Sabtu, 15 September 2018

EQAL DAN NENEK


Sebelum ni aku pernah berjanji akan buat entry tentang eqal dan nenek..dan janji itu aku akan tunaikan..aku akan kongsi cerita eqal dan nenek ....

Eqal di lahirkan pramatang...dan selepas sehari bersalin,kami di benarkan pulang ke rumah( selepas baby kencing& berak)...Biar pun eqal di lahirkan pramatang,segala pemerhatian semua nya ok,tiada yang abnormal,mybe tu lah boleh pulang..Dua hari di rumah,badan eqal nampak kuning,petang itu juga bawa eqal pergi hosp check kuning.Doktor bagitau total bilirubin eqal tinggi mengikut berat badan.Bermulalah episod suka duka eqal,bila mana eqal salah di beri iv drip..bertaruh nyawa,antara hidup dan mati..nyawa di hujung tanduk..setiap malam berteman kan air mata..tapi kuasa Allah tiada siapa yang mampu menduga tiada siapa yang boleh menghalangnya...Syukur padamu Ya Allah eqal masih di beri peluang menikmati menghirup udara di bumi-Mu,menikmati keindahan alam ciptaan-Mu..Jutaan terima kasih juga buat yang sentiasa mengirim doa-doa buat kesembuhan eqal..Setelah sebulan menjadi penghuni di wad nusery,akhirnya eqal di benarkan pulang kerumah..Memandangkan aku dapat surat transfer mengikut suami..kami berpindah ke sandakan...

 Setelah habis cuti bersalin selama 2 bulan(dulu-dulu cuti bersalin 2 bulan),mak mentua lah yang menjaga eqal.,sebelum mula bekerja,mak mentua selalu jaga menjaga eqal,jika ada urusan di luar(urusan bank dan shopping ).Dari berumur 2 bulan sampailah eqal berumur hampir 9 tahun mak mentua lah yang menjaga..,biar pun ada pengasuh,Sampai kan eqal boleh meniru gaya mak mentua membersih rumah contohnyaa melap kabinet dan meja...di pendekkan cerita ,apa saja mak mentua buat semuanya eqal akan ikut.sampaikan mak mentua tidak boleh hilang dari pandangan matanya.Kalau jalan atau ada urusan ,mak mentua terpaksa keluar main sembunyi-sembunyi,kalau tidak eqal akan menanggis hingga kan sukar di pujuk.

Mak mentua mandi atau solat pun eqal boleh menanggis ...eqal mahu nenek kesayangannya 24 jam ada di depan matanya...dan kadang-kadang eqal akan tidur di bilik neneknya... eqal juga boleh kenal kereta mak mentua,biarpun berselisih ..mula lah eqal menanggis dan mengamuk...sambil menunjuk ke arah kereta mak mentua..Pada mulanya pernah juga rasa cemburu,sebb eqal lebih manja dengan mak mentua..lama kelamaan perasaan itu hilang perlahan-lahan...Biar pun kami sudah menetap di rumah sendiri,perangai eqal tetap macam dulu..kalau mak mentua bertandang ke rumah atau kami yang bertandang ke rumah mak mentua..bab pulang lah yang paling susah..banyak drama dan bila abang eqal sudah mula mengantuk dia sendiri lah yang akan bawa pulang....


kalau pergi kenduri mesti mahu nenek di sisinya....


menanggis bila nenek pulang...kesian abg eqal



nanggis sampai bengkak mata....sbb nenek plg..syg eqal pada nenek
 tidak boleh di ungkap dengan kata-kata
sampai hari ni abang eqal dan nenek tetap jadi BFF😆




Isnin, 6 Ogos 2018

DUGAAN DATANG TANPA DI DUGA...


Beberapa minggu yang lalu(29 julai 2018)..dalam suasana hari raya masih lagi hangat...Tanpa di duga aku terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari duty petang lebih kurang jam 9.30 malam..Syukur alhamdulillah tiada melibatkan kemalangan jiwa,mungkin faktor mengantuk salah satu penyebabnya atau kurang rehat yang cukup.Dalam keadaan yang masih terkejut seolah-olah aku  hanya bermimpi..dan bila pintu cermin kereta di ketuk berulng kali baru lah aku sedar,aku bukan bermimpi rupanya..cepat-cepat aku mencari hp biar pun pada masa tu masih dalam keadaan panik..aku call husband,maklumkan apa yang terjadi..Beberapa minit kemudian husband pun sampai..dalam keadaan yang masih terkejut,aku masih lagi belum berganjak dari tempat duduk kereta...orang awam mulai mengerumuni kawasan kemalangan...ada di antara mereka yang mengambil gambar...rasa rimas juga sebab aku masih lagi berpakaian unifom,sekarang ni kan zaman canggih,apa-apa kejadian cepat saja tersebar di laman sosial.

Segala urusan selesai lebih kurang jam 1 pagi(hantar kereta ke bengkel dan perbincangan dengan pihak yang melanggar)...dan segala urusan yang berkaitan balai di sambung jam 8 paginya...Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata,asyik-asyik teringatkan kejadian tu...

Pagi itu aku banguan awal dari kebiasannya...fikiran masih lagi teringat pasal kejadian semalam...Sebelum jam 9 pagi kami sdh pun berada di balai polis...dan segala urusan selesai lebih kurang jam 11.30 pagi...siap di saman lagi ..sebab aku yang salah,..niat di hati mahu menipu,tapi CCTV tidak akan menipu.sebab kawasan kemalangan berdekatan dengan trafic light...lebih baik mengaku kesalahan kan....terbang lah rm300 bayar saman.....

Memandangkan aku yang salah,biarpun kereta aku yang di langgar,perjanjian antara husband dan owner kerata yang di langgar,aku hanya membayar separuh daripada kos kerosakkan keretanya.Menurut owner kereta yang di langgar,lesen kereta,road tax dan insuran kereta sudah lama tertunggak(belum berbayar)...so orang tu tidak beranilah buat laporan polis..nanti berganda-ganda plak bayaran samannya....





keadaan kereta yang melanggar




 Syukur alhamdulilah segala masalah di selesaikan dengan jayanya....tanpa sebarang perasaan marah dan dendam...

p/s: entry ini sudah lama di siapkan,namun sentiasa sibuk membuatkan entry ini tergendala di terbitkan....



Jumaat, 6 Julai 2018

SYURGA BUATMU ADIK ADAM RAYQAL


Baru-baru ini kita di gemparkan pembunuhan yang sangat tragis terhdap bayi yang berumur 5 bulan...tanpa rasa belas kasihan..sungguh kejamnya c pelakuh..Bayi Adam Rayqal di laporkan oleh pelakuh, telah diculik oleh seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada bayi.. polis telah pergi ke rumah c pelakuh kerana terdapat keraguan di dalam keterangannya. Polis menemui mayat Adam Rayqal di dalm peti ais bahagian dingin beku..Remuk dan luluh hati seorang ibu yang mengandungkan 9 bulan 10 hari bila melihat kesudahan anaknya begitu.


kesiannya kamu sayang adam...kamu di dera hingga menyebabkan kematian
 Teringat abang eqal yang tiadak tahun mengadu apa-apa...kadang-kadang bila ada lebam di badannya...terfikir juga macam mana abang eqal di layan,sabar ka mereka melayan karenah abang eqal..yang selalu mengamuk bila datang moodnya yang kurang ok..biar pun abang eqal sudah berusia 14 tahun,tetap kerisauan tetap ada. Sekarang abang eqal sudah pandai mengadu,bila di tanya,"abang di mana sakit",abang eqal akan tunjuk di kepalanya..terfikir juga ,mesti kepala abang eqal selalu di pukul atau kepala di ketuk(bukannya menuduh,tapi kadang-kadang dapat rasa ada sesuatu yang kurang baik di sekolahnya,sebab abang eqal sudah mula tidak mahu ke sekolah dan selalu terkejut sambil cuba mempertahankan diri bila kita angkat tangan) ..Kesiannay abang eqal,maafkan umi & ayah.Kerana umi&ayah tiada pilihan,terpaksa juga hantar abang eqal  ke sekolah.Muda-mudahan abang eqal sentiasa dalam lindungan kasih sayang-NYA..Aamin

comelnya kamu sayang
adam rayqal..
makcik tak pernah kenal adam sebelum ni..
makcik tak pernah jumpa adam..
makcik tak pernah kucup pipi adam..
makcik tak pernah pegang tangan adam..
makcik tak pernah peluk adam...
makcik tak ada pun pertalian keluarga dengan keluarga adam..
wallahi wahai adam sayang..
harini,adam buat airmata makcik mengalir..adam buat jutaan airmata mengalir..
adam buat makcik betul2 rasa sebak..adam buat hati makcik hiba sangat2..
tapi..dalam masa makcik sedih..makcik rasa bangga sangat2 dengan adam..sebab adam ke syurga tanpa sebarang halangan...adam manusia yang putih bersih..bersih dari segala dosa..apa yang buat makcik bangga..nanti ketika kita semua berkumpul di padang mahsyar...adam bangun..adam berkata depan Allah.."Ya Allah,itu ibubapa ku,itu mak ayah ku,ketika didunia aku tak sempat berbual dengan mereka,aku belum sempat berkasih sayang dengan mereka..aku belum sempat bergurau senda dgn ibu bapaku,harini,izinkan mereka bersama sama ku didalam syurga MU Ya Allah...untuk aku lepaskan segala rasa rinduku kepada mereka..mereka juga terlalu rindukan aku...."
Allahu Adam...adam mampu memberi syafaat utk ibubapa adam...adam..adam anak yang sangat hebat....
adam..berbahagia ya dalam syurga...kalau Allah izin..nanti makcik cari adam kat sana..
hati mana yang tidak sedih dengan berita adam...wallahhi..makcik sedih sgt adam..makcik harap pesalah dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya..aamiin..
kami sayangkan kamu adam..
berehatlah..bersuka ria lah di negeri yang tiada lagi kekejaman untuk mu.... 

Salam Takziah buat ahli keluarga adik Adam Rayqal. Semoga Allah beri ketabahan kepada kalian, dan kita semua sama-sama doakan Allah hadiahkan ketenangan hati dan rezeki yang lebih baik di masa hadapan untuk ibu dan ayah Adam.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..









❤️❤️s
B BBB



s

Ahad, 13 Mei 2018

PRU-14, PENUH BERSEJARAH....


9 Mei 2018 adalah PRU yang ke-14 buat Malaysia tanahair ku...dan pertama kalinya dalam hidup ini keluar mengundi...😅 selama ni bukan tidak mahu pergi mengundi, tapi berada dalam luar kawasan(kawasan pedalaman)..dan mendaftar sebagai pemilih pun asyik-asyik tertangguh, dan juga kurang kesedaran tentang pentingnya membuang undi..terima kasih buat father in-law yang tolong daftarkan..,kalau tidak sampai ke tua lah tidak mengundi..heheheeee

 Dan akhirnya dengan penuh bangga PRU-14  ini aku berpeluang membuang undi, biar pun mata masih mengantuk(baru habis duty malam)...rasa bangga weeii😊😊😊..betullah cakap orang satu undi sangat berharga buat pemimpin yang kita pilih...dan undi itu adalah rahsia.,janji kita buat pilihan yang bijak.

Cerita pengalaman first time membuang undi, terpaksa husband yang temankan,budak baru belajar lah katakan😆😆😆,yang lucunya...husband siap ikut berbaris lagi😆, padahal husband mengundi di kawasan lain..bila sampai giliran baru husband keluar menunggu di luar.. 

Sampai  saja giliran hati kabak-kabak(berdebar-debar) macam ambil exam spm lah plak..hahaaa.. Orang kata garisan pangkah "X" mesti lurus, tidak boleh bengkok nanti undi rosak..ada juga yang suggest bawa pembaris 😝😅😅😅 ... Aku ni kalau sudah nervous, menulis pun boleh jadi cakar ayam..kompom lah tanda "X" pun boleh jadi berombak-ombak..nasib baik lah ada ic..aku guna ic sebagai pembaris, supaya garisan pangkah "X"lurus..hahahaha. Lepas ni ada pengalaman sudah membuang undi.., mudah-mudahan di beri kesihatan yang baik umur yang panjang, insyaAllah 5 tahun dari sekarang kita buang undi lagi...

peneman setia

Done..kami sudah membuang undi...

Dalam banyak-banyak PRU..ini adalah pru yang sangat unik, menarik..dan mendebarkan...bayangkan baru habis kerja malam..malamnya menunggu keputusan, satu malam tidak dapat melelapkan mata, wal hal esoknya duty pagi lagi. Macam kita yang ikut betanding plak😊. Bunyi hp tidak berhenti-henti, setiap group whatsapp share setiap perkembangan.


Jam 2 pagi baru mata terlelap..belum pun alam berbunyi, sudah terbangun.. . Cepat-cepat on hp..baca semua massage whatsapp yang masuk..semua rata-rata mengucapkan tahniah kepada PH ..wah!!! Tun M menang!!! Ini petanda yang baik..dan besar kemungkinan Tun M akan jadi PM yang ke-7 untuk Malaysia..tahniah Tun M...WE LOVE U...Selamat berkhidmat semula untuk rakyat Tun M, kami nantikan pemerintahan Tun M...

Jutaan terima kasih kepada DSNR atas perjuangan DS kepada kami rakyat Malaysia, semoga Allah sentiasa menerima perjuangan DS selama memimpin Malaysia. Semoga DS sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Jasa DSNR selama menjadi PM tetap kami kenang selamanya...

Berbulan-bulan rasanya tidak tengok berita...tapi sejak 9 Mei, setiap hari tidak sabar menunggu berita terkini dan aku lah orang yang pertama duduk di depan tv..kalau dulu asal berita pasti channel akan ditukar..sekarang duduk di depan tv sampai berita habis hihihi..

Eqal juga tidak ketinggalan dalam berita gembira ni...biarpun dia anak special..autism , ADHA dan mild CP..sedikit sebanyak dia faham berita gembira untuk rakyat Malaysia...bila aku laungkan "hidup Tun M!!" sambil angkat tangan..eqal pun ikut angkat tangan juga..bijak abg eqal..😄😄😄





kabinet malaysia 2018



Selasa, 8 Mei 2018

HATI SELEMBUT TISU



Biar pun eqal ni kuat mengamuk..hatinya selembut tisu..hati nya cepat terusik dan sensitif...lebih-lebih lagi kalau ada drama atau wayang jalan ceritanya sedih,eqal akan menanggis dan akan mengamuk.,dan kadang2 kalau eqal sudah mengamuk susahnya mahu di pujuk2..Lagi lucu rancangan kartun pun eqal boleh menanggis,kalau ada cerita kartun yang sedih..Bila ada cerita yang sedih-sedih terpaksa umi ,ayah tukar channel..pergi

kadang-kadang kalau bawa eqal jalan pergi market,ada budak menanggis,eqal pandai ikut menanggis atau mengamuk..😆 kucing begaduh di belakang rumah pun boleh eqal marah..eqal jenis budak yang tidak suka dengar bunyi bising,cepat hatinya jadi marah..begitu juga kalau 2 orang adiknya begaduh..eqal akan menanggis,mengamuk ...


Selasa, 1 Mei 2018

Ulat Buku



Membaca buku adalah amalan yang mulia.....salah satu hobi eqal adalah minat melihat (aca2 macam orang membaca pun ada) gambar2 majalah,buku cerita,surat kabar dan apa saja buku yang bergambar yang menarik hatinya...gambar2 tu akan di belek2 sepuas hatinya.. dan kadang kala sampai kertas gambar / buku tu koyak rabak di buatnya...yang lucunya sampai di bawanya tidur..😊Bila berjalan ke market pula,jika ada gambar yang menarik perhatiannya..eqal akan berhenti berjam2 merenung gambar tu sepuas2nya..selagi tidak puas,selagi tu lh,eqal akan berdiri,sampaikan kita yang penat menunggu..orang yang melihat pun hairan..😆...


kita sibuk pilih barang tuppware ..eqal pun busy jg menarik buku tuppware


sampaikan koyak kertas cd..sebaba balik2 di belek2


gambar ni masa umur eqal 8 tahun..


minat betul kartun doraemon...sampaikan hari2 hari-hari menengo pun tidak pandai bosan,kalau mengamuk,pasang saja kartun doraemon..hilang terus amukkan😆😅


Isnin, 30 April 2018

EQAL BUDAK RAJIN



Eqal autism dan ADHD (attention deficit hyperactive disorder) dan juga mild CP (cerebal palsy).
Biar pun dia tidak pandai bertutur atau menyebut perkataaan dan hanya tahu perkataan "yaya (utk ayah) "ami-ami (utk umi)  selebihnya eqal akan menyebut perkataan" yeye,agagaa"utk semua maksud..tapi eqal faham setiap arahan yang di beri..dan akan geleng2 kepala tanda tidak mahu..

Yang bestnya eqal ni rajin bila umi atau ayah minta tolong cthnya, simpan gelas, piring di singki, minta tolong buang sampah, angkat kain kotor atau minta tolong angkat barang, eqal tidak pernah menolak..lepas tolong umi/ayah eqal akan tepuk tangan...

Jika umi off day atau night duty/pm eqal pun bercuti juga pergi sekolah..dan masa yang ada tu lah umi akan bagi eqal latihan (kerja rumah) seperti angkat kain, kemas bantal, pungut kain kotor masukkan dalam bakul, angkat piring simpan dalam singki..makan sendiri(eqal masih makan bersuap,masih kurang mahir menggunakan sudu).



                                                   pandai eqal angkat pampersnya...











                                             
                                              rajin eqal tolong umi angkat kain untuk d jemur..

Sebahagian gambar yang sempat umi ambil ...



Jumaat, 27 April 2018

Eqal sudah pandai minum guna straw



Tahun ni bila eqal sudah berumur 13 tahun, eqal sudah mula pandai minum menggunakn straw.Kalau dulu eqal hanya pandai minum minuman dari botol sahaja...kalau beli minuman kotak atau tin semuanya habis bertumpah..minuman kegemaran  eqal 100 plus,pantang nampak botol 100 plus,setiap kali pulang dr sekolah eqal  pandai request suruh ayah singgah beli air..dan setiap kali singgah market eqal akan bagi isyarat, tunjuk dalam market,tandanya suruh beli air😆



Mula2 memang susah bagi eqal belajar minum guna straw,kadang2 belum sempat air d hirup strawnya sudah hancur di gigitnya😄,kadang2 habis bertumpahan,bertahun lamanya mengajar..akhirnya berjaya juga ajar akhirnya..bila berjaya ajar eqal,rasa bangga pun ada,terharu campur sedih pun ada..tiada yang mustahil..kalau usaha kita bersungguh2 pasti ada kejayaan menunggu di hadapan..Tq Allah usaha ni tidak akan berjaya tanpa bantuan-Mu..

















Selasa, 24 April 2018

AKU JUGA PUNYA CITA-CITA.....


Salam satu malaysia dan salam persaudaraan...Bertahun blog umi menyepi..cerita eqal pun terhenti buat seketika...banyak cerita tentang eqal yang umi mahu kongsi,namun kadang kala umi tidak cukup masa...kadang-kadang sibuk mengurus eqal..bila ada masa free,itu lh di guna untuk rehat sepenuhnya....

Tahun ni umur eqal sdh pun masuk 14 tahun(bujang dah anak umi)...ketinggiannya pun sdh melebihi ketinggian uminya😆😆 dan tenaga kekuatan eqal pun seperti orang dewasa(macam gaban pun ada😭)..kalau eqal mengamuk kompom umi tidak mampu mengurus sendirian...pernah umi aca2 menjadi heroin bila eqal mengamuk..(niat d hati nak peluk eqal..supaya eqal berhenti mengamuk) ..belum sempat umi peluk sudah tangan umi di tangkapnya,apa lagi terus di gigitnya sekuat tenaganya...umi hanya meraung kesakitan😢😢...hampir2 lagi pitam menahan kesakitan dan bekas gigitannya masih berparut sampai lah hari ni,so sekarang bila eqal mengamuk umi akan biarkan eqal berhenti mengamuk(selalunya memakan masa berjam2)atau umi jauhkan diri,takut berulang kali ke dua(trauma)😭😭😭..

Dari tahun lalu sampai lah tahun ni,eqal sudah mula malas ke sekolah( TDKKKU)..bila di hantar ke sekolah macam2 lah perangainya..tiada angin tiada ribut..eqal akan mengamuk ala-ala gengster( c ayah pun blh tumbang😭😭)..kadang-kadang terpaksa mengalah..kalau bukan ayah yang EL(emergancy leave) umi yang akan ambil EL.dan kalau umi duty petang,malam atau off day,eqal juga bercuti pergi sekolah...Eqal jenis budak yang tidak suka di paksa..semakin kita paksa semakin dia akan mengamuk.Syukur alhamdulillah ketua jabatan,sister yang incharge dan kawan-kawan begitu memahami situasi yang kami hadapi...muda-mudahan kebaikan dan keperihatinan kalian hanya Allah yang membelasnya..

Umi juga punya keingin menyabung dan mempertingkatkan  pengetahuan dalam bidang kejururawatan..(KPSL-kenaikan pangkat secara lantikan).Namun bila memikirkan tentang keadaan eqal,keinginan tu umi tanam sedalam-dalamnya dalam lautan yang paling dalam,agar umi lupa keinginan itu😞,tapi bila melihat kawan-kawan sudah bertukar line biru,perasaan cemburu pun ada,namun jauh di sudut hati ingin juga perubahan,tapi bila umi pandang ke belakang,terbayang wajah-wajah kesayangan umi(tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan)..mcm mana lah c ayah nanti mengurus sendirian tanpa umi,terbayang kepayahan c ayah sendirian mengurus rumah,memasak dan banyak lagi..dan kami sangat bertuah kerana keluarga sentisas berdiri di belakang,memberi kata-kata semangat... 

sejak akhir2 ni,c ayah pula selalu kena asthma😢😢.Punya anak istemawa ni,pentingnya sokongan yang kuat dari husban & wife dan dari keluarga,termasuk juga jiran tetangga,....hidup ni perlukan pengorbaan...bukan mudah mengurus anak istemawa ni..banyak yang kena korbankan..dari segi life,masa,tenaga dan juga dari segi wang ringgit...terus terang kehidupan kami suami isteri lebih banyak di rumah(mengurus eqal) tiada istila lepak-lepak dengan kawan,tengo wayang atau pun melancong..kadang-kadang bila nampak post kawan-kawan melancong sana sini..tengo wayang setiap hujung minggu..terasa begitu cemburu sekali.Bukan sebab tidak mampu..tapi masa dan keadaan yang tidak begitu mengizinkan.

Bila anak-anak sudah mula membesar dan sudah boleh di harap terutama anak yang no dua membantu kerja-kerja rumah atau menolong menjaga abang eqal,serba sedikit memberi ruang umi&ayah membuat  aktiviti luar(tengo wayang,jalan dengan kawan,pergi kenduri) itu pun kadang-kadang seorang daripada kami akan stay di rumah..(sistem giliran).syukurlah anak-anak memahami dan sentiasa ringan tulang membantu mengurus abang eqal.Anak bongsu yang berusia11 tahun sudah boleh di harap tolong mandikan abangnya...

Umi pernah di sindir,pernah di beza2 dengan kawan-kawan yang pernah kerja satu jabatan suatu ketika dahulu...kenapa beulm tukar line lagi...kadang2 aku pekakkan telinga,kadang-kadang aku akan jawapan "klu ada rezeki tidak kemana juga,rezeki tidak pernah salah alamat,sama ada cepat atau lambat" ..pernah juga rasa stress,ya lh asal jumpa,soalan yang sama di tanya😠.,biarlh orang mengata dari belakang..janji kita tidak pernah kacau/sibuk tentang kehidupan orang..,buat apa malu dengan perkerjaan yang kita buat janji halal.. ada juga kawan-kawan yang  bagi kata-kata semangat yang faham keadaan kita..jika rezeki umi setakat jawatan yang ada sekarang..syukur alhamdulilah di luar sana masih ramai lagi yang menunggu peluang pekerjaan,muda-mudahan rezeki anak sentiasa ada..

Tidak minta banyak..,umi cuma mahu sentiasa sihat umur panjang,agar bisa menjaga abang eqal..hingga nafas terhenti..





ni adalah antara gambar2 terbaru eqal....