Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun persekolahan...ramai ibubapa mengambil peluang bercuti bersama family..Begitu juga kami,masa cuti sekolah lah kesempatan meluangkan masa bersama family.Seperti tahun-tahun berikutnya,kami sekeluarga hanya bercuti di dalam sabah sahaja,memandangkan amat sukar untuk ke luar kawasan sabah,takut emosi abang eqal yang tidak menentu..dan sukar di jangkah..
Bila bercuti kami terpaksa mencari homestay,,sebabnya homestay luas dan selesa berbanding bilik hotel..sekurang-kurangnya bila abang eqal mengamuk tidak lah menganggu penghuni hotel..nanti silap hari bulan..ada plak pak polisi datang,ingatkan kita mendera.๐๐๐
Bawa abang eqal bercuti ni..sebenarnya banyak kesabaran.Adakalah bila moodnya tidak ok,semua benda tidak kena di hatinya,mulalah mengamuk sambil memukul mukanya..kadanga sampai satu tahap telinga serta muaknya bengkak dan berdarah.
Bila masuk mall,ada juga segelintir orang memandang abang eqal,macam tidak pernah nampak orang,kadang-kadang buat kita rasa kurang selesa.
Bila masuk mall,ada juga segelintir orang memandang abang eqal,macam tidak pernah nampak orang,kadang-kadang buat kita rasa kurang selesa.
Sepanjang masa bercuti,ada juga abang eqal mengamuk tidak mahu masuk mall,sampai lah security gurd datang membantu..,dalam keadaan kita begini masih ada juag yang perihatin dan memahaminya..Masa melawat muzium dan rumah terbalik,abang eqal langsung tidak mahu keluar dari kereta,belum sempat kita tarik tangannya,abang eqal sudah bertindak awal-awal.Kita di tolak keluar dari kereta(nasib baik tidak jatuh tersungkur๐) pintu kereta terus di tutup.Kalau sudah abang eqal buang tebiat begini.segala pujukan memang tidak jalan,maka berkurunglah abang eqal dalam kereta.. security gurd juga yang tolong tengo abang eqal,terima kasih encik gurd,moga encik gurd sentiasa di murahi rezeki,Aamin....
InsyaAllah muda-mudahan diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang lebih..hujung tahun ni kita bercuti lagi ya anak-anakku...