Khamis, 11 Jun 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
kenangan yang takkan di lupakan.. Untuk aku baca di tahun-tahun hadapan jika masih dipanjangkan umur ,insyaAllah.....

Takkan sesekali aku lupa, 
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ“ŒTiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
πŸ“ŒPKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
πŸ“ŒTiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
πŸ“ŒTiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
πŸ“ŒTiada bunyi mercun, tiada yang cedera akibat mercun.
πŸ“ Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
πŸ“Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πŸ“Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dalam group what'sapp.
πŸ“Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tangan di dada.
πŸ“Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
πŸ“ Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yang kantoi jual rokok seludup dan ketum.
πŸ“Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
πŸ“Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πŸ“Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
πŸ“ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yang sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
πŸ“Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tapi diganti dengan nikah online.
πŸ“Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
πŸ“Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
πŸ“Taman permainan kanak-kanak ditutup.
πŸ“Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

πŸ“Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
πŸ“Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πŸ“Rak-rak di kedai menjadi kosong.
πŸ“Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
πŸ“Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
πŸ“Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
πŸ“Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πŸ“Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
πŸ“ Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm,dan bila pulang dari duty petang terasa sangat seram,rasa macam kawasan kita tinggal tidak berpenghuniπŸ˜†πŸ˜†,pernah juga beberapa kali merempit sebab takutπŸ˜„πŸ˜„
πŸ“Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
πŸ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
πŸ“Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga...sebelum pulang kena pastikan cuci tangan bersih-bersih,sebelum dan selepas  keluar dari kereta  hand santitizer.Pulang rumah cuci tangan bersih-bersih, tukar baju(baju unifom terus di cuci) dan terus mandi,baru berani peluk anak-anak..
πŸ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️
akan jd kenangan abadi selamanya...


#stayathome
#socialdistancing
#staysafe

Rabu, 10 Jun 2020

AIDILFITRI




KAMI SEKELUARGA mengucapkan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...Andai ada terkasar bahasa terlanjur kata dalam Blog penulisan saya,harap di maafkan yaa...kosong-kosong.....

MENYAMBUT Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza dari tahun sebelumnya, bahkan kali pertama menyambutnya dalam suasana normal baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aktiviti solat sunat hari raya di masjid, ziarah-menziarahi, balik kampung dan rumah terbuka terpaksa dihadkan bagi memutuskan rantaian wabak pendemik COVID-19 yang melanda dunia.
Suasana RAYA berbeza daripada RAYA tahun-tahun yang lalu , kemeriahan dan kesyahduannya dirasai sejak Ramadan lagi. Jika tidak balik kampung, maka tiadalah raya dan jika tiada foto raya keluarga, maka tidak bermaknalah hari raya serta begitulah yang kita rasai sejak kecil.Namun, tahun ini kita perlu menyambutnya dan membuat sedikit penyesuaian dengan normal baharu.
Tahun ini benar-benar mengajar kita erti syukur. Kita bersyukur kerana Allah SWT menyelamatkan negara, keluarga dan diri kita daripada wabak COVID-19. Begitu juga kita perlu bersyukur kerana Allah SWT memberi peluang untuk kita beribadah dalam bulan mulia dan mengurniakan Aidilfitri. Alhamdulillah raya tahun ni dapat berkumpul solat aidilfitri di rumah dan mendengar khutbah aidilfitri dari suami.. dan birthday tahun ni sangat special sebab jatuh pada first raya...so dapat lah celebrate dalam suasana yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya...


selesai berbuka puasa...berkumpul takbir aidilfitri bersama keluarga

solat aidifitri di rumah
khutbah aidilfitri disampaikan oleh  husband









hari lahir jatuh pada raya pertama.....























Kami semua ready beselfi,abg eqal dengan dunianya sendiri....


Semoga kita dapat meraikan hadiah daripada Allah SWT, Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan kesederhanaan. Marilah kita sama-sama doakan semoga ujian pandemik COVID-19 akan berakhir di negara kita khususnya dan seluruh dunia umumnya...Aamin
#stayathome
#stayhealthy
#staysafe