Ahad, 13 Mei 2018

PRU-14, PENUH BERSEJARAH....


9 Mei 2018 adalah PRU yang ke-14 buat Malaysia tanahair ku...dan pertama kalinya dalam hidup ini keluar mengundi...πŸ˜… selama ni bukan tidak mahu pergi mengundi, tapi berada dalam luar kawasan(kawasan pedalaman)..dan mendaftar sebagai pemilih pun asyik-asyik tertangguh, dan juga kurang kesedaran tentang pentingnya membuang undi..terima kasih buat father in-law yang tolong daftarkan..,kalau tidak sampai ke tua lah tidak mengundi..heheheeee

 Dan akhirnya dengan penuh bangga PRU-14  ini aku berpeluang membuang undi, biar pun mata masih mengantuk(baru habis duty malam)...rasa bangga weeii😊😊😊..betullah cakap orang satu undi sangat berharga buat pemimpin yang kita pilih...dan undi itu adalah rahsia.,janji kita buat pilihan yang bijak.

Cerita pengalaman first time membuang undi, terpaksa husband yang temankan,budak baru belajar lah katakanπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†,yang lucunya...husband siap ikut berbaris lagiπŸ˜†, padahal husband mengundi di kawasan lain..bila sampai giliran baru husband keluar menunggu di luar.. 

Sampai  saja giliran hati kabak-kabak(berdebar-debar) macam ambil exam spm lah plak..hahaaa.. Orang kata garisan pangkah "X" mesti lurus, tidak boleh bengkok nanti undi rosak..ada juga yang suggest bawa pembaris πŸ˜πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… ... Aku ni kalau sudah nervous, menulis pun boleh jadi cakar ayam..kompom lah tanda "X" pun boleh jadi berombak-ombak..nasib baik lah ada ic..aku guna ic sebagai pembaris, supaya garisan pangkah "X"lurus..hahahaha. Lepas ni ada pengalaman sudah membuang undi.., mudah-mudahan di beri kesihatan yang baik umur yang panjang, insyaAllah 5 tahun dari sekarang kita buang undi lagi...

peneman setia

Done..kami sudah membuang undi...

Dalam banyak-banyak PRU..ini adalah pru yang sangat unik, menarik..dan mendebarkan...bayangkan baru habis kerja malam..malamnya menunggu keputusan, satu malam tidak dapat melelapkan mata, wal hal esoknya duty pagi lagi. Macam kita yang ikut betanding plak😊. Bunyi hp tidak berhenti-henti, setiap group whatsapp share setiap perkembangan.


Jam 2 pagi baru mata terlelap..belum pun alam berbunyi, sudah terbangun.. . Cepat-cepat on hp..baca semua massage whatsapp yang masuk..semua rata-rata mengucapkan tahniah kepada PH ..wah!!! Tun M menang!!! Ini petanda yang baik..dan besar kemungkinan Tun M akan jadi PM yang ke-7 untuk Malaysia..tahniah Tun M...WE LOVE U...Selamat berkhidmat semula untuk rakyat Tun M, kami nantikan pemerintahan Tun M...

Jutaan terima kasih kepada DSNR atas perjuangan DS kepada kami rakyat Malaysia, semoga Allah sentiasa menerima perjuangan DS selama memimpin Malaysia. Semoga DS sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Jasa DSNR selama menjadi PM tetap kami kenang selamanya...

Berbulan-bulan rasanya tidak tengok berita...tapi sejak 9 Mei, setiap hari tidak sabar menunggu berita terkini dan aku lah orang yang pertama duduk di depan tv..kalau dulu asal berita pasti channel akan ditukar..sekarang duduk di depan tv sampai berita habis hihihi..

Eqal juga tidak ketinggalan dalam berita gembira ni...biarpun dia anak special..autism , ADHA dan mild CP..sedikit sebanyak dia faham berita gembira untuk rakyat Malaysia...bila aku laungkan "hidup Tun M!!" sambil angkat tangan..eqal pun ikut angkat tangan juga..bijak abg eqal..πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„





kabinet malaysia 2018



Tiada ulasan: