Sabtu, 27 Ogos 2011

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita

Salam ramadhan semua, harap semuanya sihat di samping menjalani ibadah puasa, tiga hari lagi, Aidilfitri akan menjelma, terasa sedih bila ramadhan berakhir, moga kita di beri umur yang panjang, agar ramadhan yang akan datang kita bisa berpuasa kembali, insyaAllah.....Mari kita sama menilai dan muhasabah diri kita, di mana letaknya kecantikan kita sebagai seorang wanita.

sumber


Di Mana Cantiknya Seorang Wanita
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??
  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  • Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.
  • Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.

Selasa, 23 Ogos 2011

petua Al-Imam Syafie r.a


1. Empat perkara yang dapat menguatkan badan:
a) makan daging.
b) menghidu wangi-wangian.
c) banyak mandi (selain dari mandi hadas)
d) memakai pakaian yang diperbuat daripada kain kapas.

2. Empat perkara yang dapat melemahkan badan:
a) banyak berdukacita.
b) terlalu banyak minum air (secara sekaligus)
c) banyak makan makanan yang masam atau yang telah basi:
d) terlalu banyak berjima' (bersetubuh)

3. Empat perkara yang dapat menguatkan dan menajamkan penglihatan.
a) duduk menghadap ke arah kiblat.
b) bercelak sebelum tidur.
c) melihat kepada warna hijau (sebaik-baiknya melihat tumbuhan hijau)
d) membersihkan persekitaran seperti rumah, halaman, tempat belajar dan sebagainya.

4. Empat perkara yang dapat melemahkan penglihatan :
a) melihat kepada perkara-perkara atau benda yang kotor dan jijik.
b) melihat kepada salib
c) melihat kemaluan
d) duduk membelakangi kiblat

5. Empat perkara yang dapat menambahkan akal dan menguatkan minda :
a) meninggalkan perkataan sia-sia
b) bersugi.
c) duduk bersama orang-orang soleh.
d) duduk di dalam majlis para ulama.

Ahad, 21 Ogos 2011

24 Peringatan Buat Wanita...(Peringatan untuk diri sendiri...)

Assalamualaikum...
Wah nampaknya kita dah masuk fasa terakhir ramadhan...harap-harap semua mantain puasa key...
Hmmm kali ni, tak nak post tentang Eqal dulu, tapi kita kongsi satu artikel yang aku jumpa kat blog ni (sumber) . Bukan nak apapun just share dan sebarkan sebagai peringatan untuk diri sendiri yang terlalu lemah dan banyak kekurangan ini....semoga bermanfaat untuk kita semua yeee...selamat berpuasa semua......
---------------------------------------------------------------


24 PERINGATAN BUAT WANITA...



1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).


2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).


3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.


4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.


5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).


6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab,”Bukankah kamu dapat melihatnya.”


7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.


8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.


9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.


10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.


11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.


12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.


13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.


14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.


15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.


16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”


17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”


18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.


19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.


20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus 
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang 
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. 
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. 
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.



21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.


22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu. 
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu. 
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. 
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. 
e. Ingat kepada Allah SWT 
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. 
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu. 
h. Ingat kepada mati.



23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. 
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. 
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. 
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. 
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. 
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. 
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami. 
g. Minta talak. 
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. 
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan. 
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. 
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.



24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya. 
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. 
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. 
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. 
e. Berdiri menyambut kedatangannya. 
f. Berdiri menghantar pemergiannya. 
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. 
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. 
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. 
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. 
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. 
l. Memuliakan keluarga suaminya. 
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. 
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Rabu, 10 Ogos 2011

WAh!!! Eqal Ada Share Kelapa Sawit....

Assalamualaikum semua....alhamdulillah hari ini kita sudah berposa hari yang ke-10...moga2 anda semua diluar sana sentiasa di bawa lindungan-NYA...


Now moa kongsi berita yang sangat mengembirakan aku dan hubby dan andai eqal ni faham, pasti eqal juga akan tersenyum gembira...rasanya bukan semua orang dapat kegembiraan macam yang kami alami...story eqal the brave boy tergendala buat seketika...namun ia akan di sambung juga di lain masa....
Kata Abah; "Inilah senyuman manusia paling ikhlas dalam dunia"...


Yesterday...dengan resminya eqal sudah pun mempunyai akaun sendiri...bagaikan mimpi plak...namun inilah realiti....tidak di duga eqal the brave boy mampu ada akaun sendiri....ini semua adalah cadangan dari mak dan bapa mentua, aku dan hubby memang sudah lama berhasrat untuk membuka akaun untuk ketiga-tiga anak kami, namun ada saja halangan....

Sebulan yang lalu mak mentua memberitahu, mereka (mak&bapa mentua) akan memasukkan duit ke akaun eqal..memandangkan bapa mentua kini mempunyai hasil kelapa sawit sendiri (walaupun tak banyak kata abah, tapi eqal tetap ada sharenya)...jadi sebahagian daripada pendapatan sawit tu akan di masukkan ke akaun eqal...waktu itu, aku begitu terharu dan mahu saja aku menanggis kegembiraan, namun aku malu, terlalu banyak pertolongan dan pengorbanan yang mereka hulurkan, rasanya aku tidak mampu membalasnya.....moga tuhan saja yang mampu membalasnya....

Kami membukakan eqal akaun ASG (amanah saham gemilang)..ganding nama dengan hubby hingga umurnya 18 tahun...dalam masa 18 tahun sudah semestinya eqal lebih berduit dari ummi dan ayahnya....nenek dan datuknya mahu one day, eqal tidak menyusahkan sesiapa. Sekurang-kurangnya eqal ada duit sendiri untuk menyara hidupnya sendiri. Insyaallah, eqal boleh berdikari tanpa menyusahkan sesiapa nanti...aku sangat-sangat terharu.....aku hanya mampu mengucap terima kasih buat mak dan abah....


Sabtu, 6 Ogos 2011

Gelagat Eqal Baca Surat Khabar....

Assalamualaikum....salam ramadhan untuk semua....

Kali ni kita tengok video la plak key, nanti baru sambung cerita eqal d' brave boy....

Dua video di bawah ni hubby ambik time 2007 lagi, time tu eqal baru berumur 3 tahun lebih. Salah satu perangai eqal ni adalah dia suka sangat tengok gambar-gambar di surat khabar atau majalah, terutama gambar yang berwarna. Hingga sekarang ni perangai dia masih juga macam tu.

Rasa sebak plak bila tengok eqal dalam video ni.....


Khamis, 4 Ogos 2011

Eqal The Brave Boy (part 6)....

Assalamualaikum....hari ni moa story eqal dan pengasuhnya plak...bukan niat untuk membanding banding pengasuh, tapi sekurang-kurangnya boleh lah aku berkongsi apa yang pernah aku lalui dengan bermacam2  perangai pengasuh...

Selepas cuti bersalin selama dua bulan tamat, mak mertualah yang menjaga eqal....tapi bila kesihatannya terjejas..kami mula mengambil pengasuh...oleh kerana pengasuh pertama ni menjaga eqal di rumah mak mentua...senang lah sedikit sebab dapat juga neneknya mengajar rutin harian eqal dan menerangkan keadaan eqal...tapi time tu umur eqal baru setahun, kira senang lah mengurus eqal sebab tidak banyak karenah...pengasuh pertama ni kira ok lah juga, rajin dan pandai menjaga eqal...cuma lambat sedikit pergerakkannya...

Bila bapa mentua membeli rumah, kami di pelawa tinggal sebumbung, ini memudahkan mak mentua memantau pengasuh menjaga eqal. Tapi sebulan kemudian aku memberhentikan pengasuh yang lama, memandangkan sepupu hubby menawarkan diri untuk menjaga eqal d samping tu boleh juga menjaga mak mentua yang tidak berapa sihat ketika itu, dan pada masa yang sama jugak my hubby menyambung study selama 6 bulan di Selangor...selama ketiadaan hubby di sisi, aku lah yang mengurus anak-anak (time tu baru 2 orang anak) dan kadang kala mak dan bapa mentua menghulurkan bantuan...

Selepas beberapa hari ketiadaan hubby, eqal mula perasan kelibat ayahnya yang tidak kelihatan...pernah suatu malam eqal mencari-cari ayahnya ...hinggakan dalam almari pakaian pun di bukanya sambil memanggil "yayaaaahh...yayaaah"...

Tiba-tiba air mata ku jatuh tak dapat menahan sebak...biarpun eqal ni anak istimewa namun dia punya perasaan jugak....dan ingatannya sangat kuat...beberapa hari eqal hanya menyebut "yayaaahh"...3 minggu berlalu perkataan "yayaaah" mula hilang dari mulut eqal...mungkin kerana bayangan ayahnya lama tidak di lihatnya...

Setahun berlalu sepupu hubby berhenti kerana ingin berehat...aku dan hubby terpaksa akur dengan keputusannya...beberapa minggu kami bertungkus lumus mencari pengasuh dan akhirnya bapa mentua terpaksa ambil pengasuh dari estet tempat dia bekerja...umurnya baru 15 tahun, namanya Betty. Aku dan hubby  tiada pilihan...aduh....pengasuh yang ke-3 ni masih muda, so pastinya perangainya masih kebudak-budakan...pernah beberapa kali dia  terlajak tidur, kekadang aku yang akan mengejutnya...

Yang lucunya tentang si Betty ni bahasanya masih terlalu pelat dengan bahasa Indon (macam dalam drama Indon tu)....hinggakan anak aku yang kedua, si Anis pun sampai terikut-ikut dengan bahasanya. Sebulan bekerja dia terpaksa berhenti kerana terpaksa balik ke kampung (Indonesia)...

Aduhh..bingungnya bila tiada pengasuh, di tempat kerja aku selalu bertanya pada kawan-kawan. Begitu juga hubby....namun jawapan yang kami dapat selalu menghampakan.....mak dan bapa mentua turut membantu...dan akhirnya bapa mentua berjaya mendapatkan kami pengasuh yg ke4....syukur alhamdulillah....

Alamak, mengantuk lah....nanti kita sambung lagi yeee.......zzzzzzzzzzz.....