Jumaat, 30 Mac 2012

Faedah kita menangis





Assalamualaikum...moga semuanya sihat2 walafiat....pernah kah anda menanggis?Tipu lah kan kalau ada di antara kita yang tidak pernag menanggis,malah babby yang baru lahir pun menanggis.Kadang kala kita menanggis bukan hanya semata-mata kerana kesedihan,takut,di hina,malah atas kegembiraan pun kita boleh menanggis,namun di sebalik kita mengalirkan air mata,kita tidak tahu ada menafaatnya untuk kesihatan mata kita....ada juga pepatah"jangan lah menanggis kerana perkara yang sia-sia"...kalau anda nak tahu menanggis menafaat untuk kesihatan mata kita,jom baca....



Ada beberapa alasan manusia menangis:
                   
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.


Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega. 





Khamis, 29 Mac 2012

Eqal the brave boy (bila eqal jatuh)....

Assalamualaikum...,moga-moga kita semua sentiasa ceria...Entry ummi kali ni nak story macam mana eqal terjatuh dan terpaksa dibawa ke Jabatan Kecemasan...situasi yang separa cemas jugaklah....

Ceritanya begini...kelmarin, early morning dalam kesibukan ummi bersiap-siap mau turun kerja (duty pagi), ummi terkejut bunyi benda jatuh yang sangat kuat dari dalam bilik tidur, beberapa minit kedengaran suara eqal menangis. Oleh kerana ummi mengejar masa (ummi terpaksa menghantar hanis ke sekolah, sebelum ke tempat kerja) ummi tidak sempat untuk menjenguk keadaan eqal.....hanya terdengar suara hubby memujuk eqal agar berhenti menangis....Sepanjang perjalanan ummi teringatkan keadaan eqal, dalam hati harap-harap eqal tiada apa-apa...

Lebih kurang jam 9.25 pagi h/p ummi berbunyi, namun ummi tidak sempat mengangkatnya, ummi sedang buat dressing. H/p ummi berbunyi lagi, sms dari hubby..."c eqal kecemasan"...Ya Allah kenapa dengan eqal ,bermacam-macam bermain di kepala ummi. Dua minit kemudian hubby call, "Pergi ke kecemasan (Unit Kecemasan) sekarang".

Tanpa berlengah lagi, ummi jumpa Sister wad minta izin keluar sekejap. Anak ummi sakit, syukur sister faham....ummi terus ke jabatan kecemasan. Hubby sudah pun menunggu ummi, tanpa  berlengah, ummi terus mengangkat eqal, sementara hubby mencari parking, ummi lihat eqal pucat lesu dan tidak bermaya...Eqal terus di bawa masuk ke yellow zone.

Doktor terus memeriksa eqal...menurut cerita hubby eqal jatuh dari katil dan kepalanya terhantuk ke lantai, time tu eqal nampak ok dan hanya menangis kesakitan saja, tiada pengsan @ apa yang mencurigakan...Selepas menghantar eqal ke TDKU (TAMAN DIDIKAN KANAK-KANAK KURANG UPAYA), mungkin dalam 10 minit selepas tu, hubby menerima call dari cikgu eqal, dia bagitau eqal nampak pucat dan tidak bermaya...time tu hubby terus bergegas kembali ke TDKU melihat keadaan eqal. Bila hubby tiba, dia lihat eqal sedang terbaring atas tilam dan keadaan eqal memang lemah, muka, bibir, tangan dan kaki nampak pucat...hubby terus angkat eqal dan bawa ke Jabatan Kecemaan Hospital Sandakan.

Semasa doktor tengah merawat, eqal tiba2 muntah...doktor terpaksa x-ray kepala eqal, takut ada skull fracture plak dan plan for CT Brain jugak jika memang ada masalah....time nak x-ray pun punya lah susah, sebab eqal meronta-ronta. Terpaksa lah ummi dan hubby pegang badan dan kepala eqal supaya tak bergerak-gerak....

Syukur lah keputusan x-ray tiada apa-apa kecederaan di kepala eqal, mungkin gegaran pada otak menyebabkan eqal weak dan pale.....Doktor  terpaksa letak eqal di observation bay untuk memantau keadaan eqal selama 6 jam, takut keadaan eqal boleh berubah bila-bila masa. Syukur Alhamdulillah keadaan eqal mula beransur-ansur pulih dan mula aktif, pink dan bersuara. Dia habiskan 4 keping sandwich dan 3 potong kek yang hubby beli untuk eqal makan....Ummi bersykur sangat-sangat pada Allah...Memandangkan eqal sudah mula aktif dan tiada tanda-tanda yang meragukan, ummi request bawa eqal pulang, walaupun belum cukup 6 jam. Syukurlah doktor yang memeriksa eqal faham dan dia nasihatkan kami agar membawa eqal ke hospital semula sekiranya keadaan eqal tiba-tiba weak dan pale berulang.



Hubby terpaksa ambik on leave 2 hari (terima kasih atas pengorbanan hubby) dan membawa eqal pulang dengan berbekalkan ubat yang di beri. Ummi pulak terpasksa menyambung kembali kerja ummi di wad. Syukur alhamdulilah keadaan eqal baik sehingga hari ni tiada apa-apa lagi yang berlaku...

Sabtu, 24 Mac 2012

CARA NAK PAKAI TUDUNG BAWAL 4 SEGI GAYA



 1.Pakai inner neck.Inner neck ni sangat mudah dan selesa dipakai.

2.jadikan tudung bawal 4 segi seperti segitiga.Macam gambar.
 3.Bagi sama panjang kiri dan kanan.
 4.Tarik bahagian kanan ke kiri telinga ye.Buat macam dalam gambar.
Lepas tu letaklah brooch yang panjang2 comel tu kat situ.
 5.Tarik yang bahagian kiri sedikit dan pinkan.Ombak rindu sikit yang area nak tarik tu.
 Tarik macam ni ye utk step 5.
6. Pinkan sedikit di belakang seperti dalam gambar.
7. Kann da siap..kalau tak faham bolehla sambil pakai sambil tengok step 









Jumaat, 23 Mac 2012

Kelebihan Ayat Kursi




Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

  1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
  3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
  4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
  5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
  6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
  7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
  8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
  9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
  10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
  11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
  12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
  13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
  14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

Sumber: http://www.one-ummah.net/

MASUK SYURGA KERANA BULU MATA

Assalamualaikum...salam jumaat moga2 kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat...mari kita sama2 menghayatinya dan mengambil iktibar,jika kita pernah melakukan kesilapan,walau tanpa ada saksi yang melihatnya,TAPI kita lupa sebenarnya banyak saksi2 yang tersembunyi yang kita tidak sedar melihat perbuatan kita...dan sesungguhnya ALLAH itu maha melihat dan mendengar setiap perbuatan kita....sama ada kesalahan yang  besar mahu pun kesalahan yang kecil....


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”

"Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”

“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”


Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

* Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..


10 GANGGUAN SYAITAN DALAM SOLAT


1)WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBITAUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar", ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata: "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.

2)TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu 'Utsman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku"
- (HR. Muslim)

3)LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
"Jika salah seorang dari kalian shalat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam"
- (HR Bukhari dan Muslim)

4)HADIRNYA PIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat"
- (HR Bukhari)

5)TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata: "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berprilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul kerana dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya - asal mengerjakan solat, asal selesai, jadi!. Tidak ada ketenangan atau thu-ma'ninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
"Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"
- (HR Bukhari dan Muslim)


6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya: "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar.
- (HR Tirmidzi)

7)MENENGOK KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".
- (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah sebisa mungkin"
- (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi bisa. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya"
- (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin mengganggu kekusyukkan solat dengan bersin, sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud: "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan"
- (Riwayat Thabrani).

Ibnu Hajar menghuraikan pernyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat, sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain kerana syetan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara".

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya"- (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Jumaat, 9 Mac 2012

ASSALAMUALAIKUM...mari kita sama2 hayati senandung Al-fatihah....selama ni kita cuma membacanya,dan tentu ada di antara kita yang kurang tahu maksudnya,termasuk lah ummi sendiri.....bila kita hayati dengan penuh khusyuk..boleh mengalir air mata,betapa indahnya....


Selasa, 6 Mac 2012

Kesalahan Membaca Al-Fatihah



Assalamualaikum semua..muda2han kita semua sentiasa sihat walafiat.Entry ummi ni memang menarik,entry ni ummi jumpa dalam FB ISLAM ITU INDAH,ummi nak kongsi dengan kawan2 semua,kadang kala kita tidak sedar melakukan kesilapan dalam bacaan kita dan Sangat berguna untuk kita umat islam di mana solat adalah tiang agama.Baru2 ni ummi mengikuti kursus bimbingan ibadah solat sempurna bersama Ustaz Don Daniyal selama 2 hari.Rasa beruntung sangat menjadi perserta kursus,banyak ilmu dapat di kongsi,terutamanya kesalahan dalam bacaan al-fatihah,cara solat yg betul..jom sama2 kita kongsi ilmu dan kita selidik di mana kelemahan kita....


PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita

NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS

6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!
7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany


Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:

a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya dan  tidak berhati-hati.

Hikmah Memberi dan Menjawab Salam




Terdapat banyak hikmah yang Allah SWT letakkan disebalik salam. Sebab itu terlalu banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan memberi dan menjawab salam. Antaranya ialah:
  1. Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) pernah bersabda;Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesara?”
    Para sahabat baginda menjawab;
    “Belum Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)”
    Kemudian Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) pun menerangkan:
    “Kembangkanlah memberi salam di antara kamu.” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
    1. Tambahan daripada itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini dinyatakan didalam hadis;
    “Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salamitu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali.” (Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)
    1. Begitu juga dinyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa sahabat handai sesama muslim antara mereka sebelum mereka berpisah. Ini dinyatakan didalam hadis;
    “Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

                          Sumber: Majalah Q&A, Bilangan 2