Rabu, 13 Julai 2011

Eqal The Brave Boy (part 3)....

 Biar pun eqal sudah keluar dari hospital...tapi dia masih review doktor untuk pemantauan...Bulan berganti bulan...alhamdulillah eqal semakin sihat...berat badannya pun bertambah, sehingga sukar untuk didukung bawa kemana-mana...(al-maklum lah berat, sedangkan umminya kecik jak orangnya)....

Bila eqal berumur setahun lebih....eqal masih belum berjalan...aku dan hubby tidak lah risau, mungkin kerana badan eqal yang overweight, sukar untuk eqal mengangkat badannya sendiri. Bayangkan berat badannya mencecah 11kg....huhuhu sapa2 yang mengangkatnya memang lenguh tangan lah dibuatnya....

Kerisauan mula menyelubungi kami, bila eqal masih belum ada tanda-tanda untuk berjalan walaupun umurnya hampir mencecah 2 tahun...doktor juga  merujuk eqal ke fisioterapi untuk melatih otot-otot eqal untuk berdiri sendiri. Di samping itu juga macam-macam cara telah kami buat, tapi langsung tiada perubahan....Sehingga lah bila aku bercerita dengan kawan-kawan masalah eqal, ada seorang kawan memberitahu ibunya pandai mengurut, dan pernah juga ada kes seperti eqal dibantunya dan akhirnya boleh berjalan......

Kami tidak menolak kaedah kampung/ tradisional, di samping eqal juga akan ke fisioterapi 2 kali seminggu.....alhamdulillah kini eqal mula menunjukkan tanda-tanda  untuk berjalan setelah berumur 2tahun 5 bulan......yang lucunya eqal berjalan seperti budak 10 bulan..yang asyik-asyik terjatuh.....untuk mengimbangi badannya dia akan berlari selajunya untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Kalau ada benda@apa-apa saja yang menghalang laluannya, dia akan langgar saja, kemudian terjatuh, menangis dan bangkit semula....begitulah keadaannya sehinggalah dia dapat mengimbangi badannya ketika berdiri yang mengambil masa hampir setahun....dia tidak pernah putus asa, dia akan terus gagah berdiri seperti gahnya namanya "Eqal The Brave Boy"...

dari 5 langkah kini eqal sudah pandai berjalan dan mula belajar berlari (tidak lagi seperti mula-mula dia belajar berdiri dulu). Kini dia sudah boleh mengimbangi badannya ketika berjalan maupun berlari, tidak lagi main langgar saja, hmmm dia sudah pandai mengelak....Syukur alhamdulillah....eqal tersenyum riang bila berlari ke sana ke mari....tapi..kerisauan kami masih belum berakhir.....bila eqal masih belum pandai bercakap.....eqal hanya tahu menyebut perkataan "ayahhh....yayahh"...

Keadaannya berterusan hingga eqal berumur 4 tahun...eqal masih juga tidak pandai bercakap....dan eqal masih lagi mengunakan lampin pakai buang...kini kami mula perasan yang eqal bukan kanak2 yang normal...walaupun begitu kami tidak pernah putus asa untuk berusaha....

Keadaan eqal bukan seperti kanak-kanak normal yang lain , eqal lebih banyak habiskan masanya terperap di  rumah, kerana eqal  tidak tahu menjaga dirinya sendiri.....dan setiap pergerakkan eqal harus sentiasa di pantau...walaupun berada di dalam rumah.

Bila melihat keadaan eqal begitu...aku mula menangis.....tertanya-tanya di hati..
kenapa eqal yang di pilih...aku mula jadi stres...benda kecik pun akan buat aku jadi marah...aku jadi manusia yang terlalu sensitif dan pemarah...

 Suatu hari my hubby bertanya, kenapa aku kini jadi seorang yang suka marah....."Kenapa stress....malu dengan keadaaan eqal??...eqal tidak pernah minta dilahirkan macam ni...sayangilah dia, kasihanilah dia...berikan kasih sayang yang sama rata...jangan beza-bezakan eqal...semua ini adalah ujian tuhan untuk kita...tuhan menguji sejauh mana kita menerima ujiannya....kita harus bersyukur, tuhan masih mahu kita melihat eqal....ingat lah macam mana eqal bertaruh nyawa untuk hidup......".

Aku tidak dapat menahan sebak dan air mataku jatuh mencurah-curah...aku memohon seribu keampunan dari hubby....aku berjanji tidak akan mengulanginya...dan aku akan menerima segala kekurangan dan kelebihan eqal dengan sepenuh rasa kesyukuran....

Menjaga anak istimewa ni bukannya mudah...sabar adalah perkara yang paling utama kita perlu tanam dalam diri....Bila eqal berumur 5 tahun, kami berhasrat menghantar eqal ke sekolah khas...sekurang-kurangnya eqal boleh juga belajar bergaul...tapi untuk memohonnya bukanlah mudah....my hubby terpaksa turun naik pejabat kebajikan cawangan daerah sini, itupun mengambil masa setahun dan selepas my hubby "buat bising" ke Pejabat Kebajikan di Kota Kinabalu.....

Sementara menunggu permohonan eqal diluluskan....rutin harian eqal hanya di rumah sahaja...dan rutin hariannya menonton tv..rancangan kegmaran eqal adalah kartun dan rancangan Tom Tom Bak, yang di kendali oleh pengacara terkenal, Aznil Hj Nawawi...yang ajaibnya...eqal tahu benar rancangan kegemarannya tu....bila channel di ubah, dia akan menangis dan memegang tangan kami tanda minta channel diubah kembali. Begitulah eqal, tv lah teman setianyanya...Untuk menghilangkan rasa bosannya, kami sering membawanya keluar bersiar-siar di kawasan perumahan atau pun taman reakreasi....

Mungkin kerana naluri ingin melihat dunia luar, eqal pernah beberapa kali hilang dari rumah...first..time di rumah mak mentua...bila kelibat eqal tidak kelihatan, baru kami menyedari eqal telah berjaya menyusup keluar darib rumah, berlari ke taman permainan tidak jauh dari rumah.....nasib baik lah kami cepat menyedarinya....Apalagi kecoh satu rumah berlari ke sana ke mari mencari eqal...
My hubby (Bukan my hubby, adik ipar bongsu yang jumpa..sorry yee) jumpa eqal di taman permainan duduk atas rumput, berkaki ayam....dia ketawa bersorak-sorak riang seorang diri melihat orang bermain bola keranjang...baju nya penuh rumput dan tanpa berselipar...Nasib baiklah eqal tidak bermain di jalan raya....syukur...syukur Ya Allah....

Kali kedua eqal hilang semasa kami masih lagi menyewa rumah di Taman Fajar. Masa tu dah dekat maghrib dan hujan turun dengan lebatnya. Hubby dah sedia-sedia nak pegi surau tiba-tiba terperasan eqal tiada dalam rumah!!!! Astaghfirullahal"aziim....jantungku berdegup kencang....mana tidaknya, ketika itu hujan lebat, parit-parit di sekitar taman perumahan kami yang sedalam 3 kaki semuanya dipenuhi air. Ya Allah...selamatkanlah anak ini....

Aku dan hubby mencarinya di setiap lorong, ceruk dan penjuru taman perumahan tapi eqal langsung tidak kelihatan. Kami macam orang gila berlegar-legar di sekitar taman perumahan dalam basah kuyup mencari eqal.....sehinggalah dalam kejauhan hubby melihat 2 kelibat, seorang lelaki berpayung berjalan sambil memimpin tangan seorang budak....Ya Allah, itu eqal rupanya dalam basah kuyup dia berjalan sejauh hampir 500 meter ke rumah kongsi pekerja pembinaan yang terletak di belakang taman perumahan kami....Syukur alhamdulillah, eqal dalam lindungan Allah. Tidak dapat kami bayangkan jika eqal terjatuh ke dalam parit sedalam 3 kaki yang dipenuhi air yang deras...Kini kami lebih berhati-hati agar perkara sama tidak berulang lagi...

Biar pun eqal ni anak istimewa, namun dia mempunyai ingatan yang kuat.....contohnya bila eqal terdengar suara neneknya.....dia akan cepat2 turun ..dan eqal sangat2 menyayangi neneknya mungkin kerana dari kecil lagi neneknya yang menjaga eqal...to be continued...(eqal & Nenek)...

7 ulasan:

Iza Dda berkata...

Bersabar adalh satu pkataan yg amat berat. ringan ingatkn org, berat lgi yg memikul.BUT in everything.. ALL u need to do is to LOVE even MoORE..EACH day.LOVE EVERYDAY.
Think of a way.. tuk kita b'syukur DIA tak punya dosa pd ibubapanya.. dia takkn melawan ibubapanya... dia BERSIH bagai bayi yg smlm kau lahirkn..BERSIH & Suci.

Anyssa berkata...

Assalamualaikum.. saya terbaca blog kakak d facebook.. saya juga mempunyai seorang adik lelaki berumur 18thn.. keadaannya sama seperti eqal.. tidak bercakap sepatah kata melainkan dia terlalu marah.. apa yg diungkapnya kami pun x phm.. namun alhamdulillah dia serba sedikit memahami apa yg kami sekeluarga ckp.. sy akui mmg perlukan kesabaran yg tgi semasa menjaganya sewaktu kecil ttp skrg x lagi.. kami juga sudah puas mencuba cara berubat tradisional mahupun moden.. doa kpd Allah sahaja yg dpt kami lakukan.. semoga insan2 seperti mereka ditempatkan di sisi Allah S.W.T amin

Astyegirlz berkata...

Kak Dda & peachy peach niesa: terima kasih atas sokongannya...Insya Allah kami sedaya upaya menjaga eqal sebaik mungkin....memang benar menjaga anak istimewa mcm eqal perlukan kesabaran yang tinggi...mesti banyak pengalaman yang telah dilalui oleh adik niesa sekeluargakan...semoga Allah merahmati adik niesa sekeluarga...mmg benar anak istimewa mcm eqal ni tempatnya di akhirat nanti adalah di sisi Allah SWT dlm syurga yang indah....amin.

Tanpa Nama berkata...

saya terharu dgn kisah ni, wlupon hidup sy tidak sama tapi kisah di atas penuh dgn motivasi dan kekuatan utk terus hidup. menantikan kisah Eqal yg seterus nya.. =)

Allah bersama dgn org yg bersabar kan kak.. ^^

Astyegirlz berkata...

to She's Gee...terima kasih atas sokongannya...sememangnya eqal menjadi kekuatan bagi kami sekeluarga...

semoga Allah merahmati hari-hari kamu agar sentiasa indah ceria...

Unknown berkata...

skrg tggl d mna suda?
nda lg d tmn fajar kaa?
mudah2 an eqal sntiasa d bwah lindunganNya...
sya terharu oo baca kisah eqal ni taw.

Astyegirlz berkata...

mr-mrs mikko, kami sudah pindah, sekarang tinggal di taman eport. terima kasih atas doanya....