Ahad, 10 Julai 2011

Eqal The Brave Boy (part 2)....

Jom sambung story Eqal...beberapa  hari ni sibuk  dengan kerja..terpaksa story ni tergendala buat seketika....(klik SINI untuk baca kisah part 1)...


Eqal berumur setahun lebih
Part 2 -.....Doktor yang memeriksa eqal pun hairan,  kesemua result darah eqal jadi abnormal......oleh kerana eqal kena fitting (sawan) tidak berhenti-henti...terpaksa lah doktor melakukan ujian lumbar punctur(mengambil cecair dari tulang sum-sum)...untuk mengenal pasti, jika ada jangkitan pada otak....

Ya Allah...rasanya tidak sanggup aku menerimanya....kerana jika doktor yang melakukan prosedur itu tidak mahir dan tidak melakukan teknik aseptik...boleh menyebabkan lumpuh dan jangkitan yang teruk ke otak......aku dan my hubby berbincang...demi untuk kebaikan eqal kami berdua setuju ujian tu dijalankan...

Beberapa hari kemudian result eqal keluar...alhamdulillah...keputusannya negetif.....ini bermakna tiada jangkitan di otak eqal...tapi eqal masih lagi mild fitting.....dan doktor mendiagnos eqal sebagai.....? meningitis.

My hubby terpaksa balik ke Sandakan untuk meneruskan kerja (nanti kena buang keja, susah pulak).....waktu tu sedihnya aku dan eqal terpaksa berpisah dengan hubby buat sementara waktu....selama seminggu lah juga eqal bergantung nafas mengunakan mesin ventilator (mesin bantu pernafasan) dan selama seminggu lah air mata ini jatuh setiap kali melihat keadaan eqal...yang hanya terkulai layu.....

Selama ketiadaan hubby di sisi.....mamak (ibu kandung) lah yang tidak putus-putus melawat dan menghantar baju dan makanan....terima kasih mak...jasamu ku kenang....

Di satu hari misi memberitahu ..ingin.memasang jarum (set iv line) melalui kepala eqal?!! Memandangkan kedua belah tangan eqal sudah bengkak dan "hancur" sebab hari-hari kena ambil darah, orang dewasa pun mana boleh tahan kalau hari-hari kena cucuk jarum untuk ambil darah, ni kan lagi yang masih bayi.....tapi entah kenapa aku cuma mampu anggukkan kepala, tanda setuju.....Ya Allah, luluhnya jantungku bila melihat keadaan Eqal begitu....

Dalam sedih tu, aku menerima panggilan telefon dari my hubby...gembiranya sebab my hubby ambik cuti.....dan mak & abah hubby pun akan datang sekali melawat eqal...bila ada hubby disisi sekurang-kurangnya ada tempat mengadu.....tak sabar rasanya untuk berkongsi segala cerita yang ku pendam selama dia tak ada....

Terharu jugak dengan mak & abah hubby.....sanggup dorang datang dari jauh untuk melihat keadaan eqal....bila dorang melihat keadaan eqal...aku tahu jauh di lubuk hati mereka ingin memeluk dan membelai eqal....tapi apa kan daya eqal masih dalam keadaan kiritikal.....

Selesai melihat eqal...abah berkata.. "Abah mahu kamu bersabar...dan bersedia, sebab bila-bila masa ...abah tengok eqal macam tiada harapan....tapi kita banyak-banyak lah berdoa dan beserah pada ketentuan Allah....". Itu pesanan abah agar kami sedia menerima kenyataan kerana katanya kami masih terlalu awal dan muda untuk menerima ujian seberat ini......

Aku dan hubby hanya  diam.....memang benar kata abah, air mata ini sudah kering untuk aku menangis,....."
Ya Allah terlalu besar dugaan-MU ini" ...sebelum pulang mak mentua sempat berpesan, "Jaga diri dan kesihatan..kalau sakit...nanti siapa jaga eqal...."....terima kasih mak...disaat-saat keadaan eqal seperti sudah di hujung nyawa......aku sangat-sangat memerlukan sokongan....., sikap staf dan doktor yg sentiasa menghulurkan bantuan, perihatin, sedikit sebanyak mengubat kesedihan di hati.

Aku juga kasihan melihat keadaan hubby yang tidak terurus, kalau bukan masa melawat, dia akan menghabiskan masanya di surau hospital.....dan selalunya dia tidak akan pulang ke rumah, dia lebih selesa menunggu kami di hospital walaupun terpaksa tidur di kereta.....katanya dia tidak boleh pulang ke rumah, kerana setiap kali dia melihat pakaian baby eqal, dia akan menciumnya dan menangis......

Hari demi hari, genap lah semingu eqal bernafas dengan alat bantuan...yang ajaibnya keadaan eqal kini mula beransur-ansur pulih....aku benar-benar bersyukur pada-MU Ya Allah.....Alhamdulillah atas doa yang tidak putus-putus dari family dan teman-teman....Tuhan masih mahu eqal menikmati kehidupannya dan abah berkata bahawa eqal sememangnya anak yang berani, kerana keberaniannya bertarung dengan nyawanya. Sebab itulah dia digelar "Eqal The Brave Boy"....

...kini aku boleh mendakap tubuh eqal.....kerana alat bantuan pernafasannya sudah pun di buka....tapi eqal masih feeding mengunakan naso-gastric tube...

Sehinggalah selang beberapa hari, akhirnya aku boleh membei eqal breast feeding.....tapi kesedihanku masih belum berakhir..bila air susu...langsung tidak keluar...Ya Allah...apa lah yang harus aku beri  untuk anak ku ini...terpaksalah eqal bergantung dengan susu formula....dalam masa tu juga aku berusaha untuk memberinya breast feeding sebagai usaha memaksa air susu keluar.....

Hari berganti, minggu demi minggu.....maka genap lah sebulan eqal menjadi penghuni wad nursery Hospital Keningau....yang paling mengembirakan...apabila doktor mengabarkan berita gembira...keadaan eqal kini beransur-ansur pulih....dan beberapa hari lagi, jika keputusan darah eqal tiada masalah, eqal boleh pulang ke rumah....Alhamdulillah!!!!


Kini eqal boleh pulang!!!!...Hatiku terlalu gembira sangat-sangat...tapi sebelum dibenarkan pulang...sempat jugak berat badan eqal di ambil......aduhai kesiannya anakku ini, beratnya dari 1.8kg...kini cuma tinggal 1.5kg......


bersambung........

1 ulasan:

Iza Dda berkata...

setiap kali kita mgingatinya, titipkn doa agar eqal sihat...smoga berkat doa yg tdk putus... we hope for another miracle from Allah soon..