Ahad, 17 Julai 2011

Eqal The Brave Boy (part 4)....

Assalamualaikum semua.... jom continue story eqal...kesibukan kerja dan masa yang terhad story ni terputus-putus...anyway story ni tetap akan diteruskan....now story eqal with his beloved grandma.......


sejak berumur 3 bulan lagi eqal telah dijaga oleh  neneknya iaitu semenjak kami berpindah ke Sandakan...Setelah aku mula berkerja semula, selepas cuti bersalinku habis...aku berkerja ikut syif, so jika aku kerja pagi, eqal akan dijaga  neneknya sehinggalah aku pulang kerja dalamn jam 2 lebih. Jika aku kerja petang eqal akan dijaga neneknya sehingga jam 9 malam......jika aku kerja  malam pula, eqal akan tidur dengan my hubby dan kadangkala tidur dengan neneknya....


Selama dijaga oleh neneknya..eqal tahu rutin harian neneknya setiap pagi ialah mengelap (almaklum mak mentua ku ni pembersih sangat orangnya). Eqal kenal benar kain tuala yang hari-hari di guna untuk mengelap meja dan barang-barang hiasan neneknya. bila neneknya mula kerja (mengelap)...eqal pun akan join sekali, dengan tuala ditangannya eqal pun ikut sibuk mengelap ke sana ke mari...seronok tengok gelagat dua beranak ni, nenek dengan cucunya mengelap....

Bila kesihatan mak mentua tidak mengizinkan untuk menjaga eqal, kami mengambil pengasuh, tapi itu tidak menghalang beliau untuk memantau eqal (dan pengasuhnya sekali...:p). Sebab tu lah dia minta pengasuh datang ke rumahnya, bukan di rumah kami....syukur al-hamdulillah, pengasuh eqal memahami keadaan eqal, walaupun banyak benda kena tunjuk....(InsyaAllah nanti kita ceta pulak tentang eqal & pengasuh2nya....)




Berbalik pada kesah eqal & neneknya, oleh kerana eqal ni lama dijaga nenek, eqal tersangatlah rapat dan menyayangi neneknya....pantang nampak atau mendengar suara nenek, eqal akan tercari-cari dan mula mengamuk sambil menangis jika kelibat neneknya tidak kelihatan. Bila ingin keluar berjalan membeli barang.....terpaksalah neneknya main sembunyi-sembunyi dulu sebelum keluar takut-takut kalau eqal nampak alamat mengamuklah dia jadinya...




Melihat eqal begitu rapat dan terlalu sayang akan neneknya....timbul sedikit rasa cemburu dihati seorang ummi.... bila aku sebagai umminya, langsung eqal tidak hiraukan. Jika aku keluar berkerja ataupun keluar kemana-mana pun, langsung dia tak endah atau menangis...Lama kelamaan aku sedar ini mungkin akibat kelemahan ku sendiri, mujur lah hubby dah tegur awal-awal (baca story part 3 yee)...Akhirnya perlahan-lahan perasaan itu aku buang.....bersyukur pada yang Maha Kuasa kerana ramai orang yang menyayangi eqal....bukan saja dengan mak mentua malah dengan ahli-ahli keluarga yang lain jugak amat menyayagi eqal....


Bila ada jemputan ke majlis-majlis kenduri atau kahwin, terpaksa aku dan hubby brfikir 10 kali untuk menghadirinya, kerana  memikirkan karenah eqal yang sukar diramal. Eqal cepat mengamuk bila suasana bising dan ramai orang.....kecuali lah bila neneknya pergi bersama-sama barulah boleh bawa eqal bersama....itu pun neneknya tidak boleh hilang dari pandangan eqal...kalau neneknya hilang sekejap saja pun atau ada kerja perlu dibuat, dia akan mengamuk dan "karau" menangis.....kalau dah jadi macam tu, my hubby akan bawa eqal duduk dalam kereta....tidak sampai hati tengok eqal jadi bahan perhatian orang....maklumlah tidak semua orang faham keadaan eqal kecuali ahli keluarga...


Selalunya jika mak mentua diberi tugasan tertentu semasa majlis kenduri kahwin, mak mentua akan tanya dulu jika kami bawa eqal ke tidak, jika bawa dia akan menolak tugasan tersebut....huhuhuh, begitulah kasih sayang dan pengorbanan mak mentua pada eqal....terlalu besar, hanya Allah saja dapat membalasnya. 




Ada lagi satu perangai pelik eqal (sampailah sekarang ni), pernah satu masa mak mentua ingin solat, bila eqal melihat neneknya memakai telekung solat, eqal jadi sangat-sangat sedih dan mula menangis. Kami pun tidak faham apa tafsiran eqal melihat neneknya begitu...terpaksalah eqal dibawa keluar sementara neneknya selesai solat...itu pun eqal mengamuk dan menangis "karau"...bila neneknya ni mandi pun, susah kalau eqal ada....eqal akan mengetuk pintu bilik mandi bertubi-tubi tanpa henti sambil menangis...terpaksalah neneknya mandi kelam kabut ala-ala mandi P-Ramlee gitu......dan perkara sebegini masih berterusan sampailah sekarang ni, walaupun kini dah agak berkurangan....




Kalau dulu kami tinggal sebumbung dengan mentua, bila dah ada rezeki dan kemampuan, kami membeli rumah sendiri.....biar pun berlainan tempat tinggal ingatan dan sayang eqal tidak pernah berubah. Dari kecik sampailah sekarang eqal tidak boleh berenggang dengan neneknya...bila berjalan bersama, eqal akan bekepit dengan neneknya...eqal tidak akan naik kereta jika neneknya tidak ikut bersama, aduh memang kadangkala pening kepala melayan karenah eqal....Seminggu yang lepas pernah kami berselisih kereta dengan mak mentua...so bila nampak kami dia pun melambai-lambaikan tangannya...rupanya eqal perasan terus  eqal menangis dan mengamuk..sedangkan cermin kereta  tertutup...dan kami cuma berselisih sepintas lalu jeee...huhuhu...begitulah eqal sentiasa kasih dan rindu pada neneknya....
                                                                                                    (to be continued.....)

5 ulasan:

Iza Dda berkata...

aku rasa dlm hatinya kali amat rindu tu kan.... hari hari tpisah..(yg ndak jumpa) tingal ndak sbumbung..byangknla klu kita rindu kn s'sorg..kita boleh luahkn..kali dia hanya dpt luahkn dgn cara tu..(nangis)kesian diakn..perasaanya ada yg kita tk dpt tafsirkn & tahu...

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

nenek kalau dah jaga cucu, mmg menatang bagai minyak yg penuh, langsung takkasi minyak tu tumpah,kan? mcm MIL dan PIL saya, walaupun tak jaga anak2 saya, tapi, byk la kehendak anak2 saya dituruti, sampai nak marah pun ada. hehehehe.

baik betul eqal dgn neneknya yer...

Astyegirlz berkata...

kak dda, mana dia tidak rindu, sekarang ni dia di taman asuhan KKU dari jam 8pagi sampai 5 petang kecuali sabtu ahad...memang rindu sangat2 dia pada neneknya...

Astyegirlz berkata...

to Naimatul..memang benar apa yang Naimatul kata tu. atuk & neneknya ni penah kata, sayang mereka pada eqal terlalu istimewa....kalau boleh nyawa mereka pun d bagi....neneknya ni tak boleh dengar eqal nangis, katanya bila dengar suara eqal nangis "runtuh hati mamak"....

Unknown berkata...

banyak karenah eqal yg nda taw mo d tafsir kan.. tapi mmg bsyukur kan ada datuk nenek, family smua yg sayang eqal. suka btul baca kisah eqal ni.. mcm mo baca dr mulaaa