Assalamualaikum..Selamat tinggal segala kenangan 2018...WELCOME 2019,moga tahun baru ni kita sentiasa dalam keadaan yang sihat,ceria dan happy...
Hampir beberapa bulan tidak menulis kisah eqal..di sebabkan kekangan kerja..insyallah tahun ni umi akan kongsi cerita tentang eqal..
Cuti sekolah sudah pun berakhir..dan budak-budak sekolah sudah pun mula memulai sessi persekolahan seperti biasa,namun abang eqal masih lagi bercuti panjang...
Tahun lalu adalah tahun terakhir abang eqal di TDKKU (Taman didikan kanak-kanak kurang upaya)..dan buat masa sekarang abang eqal masih menunggu kekosongan PDK (pemulihan dalam komuniti)..menurut cikgu di PDK,buat masa sekarang pelajarnya sudah berjumlah 50 orang..so pengambilan pelajar di berhenti buat seketika....memandangkan cikgu hanya 5 orang..Mudah-mudahan rezeki abang eqal cepat di terima di PDK.
Situasi ni lah buat umi dan ayah risau..memandangkan umi dan ayah bekerja.Buat masa sekarang,umi terpaksa request kerja malam setiap minggu atau duty petang...Bila umi turun kerja,aqem dan nenet pulak yang ambil alih menjaga abangnya sehinggalah ayah habis duty jam 5 petang...begitu lah rutin harian kami menjaga abang eqal..
Doakan kami sekeluarga sentisa sihat dan murah rezeki...dan doakan mudah-mudahan segala urusan abang eqal dipermudahkan..aamin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan