Assalamualaikum....hari ni moa story eqal dan pengasuhnya plak...bukan niat untuk membanding banding pengasuh, tapi sekurang-kurangnya boleh lah aku berkongsi apa yang pernah aku lalui dengan bermacam2 perangai pengasuh...
Selepas cuti bersalin selama dua bulan tamat, mak mertualah yang menjaga eqal....tapi bila kesihatannya terjejas..kami mula mengambil pengasuh...oleh kerana pengasuh pertama ni menjaga eqal di rumah mak mentua...senang lah sedikit sebab dapat juga neneknya mengajar rutin harian eqal dan menerangkan keadaan eqal...tapi time tu umur eqal baru setahun, kira senang lah mengurus eqal sebab tidak banyak karenah...pengasuh pertama ni kira ok lah juga, rajin dan pandai menjaga eqal...cuma lambat sedikit pergerakkannya...
Bila bapa mentua membeli rumah, kami di pelawa tinggal sebumbung, ini memudahkan mak mentua memantau pengasuh menjaga eqal. Tapi sebulan kemudian aku memberhentikan pengasuh yang lama, memandangkan sepupu hubby menawarkan diri untuk menjaga eqal d samping tu boleh juga menjaga mak mentua yang tidak berapa sihat ketika itu, dan pada masa yang sama jugak my hubby menyambung study selama 6 bulan di Selangor...selama ketiadaan hubby di sisi, aku lah yang mengurus anak-anak (time tu baru 2 orang anak) dan kadang kala mak dan bapa mentua menghulurkan bantuan...
Selepas beberapa hari ketiadaan hubby, eqal mula perasan kelibat ayahnya yang tidak kelihatan...pernah suatu malam eqal mencari-cari ayahnya ...hinggakan dalam almari pakaian pun di bukanya sambil memanggil "yayaaaahh...yayaaah"...
Tiba-tiba air mata ku jatuh tak dapat menahan sebak...biarpun eqal ni anak istimewa namun dia punya perasaan jugak....dan ingatannya sangat kuat...beberapa hari eqal hanya menyebut "yayaaahh"...3 minggu berlalu perkataan "yayaaah" mula hilang dari mulut eqal...mungkin kerana bayangan ayahnya lama tidak di lihatnya...
Setahun berlalu sepupu hubby berhenti kerana ingin berehat...aku dan hubby terpaksa akur dengan keputusannya...beberapa minggu kami bertungkus lumus mencari pengasuh dan akhirnya bapa mentua terpaksa ambil pengasuh dari estet tempat dia bekerja...umurnya baru 15 tahun, namanya Betty. Aku dan hubby tiada pilihan...aduh....pengasuh yang ke-3 ni masih muda, so pastinya perangainya masih kebudak-budakan...pernah beberapa kali dia terlajak tidur, kekadang aku yang akan mengejutnya...
Yang lucunya tentang si Betty ni bahasanya masih terlalu pelat dengan bahasa Indon (macam dalam drama Indon tu)....hinggakan anak aku yang kedua, si Anis pun sampai terikut-ikut dengan bahasanya. Sebulan bekerja dia terpaksa berhenti kerana terpaksa balik ke kampung (Indonesia)...
Aduhh..bingungnya bila tiada pengasuh, di tempat kerja aku selalu bertanya pada kawan-kawan. Begitu juga hubby....namun jawapan yang kami dapat selalu menghampakan.....mak dan bapa mentua turut membantu...dan akhirnya bapa mentua berjaya mendapatkan kami pengasuh yg ke4....syukur alhamdulillah....
Alamak, mengantuk lah....nanti kita sambung lagi yeee.......zzzzzzzzzzz.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan