Rabu, 6 Julai 2011

KAU TERISTIMEWA....Eqal the brave Boy....

Eqal berumur dalam 5 bulan
 Nak story-story sikit pasal my fisrt baby, Mohd Nur Haiqal (EQAL)....kelahirannya tidaklah di jangka....tapi sudah di takdirkan oleh Allah dia selamat lahir pada jam 5.40 petang 21.2.04 sebagai 
bayi pramatang dengan berat cuma 1.8kg.


Yang lucu dan sedihnya, segala keperluan baby, belum ada tersedia...kerana sehari sebelum kelahiran Eqal, saya sepatutnya berpindah mengikut husband, so barang keperluan baby akan di beli kemudian. Menurut ceta my hubby, sewaktu nurse meminta baju baby, dia terkejut dan ,macam tak percaya.....perasaan gembira bercampur sedih...


Gembira..sebab akhirnya anak pertama kami selamat dilahirkan, wlupun tak cukup bulan(prematured baby)...sedih...sebab tiada barang keperluan baby...tanpa berkata apa-apa my hubby terus ke market, mencari barang kelengkapan baby hanya sekadar adanya.


....Aduhhhh....sedihnya...my baby terpaksa memakai baju, lampin, tuala, baby glove yg belum bercuci....setitis demi titis air mata jatuh bila baju yg di pakai pula terlalu besar (maklumlah eqal kecik je masa tu)....cuba bayangkan.....


Walaupun begitu...syukur ke hidrat Ilahi...kelahirannya sempurna (semua anggota yang lengkap)....keesokan harinya Eqal dibenarkan pulang ke rumah....tapi kesedihan belum lagi berakhir....air susu si ibu pulak tidak mencukupi...Eqal hanya nangis kerana kelaparan....kami jadi bingung....terpaksa lah beli susu tepung untuk supplemen tambahan (walaupun time tu ekonomi agak merosot, maklumlah bulan tua kata orang Sabah).....Nasib baik lah keluarga dan keluarga sebelah hubby menghulurkan bantuan dan sokongan....alhamdulilah....


Tambah lg 1 masalah...bila my hubby menguruskn surat lahir Eqal di Pejabat Pendaftaran Keningau...memandangkn my hubby berketurunan Melayu (arwah atuknya berasal dari Johor), so Eqal pun kenalah ikut bangsa Melayu kannnn (di Sabah bangsa/keturunan anak kena ikut belah ayah)...tapi orang di pejabat pendaftaran boleh cakap...."di Sabah ni tiada bangsa Melayu", (apa punya lawak bodoh la tu)...my hubby sampai bertengkar dengan mereka...
Eqal berumur setahun
Di pendekkann cerita...terpaksalah my hubby mengadap big boss di pejabat pendaftaran...baru lah masalah selesai....huhuhu .....


Hari ketiga selepas kelahiran .....Eqal mula kelihatan kuning (slight jaundic, paras dada)...tanpa berfikir panjang...kami membawa Eqal ke klinik utk memeriksa tahap kuning(jaundic)...aduh....Eqal terpaksa admit lagi....jaundisnya pada tahap 200 lebih...memandangkan Eqal ni prematured baby dan berat badannya kurang.....so 200 lebih tu memang da terlampau tinggi...segala prosedur d bt utk menurunkan jaundisnya...


Esok awal paginya, dapat berita dari member yang memang kebetulan jadi misi di wad tu, yang Eqal boleh discaj dari wad kalau blood resultnya ok...gembiranya...boleh lah pulang rumah....(tidur di hospital bukannya selesa).....tapi tidak tau di mana silapnya...bla my Eqal tiba-tiba membiru, dan berhenti bernafas sampaikan kami terpaksa menjentik-jentik tapak kakinya supaya dia sedar dan bernafas.


Bila doktor nak buat intubation, dia sedar dan bernafas semula pastu stop breathing balik..rasanya mau 9 kali dia berhenti bernafas, akhirnya doktor buat jugak intubation dan letak dia on ventilator. Kami jadi macam orang hilang arah....bermula lah perubahan kehidupan Eqal....dari normal menjadi abnormal....segala-galanya berubah sama sekali....nyawanya hampir-hampir melayang....s'lama seminggu Eqal bernafas menggunakan mesin ventilator......dan dalam tempoh tu jugak lah entah berapa kali dia berhenti bernafas...nasib baik lah dia dah on ventilator...


Alamak......mengantuk la pulak....nanti kita sambung lagi ye story-story Eqal the brave boy....

Tiada ulasan: