan makanan masin
4) Suka minum minuman bergas.5) Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6) Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid

7) Kerap makan Pil Tahan Sakit
8 ) Merokok
9) Obesiti
10) Alkohol
11) Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal



Tiada ertinya jikalau anda seorang yang berduit BERJUTA ringgit tetapi anda seorang yang berpenyakit ! Sekiranya anda ingin mengubah taraf kesihatan anda,



Take Care Of Our Own Kidney!



10 KHASIAT BUAH PISANG


Assalamualaikum...salam 1 malaysia...hari ni puasa yang ke tiga,moga2 kita semua tabah dalam menjalani ibadah puasa...Selama ni ummi pun kurang arif tentang apa khasiatnya buah pisang ni,yang ummi tahu,pisang ni sesuai untuk orang yang kurang potasium,emm sesuai untuk orang yang cerit birit dan bla bla..haha..bila ummi jumpa artikel ni,wow !! banyaknya khasiat pisang rupanya,jadi apa lagi,petang ni boleh lh makan pisang sebagai juadah untuk pencuci mulut ke,masak kuih cemput2 pisang atau pun bubur pisang,untuk bersungkai...dan rajin2 lah makan buah pisang....amboi2





Selain menjadi favorit sebagian besar atlet, buah pisang juga memiliki khasiat bagi kesehatan serta kecantikan. Namun untuk mendapatkan manfaatnya, Anda perlu cermat memilih. Pasalnya hanya pisang yang matang saja yang dapat mengubah gula darah menjadi glukosa alami, serta cepat diabsorsi ke dalam peredaran darah.

Ciri-ciri pisang yang matang, adalah pisang yang kulitnya berwarna hijau kekuning-kuningan dengan bercak cokelat atau kuning. Semua kandungan dalam pisang matang tersebut, akan memberikan beberapa manfaat kesehatan, terutama bagi:

1. Sumber Tenaga

Pisang dapat dicerna dengan mudah, sehingga gula yang terdapat didalamnya akan diubah menjadi sumber tenaga yang baik untuk pembentukan tubuh, kerja otot dan juga sangat bagus untuk menghilangkan lelah.

2. Ibu Hamil
Wanita yang tengah hamil dianjurkan untuk mengkonsumsi pisang, karena mengandung asam folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin, pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadi cacat bawaan.

Sebuah pisang matang, akan mengandung sekitar 85-100 kalori. Sehingga dengan memakan dua pisang segar, kebutuhan asam folat yang sekitar 58 mikrogram dapat terpenuhi. Di samping itu pisang akan membantu menjaga kadar gula darah yang dapat mengurangi morning sick, sehingga pisang sangat baik untuk cemilan ibu hamil.

3. Penderita Anemia
Kandungan zat besi yang cukup tinggi pada pisang, dapat menstimulasi produksi hemoglobin dalam darah bagi penderita anemia. Dua buah pisang sehari, sangat baik untuk penderita anemia.

4. Penderita Sakit Maag
Sebagai buah yang dapat dikonsumsi langsung, pisang tak membuat iritasi atau kerusakan usus bagi penderita maag. Buah ini sering digunakan untuk melawan penyakit usus, sebab teksturnya lembut.

Pisang juga dapat menetralkan kelebihan asam lambung dan melapisi perut sehingga mampu mengurangi iritasi. Bagi yang mengalami penyakit usus atau kolik akibat asam lambung, Anda dapat mengkonsumsinya dengan di campur pada segelas susu cair.

5. Penderita Penyakit Lever
Bagi penderita lever, dua buah pisang sehari dengan tambahan satu sendok madu, akan baik untuk menambah nafsu makan dan meningkatkan kuat.

6. Penderita Luka Bakar
Khusus untuk penderita luka bakar, Anda dapat menggunakan daun pisang sebagai pengobatan. Caranya, kulit yang terbakar dioles dengan campuran abu daun pisang dan minyak kelapa. Campuran ini mampu mendinginkan kulit yang terbakar.

7. Yang Mengalami Stress
Pisang mengandung potasium, yaitu mineral vital yang membantu menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan kadar air dalam tubuh. Ketika mengalami stress, metabolisme tubuh akan meningkat drastis sehingga mengurangi kadar potasium tubuh. Dengan pisang, potasium dalam tubuh kadarnya akan seimbang.

8. Penderita Stroke
Berdasarkan riset The New England Journal of Medicine, mengkonsumsi pisang setiap hari akan menurunkan resiko kematian akibat stroke hingga 40%.

9. Mengontrol Temperatur
Di beberapa negara, pisang dipandang sebagai makanan pendingin yang dapat menurunkan temperatur fisik dan emosional ibu hamil. Di Thailand contohnya, ibu hamil mengkonsumsi pisang untuk memastikan bayi lahir dengan temperatur sejuk.

10. Meningkatkan Kekuatan Otak
Di sebuah sekolah Inggris, 200 pelajar mampu menyelesaikan ujian akhir hanya dengan sarapan pisang. Mereka juga kerap mengkonsumsi pisang saat jam istirahat serta makan siang, sebab pisang mampu meningkatkan kekuatan otak.



Selasa, 9 Julai 2013

"AIR TANGAN"


Assalamualaikum...salam 1 malaysia...Waduh2 lamanya blog ummi menyepi...ummi pun sangat2 rindu nak update blog ummi ni,memandangkan kesibukan dan masa terhad,blog ummi terhenti seketika..Jom kawan2 yang bergelar isteri kita SHARE and SHARING...

9 TIPS KEPADA ISTERI AGAR RUMAHTANGGA ANDA BOLEH TERUS BAHAGIA MELALUI "AIR TANGAN" ANDA!

Di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawan dan tugasan di pejabat lebih berat. Akan tetapi anda harus ingat, jangan sampai anda abaikan 100% aspek memasak untuk suami anda ini. Kelak buruk padahnya.

9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan
 anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda.

1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.

2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.

3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.

4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.

5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.

7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.

8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.

9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus ‘tambat’ perut suami anda dengan air tangan anda.

Tiada yang lebih bermakna dan indah selain anda menerima kata-kata ucapan ‘terima kasih ayang’ daripada suami anda kelak ketika dia merasa masakan anda. Ketika itulah anda akan merasai satu kepuasan sebenar anda hidup sebagai seorang isteri.
SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan

Isnin, 8 Julai 2013

SALAM RAMADHAN.....Al MUBARAK


ASSALAMUALAIKUM....

Bismillahirrahman irrahim..

"Nama saya SYA'BAN. Saya ingin ingatkan bahawa jiran saya RAMADHAN akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya REZEKI dan 2 orang anaknya, SAHUR dan IFTAAR...

Mereka juga ditemani 3 orang cucunya,
RAHMAT, KEAMPUNAN dan BARAKAH. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat AIDILFITRI AirLines.

Hargai mereka dan anda akan mendapat KEBERKATAN dan KEMENANGAN"

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ni menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas :)
1 Ramadhan jatuh pada 10 Julai 2013 iaitu pada hari Rabu. 

Di kesempatan ini,ummi mengucapkan salam ramadhan buat warga blogger yang beragama islam,semoga kita mulakn dgn hati yg ikhlas & tenang.semoga kita jalani ibadah ni dgn ke ikhlasan & penuh tawaduk...
Semoga amalan kita d terima Allah s.w.t.....Aminnnnn