PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
kenangan yang takkan di lupakan.. Untuk aku baca di tahun-tahun hadapan jika masih dipanjangkan umur ,insyaAllah.....
Takkan sesekali aku lupa,
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh π²πΎ
πTiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
πPKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
πTiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
πTiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
πTiada bunyi mercun, tiada yang cedera akibat mercun.
π Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
πSemua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πSemua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dalam group what'sapp.
πPenjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tangan di dada.
πPita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
π Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yang kantoi jual rokok seludup dan ketum.
πHanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
πKedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πKeseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
π Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yang sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
πMajlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tapi diganti dengan nikah online.
πTiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
πTidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
πTaman permainan kanak-kanak ditutup.
πKekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
πKekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
πBerlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πRak-rak di kedai menjadi kosong.
πKilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
πKerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
πTiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
πSidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πKemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
π Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm,dan bila pulang dari duty petang terasa sangat seram,rasa macam kawasan kita tinggal tidak berpenghuniππ,pernah juga beberapa kali merempit sebab takutππ
πRamai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
π Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
πPekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga...sebelum pulang kena pastikan cuci tangan bersih-bersih,sebelum dan selepas keluar dari kereta hand santitizer.Pulang rumah cuci tangan bersih-bersih, tukar baju(baju unifom terus di cuci) dan terus mandi,baru berani peluk anak-anak..
π "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 ππππ
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️π²πΎ❤️π²πΎ❤️
akan jd kenangan abadi selamanya...
#stayathome
#socialdistancing
#staysafe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan