Rabu, 10 Jun 2020

AIDILFITRI




KAMI SEKELUARGA mengucapkan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...Andai ada terkasar bahasa terlanjur kata dalam Blog penulisan saya,harap di maafkan yaa...kosong-kosong.....

MENYAMBUT Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza dari tahun sebelumnya, bahkan kali pertama menyambutnya dalam suasana normal baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aktiviti solat sunat hari raya di masjid, ziarah-menziarahi, balik kampung dan rumah terbuka terpaksa dihadkan bagi memutuskan rantaian wabak pendemik COVID-19 yang melanda dunia.
Suasana RAYA berbeza daripada RAYA tahun-tahun yang lalu , kemeriahan dan kesyahduannya dirasai sejak Ramadan lagi. Jika tidak balik kampung, maka tiadalah raya dan jika tiada foto raya keluarga, maka tidak bermaknalah hari raya serta begitulah yang kita rasai sejak kecil.Namun, tahun ini kita perlu menyambutnya dan membuat sedikit penyesuaian dengan normal baharu.
Tahun ini benar-benar mengajar kita erti syukur. Kita bersyukur kerana Allah SWT menyelamatkan negara, keluarga dan diri kita daripada wabak COVID-19. Begitu juga kita perlu bersyukur kerana Allah SWT memberi peluang untuk kita beribadah dalam bulan mulia dan mengurniakan Aidilfitri. Alhamdulillah raya tahun ni dapat berkumpul solat aidilfitri di rumah dan mendengar khutbah aidilfitri dari suami.. dan birthday tahun ni sangat special sebab jatuh pada first raya...so dapat lah celebrate dalam suasana yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya...


selesai berbuka puasa...berkumpul takbir aidilfitri bersama keluarga

solat aidifitri di rumah
khutbah aidilfitri disampaikan oleh  husband









hari lahir jatuh pada raya pertama.....























Kami semua ready beselfi,abg eqal dengan dunianya sendiri....


Semoga kita dapat meraikan hadiah daripada Allah SWT, Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan kesederhanaan. Marilah kita sama-sama doakan semoga ujian pandemik COVID-19 akan berakhir di negara kita khususnya dan seluruh dunia umumnya...Aamin
#stayathome
#stayhealthy
#staysafe

Tiada ulasan: