Ahad, 6 Januari 2013

Eqal kini punya bilik sendiri....


ASSALAMUALAIKUM..... rasanya lamanya ummi ndak update story eqal,kalau di ikutkan memang banyak yang ummi nak tulis tentang eqal,namun masa dan keadaan yang sering kali cemburu,membuatkan ummi tiada kesempatan...fuyoooo ....

Syukur PADA-MU kerana hingga ke hari ini eqal masih dalam keadaan sihat walafiat,biar pun kadang kala penyakit asthma nya datang menyarang....Dan pada 21 feb 2013  nanti genaplah umur eqal  9 tahun...Tanpa sedar eqal anak bujang ummi sudah besar dan dalam usia 9 tahun eqal kini punya bilik sendiri...

Semua ini tanpa di rancang,tapi bila ummi dan hubby ada rezeki lebih,kami bercadang agar eqal ada bilik sendiri.Pernah juga ummi terfikir patut kah ummi biarkan eqal tidur sendirian.,tapi sampai bila kan eqal berada di bawa ketiak ummi.,sekurang-kurang eqal boleh berdikari suatu kelak nanti,insyallah....Anak2 ummi yang dua tu orang pun kena tidur di bilik masing2 juga,mana aci eqal jee tidur sendiri kan...so ummi dan hubby mesti adil.Dapatlah ummi dan hubby tidur ala2 pengantin baru,heeeee.....

Untungnya eqal,katil,tilam dan almari pakaian mother in law yang sponser...eqal kan salah satu cucu kesayangan..Jutaan terima kasih yang tidak terhingga,moga Allah membalas segala-galanya.Yang lucunya pagi katil eqal di pasang,petangnya lantai katilnya patah...hahaha apa tidaknya eqal setiap jam melompat-lompat di atas kati,almaklum katilnya spring...Terpaksalah katil di buka.

Hari pertama eqal tidur di biliknya,ummi dan hubby temankan,takut eqal terkejut plak.Dalam ummi tidur2 ayam eqal rupanya terbangun,tiba2 eqal berpusing ke kanan ke kiri,pandang siling,pandang dinding..agaknya eqal binggung,mungkin di hatinya aku di mana ni,hahahaaa nasib baik ummi dan hubby temankan kalau ndak pasti eqal sudah menanggis.Seminggu juga ummi dan hubby temankan eqal tidur,syukur alhamdulila eqal kini sudah biasa tidur di bilik sendiri.Sering kali ummi terdengar gelak ketawa eqal sambil melompat2 keriangan...kekadang tersentuhnya hati ummi,andai eqal  boleh bercakap macam kanak2 seumurnya,sudah pasti eqal akan request macam2 untuk biliknya....tersenyum lebar sambil memeluk ummi...YA ALLAH apa pun pemberian-MU ummi terima dengan hati penuh rasa syukur.

Sejak ada bilik sendiri,eqal jarang masuk bilik ummi,mungkin eqal lebih selesa bermain di biliknya....
Yang bestnya bila ummi suruh eqal naik atas pergi tidur,automatik eqal akan terus masuk biliknya.
Gembiranya ummi...tandanya eqal boleh menerima arahan .....

p/s: Insyallah next story, ummi masukkan gambar2 bilik eqal....

Selasa, 1 Januari 2013

HAPPY NEW YEAR 2013




   Assalamualaikum all bloger,moga2 kita sentiasa sihat walafiat d samping kehidupan seharian...

wah lamanya ummi tidak update blog...rasanya blog ummi ni banyaknya sawang.....

Di kesempatan ni ummi ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013,moga tahun baru kita sentiasa mendapat kebahagian dan kegembiraan dalam semua tugas yang kita lakukan...SAYONARA 2012...kenangan yang indah-indah kita simpan rapi dalam kamus hidup sebagai kenangan yang terhebat dalam hidup..DAN yang kurang indah,jangan di buang terus,simpan...dan  berfikir di mana kesilapan yang harus kita perbaiki untuk tidak akan berulang lagi dalam kehidupan kita....

Setiap orang tiada yang melakukan kesilapan,dari kesilapan kita belajar mengubah dan berubah diri agar menjadi yang lebih baik....wahhhh berkutbah plak ummi...sekadar renungan untuk diri ummi ...

Penutup 2012.....Bila mana Eqal tiba-tiba hilang dari rumah...Bayangkan lah...selama lebih kurang sejam eqal hilang,malam plak tu,lebih kurang jam 9.00pm.Hanya Tuhan yang tahu perasaan ummi ketika itu,syukur alhamdulila dengan bantuan beberapa anak-anak muda di kawasan perumahan ummi,akhirnya eqal berjaya di keasan dengan selamat,cuma beberapa calar di kaki.....HUhuhu...tidak dapat ummi bayangkan andai eqal tidak di temui pada masa itu...pasti penutup tahun 2012 membawa seribu kesedihan dalam hidup ummi....


Syukur PadaMU YA ALLAH ummi masih boleh menumpang di bumi ciptaan -MU menikmati keindahan alam merasa kenikmatan rezeki kurniaan-MU,dapat melihat anak2 ummi membesar dengan sihat walafiat...dan ummi masih berpeluang menjalankan tanggungjawab ummi sebagai isteri, ibu dan tanggunjawab sebagai anak pada kedua ibu bapa....

Moga Tahun 2013 ni,membuka lembara yang baru agar kita lebih mantap maju ke dapan,tutup cerita masa lalu,mulakan hari dengan senyuman dan lupakan kesedihan semalam,yang tidak membawa apa2 erti buat kita untuk terus hidup BAHAGIA.....



Jumaat, 2 November 2012

BERKATILAH UMUR DENGAN 4 PERKARA




Perkara pertama yang disentuh oleh Rasulullah S.A.W ialah bersedekah. Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu.
Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? lalu Baginda menjawab: “sedekah orang yang tidak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sabda Rasulullah ini adalah satu penghargaan besar kepada golongan kurang berkemampuan yang masih bersemangat menghulurkan sedaya upayanya memberikan sedekah kepada orang lain. Inilah keindahan dalam Islam kerana sikap saling membantu dititikberatkan dalam membina masyarakat.
Melalui budaya bersedekah itu akan membentuk landskap masyarakat penyayang dan prihatin. Perasaan kebersamaan dan semangat kekitaan pasti wujud kukuh dan berakar umbi teguh dalam masyarakat yang saling membantu melalui pemberian sedekah.
Perkara kedua yang disarankan Baginda SAW ialah bersikap sentiasa menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Skop menyuruh kepada kebaikan sebenarnya tidak hanya terhad kepada da’ie atau pendakwah saja malah semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan. Menyuruh kepada kebaikan juga bermakna kita melaksanakan seruan ke jalan Allah.
Atas sebab pentingnya aspek ini, Saidina Ali bin Abi Talib turut mewasiatkan kepada kita berbuat demikian. Kata beliau: “Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan, maka tunggulah kebinasaan umat ini.”
Jadi, apa saja kesempatan hidup seharusnya kita menggunakannya dengan mengamalkan satu gaya hidup yang saling menasihati ke arah kebaikan. Tidaklah wajar dalam sebuah masyarakat Muslim untuk saling menutup mata seandainya melihat adanya sesuatu yang mungkar.
Seterusnya, aspek berbakti kepada kedua-dua ibu bapa juga diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagai elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati.
Sesungguhnya persoalan mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa akan mengundang laknat Allah dan pastinya seksa maha pedih menanti anak yang derhaka itu. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak.
Allah mengingatkan kita yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah An-Nisa; ayat 36). Ini perintah Allah dan sesiapa ingkar mematuhinya bermakna melakukan satu dosa besar di sisi-Nya.
Perkara keempat memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah. Pesan Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang ingin murah rezeki dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya (silaturahim). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Namun, senario hari ini jelas menunjukkan fenomena bertegang leher dan berpisah-pisah sudah semakin menebal dalam masyarakat.
Justeru itu marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di akhirat kelak.

Rabu, 24 Oktober 2012

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang



 

Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan,dan cuci lah muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari.Pengunaan kosmetik yang tidak sesuai juga salah satu faktor terjadinya punca jerawat,so pilih lh kosmetik yang benar2 sesuai dengan kulit muka kita.....



Isnin, 22 Oktober 2012

persoalan makanan halal,haram tidak boleh di ambil mudah


HALAL membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya menyumbang kepada pembentukan ummah.
Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)Ibn kathir dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan, perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat serta elok dari segi tabiat dan syarak. Thoyyiba merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian.
Ia mestilah selari dengan syariat, tidak bercanggah dan disertai keikhlasan kepada Allah SWT. Makanan halal di sisi syarak adalah makanan bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas dari sebarang kemudaratan, sebaliknya makanan haram sekalipun lazat tetap keji di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
Oleh itu, seorang Islam sama ada pengusaha makanan halal dan individu hendaklah mengambil kira setiap perkara dari segi modal perniagaan, pelaburan, hasil pendapatan serta hendaklah dijauhi unsur haram seperti judi, riba atau rasuah.
Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan halal dan bersih kerana makanan haram yang dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa kepada kesan mendalam terhadap tingkah laku, budi pekerti, kejernihan hati serta penerimaan doa kepada Allah SWT.
Panduan pemakanan dalam Islam adalah berlandaskan konsep memberi kemudahan, menjaga nyawa, menjamin kesihatan tubuh badan dan akal. Kerana itu setiap makanan yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan akal fikiran dibenarkan oleh syarak.
Firman Allah yang bermaksud: “Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-Nya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Manakala yang haram dan memudaratkan fikiran serta badan diharamkan dan ditegah.” (Surah al-Nahl ayat 114-115)
Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Quran menyatakan, sama ada ilmu manusia dapat mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara atau tidak, namun yang pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi keupayaan kita untuk mengetahui sesuatu perkara. Allah tidak mengharamkan sesuatu, kecuali pasti perkara itu mempunyai bahaya dan kemudaratannya.
Ulama terkenal, Abdullah Sahl al-Tusturi berkata, sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan. Berdasarkan kepada pandangan ini menunjukkan pemakanan halal mempunyai kedudukan penting dalam kehidupan di dunia ini dan berkait rapat dengan balasan hari akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh dari perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut (untuk membakar dan menghilangkan) daging itu.” (Hadis riwayat Ibn Marduiah)
Dalam mengharungi perkembangan semasa di era global dunia hari ini, banyak makanan dan minuman ditawarkan kepada kita perlu diperiksa dan diteliti sebaiknya. Perkara yang halal lagi baik hendaklah menjadi keutamaan manakala yang haram dan tidak baik semestinya dihindari.
Kita juga dituntut menjauhi barang syubhah yang mengelirukan dan tidak jelas hukumnya. Kita sepatutnya berwaspada supaya tidak mengambil atau mencubanya melainkan setelah dipastikan halal dan kebaikannya kerana makanan dan minuman syubhah boleh mengheret kepada penggunaan barangan haram secara tidak disangka-sangka.
Ada peniaga yang tidak bertanggungjawab memperdayakan pengguna seperti memalsukan logo halal atau menggunakan logo halal pada produk haram. Walaupun matlamat perniagaan untuk mencari rezeki dan mendapat keuntungan, namun soal keberkatan dan keikhlasan tidak boleh diketepikan atau dipandang remeh.
Mereka yang melakukan penipuan ini sebenarnya telah mengkhianati masyarakat Islam dan melakukan amalan syaitan yang menyesatkan. Akta Perihal Dagangan 2011 diharap dapat membantu mengatasi masalah ini dan semua pihak perlu mematuhi akta yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.
Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)