Khamis, 22 Ogos 2013
salam aidilfitri...
Assalamualaikum..salam 1 malaysia..salam persaudaraan..... Syukur pada-MU ummi masih di beri ruang untuk menikmati keindahan alam ciptaan-MU....Rasanya belum terlambat lagi ummi mengucapkan salam adilfitri maaf zahir batin..pada semua all bloger yang singgah di blog ummi,jika ada terkasar bahasa mahu pun ada kata2 yang menyinggung harap lah di maafkan....
Raya tahun ni ummi hanya beraya di wad,almaklum lah adat orang yang bekerja gov yang bertugas ikut bershift....terpaksa lah ikut sistem giliran,baru lah adil..Lagi pun tahun ni giliran sebelah hubby .Tipulah kan kalau di hati terasa amat sedih,lebih2 lagi bila takbir raya ataupun lagu raya berkumandang....tersentuhnya hati....Raya ke12 baru lah ummi dapat off,tu pun hanya sehari...waaaaa waaa sedihnya...
Yang bestnya raya tahun ni,ummi dapat menyediakn 4 jenis kuih...terasa bangga tau..,macam tidak percaya plak..apa tidaknya,ummi ni dalam bab2 masak memasak memang gagal.,dalam usia 10 tahun perkahwinan ummi..ni lah first time ummi buat kuih raya dari air tangan sendiri...heeeee..malunya..dan amat ruginya kalau ndak pandai memasak,anak2 pula sibuk memuji kesedapan nya...wahhh sukanya ummi,ya lh kan selama ni asyik2 kuih tunjuk..made in supermarket....Dalam kesibukan membeli barang2 keperluan raya....tanpa sedar,tiba2 plak dapat saman parking..hahahaa .....apa tidaknya ummi parking jee ikut suka hati....emmmm melayang juga rm150.....aduh! sudah lah mahu guna duit time raya ni....
Raya tahun ni semua serba sederhana....ummi dan hubby tiada menempah baju raya....baju raya tahun lalu masih lagi boleh di guna,elakkan pembaziran katakan.Anak2 beraya seakan,baju khas untuk raya 3 pasang seorang....,terpancar keriangan di wajah anak mencuba baju raya....Teringat ummi zaman kanak2....time hidup serba kemeskinan,mahu dapat sehelai baju raya pun amat lah susah,kekadang baju raya pun,3 tahun raya yang lalu....selipar raya pun hanya berselipar jepun..itu pun sudah cukup mengembirakan.....aduhh sedihnya mengimbas zaman kanak2....mengalir air mata....Syukur lah ummi separuh adik beradik semuanya bekerja...so dari kemeskinan sekurang2nya kami adik beradik dapat mengubah hidup yang berkemampuan....
Anak2 sekarang semuanya beruntung.....semuanya seba lengkap...Syukur alhamdulila rrezeki sentiasa ada....
Akhir kata...salam lebaran,maaf zahir dan batin dari ummi sekeluarga.....
wassalam...
Jumaat, 12 Julai 2013
buah pinggang
Salam Ramadhan All bloger....Mudah2han kesihatan sentiasa milik kita sepanjang bulan ramadhan..Ummi mahu share sedikit sebanyak tentang buah pinggang kita...Ummi ni bukan lah arif sangat,sedikit pengetahuan yang ummi dapat tentunya tidak salah jika kita berkongsi ilmu pengetahuan...Buah pinggang kita ni amat penting..dan bila buah pinggang kita tidak berfingsi dengan baik atau pun rosak,hidup umpama di hujung tanduk..(semua anggota kita juga amat penting).Ummi betugas di wad perubatan perampuan,setiap hari hari ummi jumpa pesakit buah pinggang...melihat kesakitan dan kesengsaraan pesakit,ummi rasa begitu takut..dan berharap sangat di beri kesihatan yang baik2....Jadi jaga lah kita kesihatan dengan sebaik2nya...di bulan ramadhan ni sesuai sangat lah kita berpuasa dari mengambil makanan yang kurang berkhasiat....
SUDAH acap kali rasanya isu penyakit buah pinggang dibicarakan. Setiap kali perkara ini dibincangkan, inti pati sama diulang kembali.Namun, ia belum dapat meningkatkan kesedaran masyarakat kerana bilangan pesakit di negara ini terus bertambah.Kegagalan buah pinggang atau ginjal berlaku tanpa disedari. Ia juga jarang menunjukkan sebarang gejala hinggalah buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pada ketika ini baru timbul pelbagai gejala tidak menyenangkan seperti kerap kencing pada tengah malam, cepat letih, kurang selera makan, kaki bengkak atau kencing berdarah.
Hanya pada peringkat inilah kebanyakan pesakit mula terasa ada sesuatu yang “tidak kena” dengan badan mereka. Apabila diperiksa, baru diketahui buah pinggang “organ penting untuk membersihkan darah” sudah rosak sepenuhnya.
Namun sebelum terkena, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Kurang kepekaan terhadap kesihatan diri dan tidak berminat mengetahui penyakit ‘lazim’ dalam masyarakat menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang semakin bertambah bilangannya.
Secara umumnya buah pinggang ada empat tugas utama, iaitu membuang cecair berlebihan dari badan; menuras darah (mengambil balik khasiat yang diperlukan dan membuang bahan tidak berguna); mengawal tekanan darah, kiraan sel darah merah dan jumlah mineral dalam badan serta mengekalkan tulang yang sihat.
Banyak perkara boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi)Tanda kerosakan buah pinggang,Antara tanda-tanda:
Rasa tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.
Air kencing bercampur darah.
Berlaku perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.
Sakit belakang.
Kerap buang air kecil pada tengah malam.
Kaki membengkak, khususnya di pergelangan kaki.
Sekelip mata menjadi sembap dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.
Kaedah mencegah penyakit ginjal
Jalani pemeriksaan ginjal.
Amalkan pemakanan seimbang.
Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor.
Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
Kekalkan berat badan seimbang.
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Jalani pemeriksaan ginjal.
Amalkan pemakanan seimbang.
Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor.
Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
Kekalkan berat badan seimbang.
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Kesimpulannya, Mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit tu.. perkara ini semua orang tahu, namum masih ramai yang menganggap enteng tentang penjagaan kesihatan ini, seolah olah meraka itu kebal dari sebarang penyakit kronik ini.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan
-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.(air yang bersih dari sebarang racun dan toksid)
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.(air yang bersih dari sebarang racun dan toksid)
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang:
2) Kurang minum air
3) Suka makan makanan masin
4) Suka minum minuman bergas.5) Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6) Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid
7) Kerap makan Pil Tahan Sakit
8 ) Merokok
9) Obesiti
10) Alkohol
11) Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal
4) Suka minum minuman bergas.5) Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6) Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid
7) Kerap makan Pil Tahan Sakit
8 ) Merokok
9) Obesiti
10) Alkohol
11) Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal
Tiada ertinya jikalau anda seorang yang berduit BERJUTA ringgit tetapi anda seorang yang berpenyakit ! Sekiranya anda ingin mengubah taraf kesihatan anda,
Take Care Of Our Own Kidney!
10 KHASIAT BUAH PISANG
Assalamualaikum...salam 1 malaysia...hari ni puasa yang ke tiga,moga2 kita semua tabah dalam menjalani ibadah puasa...Selama ni ummi pun kurang arif tentang apa khasiatnya buah pisang ni,yang ummi tahu,pisang ni sesuai untuk orang yang kurang potasium,emm sesuai untuk orang yang cerit birit dan bla bla..haha..bila ummi jumpa artikel ni,wow !! banyaknya khasiat pisang rupanya,jadi apa lagi,petang ni boleh lh makan pisang sebagai juadah untuk pencuci mulut ke,masak kuih cemput2 pisang atau pun bubur pisang,untuk bersungkai...dan rajin2 lah makan buah pisang....amboi2
Selain menjadi favorit sebagian besar atlet, buah pisang juga memiliki khasiat bagi kesehatan serta kecantikan. Namun untuk mendapatkan manfaatnya, Anda perlu cermat memilih. Pasalnya hanya pisang yang matang saja yang dapat mengubah gula darah menjadi glukosa alami, serta cepat diabsorsi ke dalam peredaran darah.
Ciri-ciri pisang yang matang, adalah pisang yang kulitnya berwarna hijau kekuning-kuningan dengan bercak cokelat atau kuning. Semua kandungan dalam pisang matang tersebut, akan memberikan beberapa manfaat kesehatan, terutama bagi:
1. Sumber Tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, sehingga gula yang terdapat didalamnya akan diubah menjadi sumber tenaga yang baik untuk pembentukan tubuh, kerja otot dan juga sangat bagus untuk menghilangkan lelah.
2. Ibu Hamil
Wanita yang tengah hamil dianjurkan untuk mengkonsumsi pisang, karena mengandung asam folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin, pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadi cacat bawaan.
Sebuah pisang matang, akan mengandung sekitar 85-100 kalori. Sehingga dengan memakan dua pisang segar, kebutuhan asam folat yang sekitar 58 mikrogram dapat terpenuhi. Di samping itu pisang akan membantu menjaga kadar gula darah yang dapat mengurangi morning sick, sehingga pisang sangat baik untuk cemilan ibu hamil.
3. Penderita Anemia
Kandungan zat besi yang cukup tinggi pada pisang, dapat menstimulasi produksi hemoglobin dalam darah bagi penderita anemia. Dua buah pisang sehari, sangat baik untuk penderita anemia.
4. Penderita Sakit Maag
Sebagai buah yang dapat dikonsumsi langsung, pisang tak membuat iritasi atau kerusakan usus bagi penderita maag. Buah ini sering digunakan untuk melawan penyakit usus, sebab teksturnya lembut.
Pisang juga dapat menetralkan kelebihan asam lambung dan melapisi perut sehingga mampu mengurangi iritasi. Bagi yang mengalami penyakit usus atau kolik akibat asam lambung, Anda dapat mengkonsumsinya dengan di campur pada segelas susu cair.
5. Penderita Penyakit Lever
Bagi penderita lever, dua buah pisang sehari dengan tambahan satu sendok madu, akan baik untuk menambah nafsu makan dan meningkatkan kuat.
6. Penderita Luka Bakar
Khusus untuk penderita luka bakar, Anda dapat menggunakan daun pisang sebagai pengobatan. Caranya, kulit yang terbakar dioles dengan campuran abu daun pisang dan minyak kelapa. Campuran ini mampu mendinginkan kulit yang terbakar.
7. Yang Mengalami Stress
Pisang mengandung potasium, yaitu mineral vital yang membantu menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan kadar air dalam tubuh. Ketika mengalami stress, metabolisme tubuh akan meningkat drastis sehingga mengurangi kadar potasium tubuh. Dengan pisang, potasium dalam tubuh kadarnya akan seimbang.
8. Penderita Stroke
Berdasarkan riset The New England Journal of Medicine, mengkonsumsi pisang setiap hari akan menurunkan resiko kematian akibat stroke hingga 40%.
9. Mengontrol Temperatur
Di beberapa negara, pisang dipandang sebagai makanan pendingin yang dapat menurunkan temperatur fisik dan emosional ibu hamil. Di Thailand contohnya, ibu hamil mengkonsumsi pisang untuk memastikan bayi lahir dengan temperatur sejuk.
10. Meningkatkan Kekuatan Otak
Di sebuah sekolah Inggris, 200 pelajar mampu menyelesaikan ujian akhir hanya dengan sarapan pisang. Mereka juga kerap mengkonsumsi pisang saat jam istirahat serta makan siang, sebab pisang mampu meningkatkan kekuatan otak.
Selasa, 9 Julai 2013
"AIR TANGAN"
Assalamualaikum...salam 1 malaysia...Waduh2 lamanya blog ummi menyepi...ummi pun sangat2 rindu nak update blog ummi ni,memandangkan kesibukan dan masa terhad,blog ummi terhenti seketika..Jom kawan2 yang bergelar isteri kita SHARE and SHARING...
Di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawan dan tugasan di pejabat lebih berat. Akan tetapi anda harus ingat, jangan sampai anda abaikan 100% aspek memasak untuk suami anda ini. Kelak buruk padahnya.
9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda.
1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.
2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.
5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.
8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.
Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus ‘tambat’ perut suami anda dengan air tangan anda.
Tiada yang lebih bermakna dan indah selain anda menerima kata-kata ucapan ‘terima kasih ayang’ daripada suami anda kelak ketika dia merasa masakan anda. Ketika itulah anda akan merasai satu kepuasan sebenar anda hidup sebagai seorang isteri.
SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan
Isnin, 8 Julai 2013
SALAM RAMADHAN.....Al MUBARAK
ASSALAMUALAIKUM....
Bismillahirrahman irrahim..
"Nama saya SYA'BAN. Saya ingin ingatkan bahawa jiran saya RAMADHAN akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya REZEKI dan 2 orang anaknya, SAHUR dan IFTAAR...
Mereka juga ditemani 3 orang cucunya, RAHMAT, KEAMPUNAN dan BARAKAH. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat AIDILFITRI AirLines.
Hargai mereka dan anda akan mendapat KEBERKATAN dan KEMENANGAN"
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ni menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas :)
1 Ramadhan jatuh pada 10 Julai 2013 iaitu pada hari Rabu.
Di kesempatan ini,ummi mengucapkan salam ramadhan buat warga blogger yang beragama islam,semoga kita mulakn dgn hati yg ikhlas & tenang.semoga kita jalani ibadah ni dgn ke ikhlasan & penuh tawaduk...
Semoga amalan kita d terima Allah s.w.t.....AminnnnnSelasa, 19 Mac 2013
KHASIAT RUMPAI LAUT
Assalamualaikum...alamakkk...banyaknya sawang blog ummi ni....rasa2nya hampir sebulan blog ummi ni menyepi..Seperti yang kawan2 tahu insiden pencerobohan penganas2 sulu di Lahad Datu,sedikit sebanyak memberi kesan dalam kehidupan seharian khasnya bagi warga Lahad Datu dan am rakyat sabah...Walau pun pencerobohan penganas sulu tu bukan berada dalam daerah ummi,namun kami juga terkena tempiasnya...Apa tidaknya perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu hanya memakan masa 3 jam..dekat bukan...so kami di nasihat sentiasa berwaspada dan berhati2 untuk mengelak dari sebarang kemungkinan yang bakal berlaku...
Rasanya ni lah first time ummi rasa sentiasa dalam ketakutan...,apa tidaknya banyak khbar2 angin yang di sebarkan dengan macam2 cerita.kalau lah penceroboh tu tiba2 menyerang Sandakan.plak...huhuhuh naauuzubila...jauh2 bala..Ummi sangat2 terharu,bila setiap hari adik beradik sms bertanyakan keadaan kami,mereka juga risau jika pencerobohan tu melarat ke sandakan...Terlalu banyak story suka duka dalam insident pencerobohan sulu ni..Ummi sangat2 berbangga menjadi rakyat malaysia...punya pemimpin2 yang beribawa..punya pewira2 yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan keselamatan negara...Tabik spring for u all pewira2 ku...Mari kawan2 semua kita sedekah kan AL-FATIHAH khas pewira2 yang telah terkorban..Takziah buat semua keluarga yang kehilangan orang2 tersayang.Mari kita berdoa dan beri sokongan untuk semua anggota keselamatan yang berjuang di perbatasan,agar mereka sentiasa di lindungi oleh-NYA...Amin....
Kita lupakan seketika insident pencerobohan pengganas sulu,kita serahkan sepenuhnya kepercayaan 100% pada anggota keselamatan,yakin dengan kebolehan mereka...dan jangan pernah mempertikai,mempersoalkan atau menghina tugas2 mereka..Kalau ummi cerita dari mula pastinya esok pun tidak anak habis..heeee..oppsss terlebih sudah....
Actualy ummi mahu kongsi sedikit sebanyak khasiat rumpai laut(ibu kolagen) yang sedang hangat seperti pisang goreng...fuyooo rugi tau kalau tidak mencuba..Sebelum ni ummi pun tidak percaya,tapi bila ummi sendiri mencuba,ternyata benar2 belaka...Dulu muka ummi ada jeragat dan tompok2 hitam..Alhamdulila sebulan ummi menggunakan rumpai laut ni,tompok2 hitam dan jeragat semakin pudar,dan yang bestnya kulit muka nampak tegang dan cerah.,family pun ummi promote,dan adik ummi pun puji ummi"wah berkesan ohh tu rumpai laut,dulu kulit muka mu nampak jatuh,tapi sejak kamu pakai rumpai laut ni nampak mukan tagang dan berseri2.."...Apa lagi jom lah mencuba..Ada sesetengah orang makan,tapi ummi buat mask jee...terpulang pada diri masing,kalau dua2 pun lagi baik....
Emmmmni..mesti ada yang belum tahu khasiat rumpai laut ni kan.?Ni lah semua khasiat2nya...
Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.
KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.
KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.
OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.
Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.
SANGAT DISARANKAN UNTUK MEREKA:
-bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)
-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)
KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:
Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.
CARA PENYEDIAAN
-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)
KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:
-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
CARA PENYEDIAAN
1. 100gm rumpai laut dibasuh 5-6 kali untuk hilangkan bau hanyir.. Rendam selama 5-6 jam sebelum direbus.
2. Setelah kembang, basuh sekali lagi dan rebus dengan 2.5 liter air (rumpai laut putih kuning) 2 liter untuk (rumpai laut purple)
3. Dengan api sederhana rebus selama 15 minit. Bila sudah likat dan hancur boleh lah tutup api.
4. Sejukkan dahulu kemudian masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
Macam ni lah rupa dia lepas dah dimasak dan disejukkann dalam fridge ;)
PERATURAN MAKAN
Waktu Pagi:
1. Semasa perut kosong selepas bangun tidur
2. Ambil 2-3 sudu besar jelly, masukkan ke dalam cawan.
3. Letak sedikit air suam, makan.
4. Kalau tak boleh makan begitu saja, bancuhkan dengan sedikit air milo, horlick, ribena, oren jus, letak sedikit air dan minum.
5. Selepas 1/2 jam barulah ambil sarapan pagi.
6. Elok diambil bersama vitamin C 1000mg selepas sarapan pagi.
Waktu Malam:
1. Sebelum tidur ambil 2-3 sudu besar jelly.
1. Sebelum tidur ambil 2-3 sudu besar jelly.
ELAKKAN:
Elakkan kaffein (teh, kopi, nescafe & minuman bergas)
PERHATIAN:
Kanak-kanak bawah 2 tahun tidak boleh mengambil jelly ini. Wanita selepas bersalin dan Caesar.
PERATURAN:
Kanak-kanak 3 tahun ke atas: 1 sudu kecil (pagi/malam) (1x sehari)
Remaja: 1 sudu besar (pagi dan malam) (2x sehari)
Dewasa dan warga emas: 2-3 sudu besar (pagi dan malam) (2x sehari)
.
Ahad, 17 Februari 2013
sunyi nya rumah tanpa suaramu
Gelisah risau nya hati ummi,bila eqal tiba2 di serang demam panas.Hari ni masuk hari kedua eqal demam,seharian eqal cuma terbaring seolah-olah tidak bermaya,tanpa sepatah pun suara yang keluar dari mulutnya.....kegelisaah ummi hanya Tuhan yang tahu...
Sunyinya suasana rumah bila suara eqal langsung tidak kedengaran,apa tidaknya bila eqal bermain dengan dunianya sendiri,eqal akan berlari ke sana ke mari dan melompat2 di atas tilamnya sambil ketawa keriangan...Bila ada rancangan yang melucukan ketawa eqal lah yang paling kuat...namun bila eqal sakit,eqal hanya terbaring tidak bermaya...makan pun hanya sesuap nasi....hati ummi tidak tenteram.....
Ummi jarang bawa eqal ke hospital kalau demam,lagi pun kalau pergi hospital rawatan sama jee apa yang ummi buat di rumah,tepid sponging and makan ubat,kecuali lah kalau eqal tiada perubahan selepas makan ubat..Eqal ni kalau bab2 makan ubat,payah sangat2,terpakas ummi dan hubby buka langkah silat,huhuhu tu pun separuh jee yg di telannya.Kalau lh eqal sudah dewasa,tentu ummi or hubby tidak mampu untuk menahan kekuatan eqal,sedangkan sekarang pun ummi boleh tumbang...eqall memang kuatttt...
Ummi mahu eqal cepat sembuh,rajin makan ubat...Boleh main macam selalu....sayang eqal...
Ahad, 27 Januari 2013
TERIMA KASIH SUAMI KU (PART 3)
ASSALAMUALAIKUM......dan Salam sejehtera....
Hari ini ummi berada di kampung halaman....Hubby dan anak2 tiada di sisi ummi...Ummi terpaksa korbankan masa untuk bersama anak2 dsn hubby..hidup ini perlukan pengorbanan,bukan sekadar harta,nyawa ....masa juga memerlukan pengorbanan...betul kan?
Tiga minggu yang lalu,ummi menerima call dari kampung,kesihatan ibu tidak begitu baik,sejak dari itu hati dan perasaan ummi sering kali teringatkan keadaan ibu..dengan harapan kesihatannya bertambah baik...Namun berita yang ummi terima sebaliknya,kesihatan ibu tiada menunjukkan tanda2 positif....Apa lagi menurut cerita dari kakak ummi ,ibu sering bercakap yang bukan2...,hati ummi jadi tidak tenteram...
Dengan perasaan yang tidak tenteram,ummi ambik keputusan untuk bercuti pulang kampung selama
seminggu,syukurlah alhamdulilah cuti ummi di luluskan...Namun jika ummi pulang kampung,ummi terpaksa tinggalkan anak2 ...hati ummi berbalah bagi...antara ibu dan anak2....
Syukur alhamdulilah dengan izin hubby,dapat lah ummi pulang kampung tanpa rasa risau, anak2 hubby boleh uruskan semasa ketiadaa ummi...memandangkan bukan musim cuti sekolah,anak2 tidak dapat ikut sekali...Ummi tahu bukan senang urus anak2 seorang2..lebih2 lagi jika mengurus eqal...nasib baik lah hubby kerja ofice hours..senang lah urus anak2 turun sekolah....terima kasih suamiku tanpa izinmu ummi sudah tentu tidak berpeluang melawat orang tua ummi di kampung....Syurga di bawa tapak kaki ibu,namun jika kita sudah berumah tangga,syurga isteri di bawa tapak kaki suami...
Yang paling best,hubby sanggup hantar ummi pulang kampung.dan seminggu kemudian hubby akan menjemput ummi pulang...,ummi tahu penat hubby menghantar ummi,perjalanan pulang kampung bukannya dekat, memakan masa 7-8 jam.... tipulah kalau tidak penat,ummi sendiri pun terasa penat,apa lagi kalau jadi driver....
Selama seminggu lah ummi di kampung dan selama seminggu juga lah hubby mengurus anak2...Terima kasih suamiku.....hidup ini perlukan pengorbanan...dan pengorbanan mengajar kita betapa pentingnya tolak ansur...dan hargailah setiap pengorbanan walau ia sekecil zarah...
Ahad, 6 Januari 2013
Eqal kini punya bilik sendiri....
ASSALAMUALAIKUM..... rasanya lamanya ummi ndak update story eqal,kalau di ikutkan memang banyak yang ummi nak tulis tentang eqal,namun masa dan keadaan yang sering kali cemburu,membuatkan ummi tiada kesempatan...fuyoooo ....
Syukur PADA-MU kerana hingga ke hari ini eqal masih dalam keadaan sihat walafiat,biar pun kadang kala penyakit asthma nya datang menyarang....Dan pada 21 feb 2013 nanti genaplah umur eqal 9 tahun...Tanpa sedar eqal anak bujang ummi sudah besar dan dalam usia 9 tahun eqal kini punya bilik sendiri...
Semua ini tanpa di rancang,tapi bila ummi dan hubby ada rezeki lebih,kami bercadang agar eqal ada bilik sendiri.Pernah juga ummi terfikir patut kah ummi biarkan eqal tidur sendirian.,tapi sampai bila kan eqal berada di bawa ketiak ummi.,sekurang-kurang eqal boleh berdikari suatu kelak nanti,insyallah....Anak2 ummi yang dua tu orang pun kena tidur di bilik masing2 juga,mana aci eqal jee tidur sendiri kan...so ummi dan hubby mesti adil.Dapatlah ummi dan hubby tidur ala2 pengantin baru,heeeee.....
Untungnya eqal,katil,tilam dan almari pakaian mother in law yang sponser...eqal kan salah satu cucu kesayangan..Jutaan terima kasih yang tidak terhingga,moga Allah membalas segala-galanya.Yang lucunya pagi katil eqal di pasang,petangnya lantai katilnya patah...hahaha apa tidaknya eqal setiap jam melompat-lompat di atas kati,almaklum katilnya spring...Terpaksalah katil di buka.
Hari pertama eqal tidur di biliknya,ummi dan hubby temankan,takut eqal terkejut plak.Dalam ummi tidur2 ayam eqal rupanya terbangun,tiba2 eqal berpusing ke kanan ke kiri,pandang siling,pandang dinding..agaknya eqal binggung,mungkin di hatinya aku di mana ni,hahahaaa nasib baik ummi dan hubby temankan kalau ndak pasti eqal sudah menanggis.Seminggu juga ummi dan hubby temankan eqal tidur,syukur alhamdulila eqal kini sudah biasa tidur di bilik sendiri.Sering kali ummi terdengar gelak ketawa eqal sambil melompat2 keriangan...kekadang tersentuhnya hati ummi,andai eqal boleh bercakap macam kanak2 seumurnya,sudah pasti eqal akan request macam2 untuk biliknya....tersenyum lebar sambil memeluk ummi...YA ALLAH apa pun pemberian-MU ummi terima dengan hati penuh rasa syukur.
Sejak ada bilik sendiri,eqal jarang masuk bilik ummi,mungkin eqal lebih selesa bermain di biliknya....
Yang bestnya bila ummi suruh eqal naik atas pergi tidur,automatik eqal akan terus masuk biliknya.
Gembiranya ummi...tandanya eqal boleh menerima arahan .....
p/s: Insyallah next story, ummi masukkan gambar2 bilik eqal....
Selasa, 1 Januari 2013
HAPPY NEW YEAR 2013
Assalamualaikum all bloger,moga2 kita sentiasa sihat walafiat d samping kehidupan seharian...
wah lamanya ummi tidak update blog...rasanya blog ummi ni banyaknya sawang.....
Di kesempatan ni ummi ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013,moga tahun baru kita sentiasa mendapat kebahagian dan kegembiraan dalam semua tugas yang kita lakukan...SAYONARA 2012...kenangan yang indah-indah kita simpan rapi dalam kamus hidup sebagai kenangan yang terhebat dalam hidup..DAN yang kurang indah,jangan di buang terus,simpan...dan berfikir di mana kesilapan yang harus kita perbaiki untuk tidak akan berulang lagi dalam kehidupan kita....
Setiap orang tiada yang melakukan kesilapan,dari kesilapan kita belajar mengubah dan berubah diri agar menjadi yang lebih baik....wahhhh berkutbah plak ummi...sekadar renungan untuk diri ummi ...
Penutup 2012.....Bila mana Eqal tiba-tiba hilang dari rumah...Bayangkan lah...selama lebih kurang sejam eqal hilang,malam plak tu,lebih kurang jam 9.00pm.Hanya Tuhan yang tahu perasaan ummi ketika itu,syukur alhamdulila dengan bantuan beberapa anak-anak muda di kawasan perumahan ummi,akhirnya eqal berjaya di keasan dengan selamat,cuma beberapa calar di kaki.....HUhuhu...tidak dapat ummi bayangkan andai eqal tidak di temui pada masa itu...pasti penutup tahun 2012 membawa seribu kesedihan dalam hidup ummi....
Syukur PadaMU YA ALLAH ummi masih boleh menumpang di bumi ciptaan -MU menikmati keindahan alam merasa kenikmatan rezeki kurniaan-MU,dapat melihat anak2 ummi membesar dengan sihat walafiat...dan ummi masih berpeluang menjalankan tanggungjawab ummi sebagai isteri, ibu dan tanggunjawab sebagai anak pada kedua ibu bapa....
Moga Tahun 2013 ni,membuka lembara yang baru agar kita lebih mantap maju ke dapan,tutup cerita masa lalu,mulakan hari dengan senyuman dan lupakan kesedihan semalam,yang tidak membawa apa2 erti buat kita untuk terus hidup BAHAGIA.....
Langgan:
Catatan (Atom)