Jumaat, 12 Julai 2013

buah pinggang



Salam Ramadhan All bloger....Mudah2han kesihatan sentiasa milik kita sepanjang bulan ramadhan..Ummi mahu share sedikit sebanyak tentang buah pinggang kita...Ummi ni bukan lah arif sangat,sedikit pengetahuan yang ummi dapat tentunya tidak salah jika kita berkongsi ilmu pengetahuan...Buah pinggang kita ni amat penting..dan bila buah pinggang kita tidak berfingsi dengan baik atau pun rosak,hidup umpama di hujung tanduk..(semua anggota kita juga amat penting).Ummi betugas di wad perubatan perampuan,setiap hari hari ummi jumpa pesakit buah pinggang...melihat kesakitan dan kesengsaraan pesakit,ummi rasa begitu takut..dan berharap sangat di beri kesihatan yang baik2....Jadi jaga lah kita kesihatan dengan sebaik2nya...di bulan ramadhan ni sesuai sangat lah kita berpuasa dari mengambil makanan yang kurang berkhasiat....


SUDAH acap kali rasanya isu penyakit buah pinggang dibicarakan. Setiap kali perkara ini dibincangkan, inti pati sama diulang kembali.Namun, ia belum dapat meningkatkan kesedaran masyarakat kerana bilangan pesakit di negara ini terus bertambah.Kegagalan buah pinggang atau ginjal berlaku tanpa disedari. Ia juga jarang menunjukkan sebarang gejala hinggalah buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pada ketika ini baru timbul pelbagai gejala tidak menyenangkan seperti kerap kencing pada tengah malam, cepat letih, kurang selera makan, kaki bengkak atau kencing berdarah.
Hanya pada peringkat inilah kebanyakan pesakit mula terasa ada sesuatu yang “tidak kena” dengan badan mereka. Apabila diperiksa, baru diketahui buah pinggang “organ penting untuk membersihkan darah” sudah rosak sepenuhnya.
Namun sebelum terkena, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Kurang kepekaan terhadap kesihatan diri dan tidak berminat mengetahui penyakit ‘lazim’ dalam masyarakat menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang semakin bertambah bilangannya.
Secara umumnya buah pinggang ada empat tugas utama, iaitu membuang cecair berlebihan dari badan; menuras darah (mengambil balik khasiat yang diperlukan dan membuang bahan tidak berguna); mengawal tekanan darah, kiraan sel darah merah dan jumlah mineral dalam badan serta mengekalkan tulang yang sihat.
Banyak perkara boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi)

Tanda kerosakan buah pinggang,Antara tanda-tanda:
Rasa tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.
Air kencing bercampur darah.
Berlaku perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.
Sakit belakang.
Kerap buang air kecil pada tengah malam.
Kaki membengkak, khususnya di pergelangan kaki.
Sekelip mata menjadi sembap dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.
Kaedah mencegah penyakit ginjal
Jalani pemeriksaan ginjal.
Amalkan pemakanan seimbang.
Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor.
Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
Kekalkan berat badan seimbang.
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Kesimpulannya, Mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit tu.. perkara ini semua orang tahu, namum masih ramai yang menganggap enteng tentang penjagaan kesihatan ini, seolah olah meraka itu kebal dari sebarang penyakit kronik ini.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan
-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.(air yang bersih dari sebarang racun dan toksid)
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang:

1) Kerap tahan kencing
2) Kurang minum air
3) Suka makan makanan masin
4) Suka minum minuman bergas.5) Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6) Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid

7) Kerap makan Pil Tahan Sakit
8 ) Merokok
9) Obesiti
10) Alkohol
11) Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal



Tiada ertinya jikalau anda seorang yang berduit BERJUTA ringgit tetapi anda seorang yang berpenyakit ! Sekiranya anda ingin mengubah taraf kesihatan anda,



Take Care Of Our Own Kidney!



Tiada ulasan: