Jumaat, 25 Januari 2019

BERCUTI


Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun persekolahan...ramai ibubapa mengambil peluang bercuti bersama family..Begitu juga kami,masa cuti sekolah lah kesempatan meluangkan masa bersama family.Seperti tahun-tahun berikutnya,kami sekeluarga hanya bercuti di dalam sabah sahaja,memandangkan amat sukar untuk ke luar kawasan sabah,takut emosi abang eqal yang tidak menentu..dan sukar di jangkah..
Bila bercuti kami terpaksa mencari homestay,,sebabnya homestay luas dan selesa berbanding bilik hotel..sekurang-kurangnya bila abang eqal mengamuk tidak lah menganggu penghuni hotel..nanti silap hari bulan..ada plak pak polisi datang,ingatkan kita mendera.๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
Bawa abang eqal bercuti ni..sebenarnya banyak kesabaran.Adakalah bila moodnya tidak ok,semua benda tidak kena di hatinya,mulalah mengamuk sambil memukul mukanya..kadanga sampai satu tahap telinga serta muaknya bengkak dan berdarah.
Bila masuk mall,ada juga segelintir orang memandang abang eqal,macam tidak pernah nampak orang,kadang-kadang buat kita rasa kurang selesa.
Sepanjang masa bercuti,ada  juga abang eqal mengamuk tidak mahu masuk mall,sampai lah security gurd datang membantu..,dalam keadaan kita begini masih ada juag yang perihatin dan memahaminya..Masa melawat muzium dan rumah terbalik,abang eqal langsung tidak mahu keluar dari kereta,belum sempat kita tarik tangannya,abang eqal sudah bertindak awal-awal.Kita di tolak keluar dari kereta(nasib baik tidak jatuh tersungkur๐Ÿ˜†) pintu kereta terus di tutup.Kalau sudah abang eqal buang tebiat begini.segala pujukan memang tidak jalan,maka berkurunglah abang eqal dalam kereta.. security gurd  juga yang tolong tengo abang eqal,terima kasih encik gurd,moga encik gurd sentiasa di murahi rezeki,Aamin....







InsyaAllah muda-mudahan diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang lebih..hujung tahun ni kita bercuti lagi ya anak-anakku...









Selasa, 22 Januari 2019

HAPPY NEW YEAR 2019


Assalamualaikum..Selamat tinggal segala kenangan 2018...WELCOME 2019,moga tahun baru ni kita sentiasa dalam keadaan yang sihat,ceria dan happy...

Hampir beberapa bulan tidak menulis kisah eqal..di sebabkan kekangan kerja..insyallah tahun ni umi akan kongsi cerita tentang eqal..
Cuti sekolah sudah pun berakhir..dan budak-budak sekolah sudah pun mula memulai sessi persekolahan seperti biasa,namun abang eqal masih lagi bercuti panjang...
Tahun lalu adalah tahun terakhir abang eqal di TDKKU (Taman didikan kanak-kanak kurang upaya)..dan buat masa sekarang abang eqal masih menunggu kekosongan PDK (pemulihan dalam komuniti)..menurut cikgu di PDK,buat masa sekarang pelajarnya sudah berjumlah 50 orang..so pengambilan pelajar di berhenti buat seketika....memandangkan cikgu hanya 5 orang..Mudah-mudahan rezeki abang eqal  cepat di terima di PDK.
Situasi ni lah buat umi dan ayah risau..memandangkan umi dan ayah bekerja.Buat masa sekarang,umi terpaksa request kerja malam setiap minggu atau duty petang...Bila umi turun kerja,aqem dan nenet pulak yang ambil alih menjaga abangnya sehinggalah ayah habis duty jam 5 petang...begitu lah rutin harian kami menjaga abang eqal..



Doakan kami sekeluarga sentisa sihat dan murah rezeki...dan doakan mudah-mudahan segala urusan abang eqal dipermudahkan..aamin





Sabtu, 15 September 2018

EQAL DAN NENEK


Sebelum ni aku pernah berjanji akan buat entry tentang eqal dan nenek..dan janji itu aku akan tunaikan..aku akan kongsi cerita eqal dan nenek ....

Eqal di lahirkan pramatang...dan selepas sehari bersalin,kami di benarkan pulang ke rumah( selepas baby kencing& berak)...Biar pun eqal di lahirkan pramatang,segala pemerhatian semua nya ok,tiada yang abnormal,mybe tu lah boleh pulang..Dua hari di rumah,badan eqal nampak kuning,petang itu juga bawa eqal pergi hosp check kuning.Doktor bagitau total bilirubin eqal tinggi mengikut berat badan.Bermulalah episod suka duka eqal,bila mana eqal salah di beri iv drip..bertaruh nyawa,antara hidup dan mati..nyawa di hujung tanduk..setiap malam berteman kan air mata..tapi kuasa Allah tiada siapa yang mampu menduga tiada siapa yang boleh menghalangnya...Syukur padamu Ya Allah eqal masih di beri peluang menikmati menghirup udara di bumi-Mu,menikmati keindahan alam ciptaan-Mu..Jutaan terima kasih juga buat yang sentiasa mengirim doa-doa buat kesembuhan eqal..Setelah sebulan menjadi penghuni di wad nusery,akhirnya eqal di benarkan pulang kerumah..Memandangkan aku dapat surat transfer mengikut suami..kami berpindah ke sandakan...

 Setelah habis cuti bersalin selama 2 bulan(dulu-dulu cuti bersalin 2 bulan),mak mentua lah yang menjaga eqal.,sebelum mula bekerja,mak mentua selalu jaga menjaga eqal,jika ada urusan di luar(urusan bank dan shopping ).Dari berumur 2 bulan sampailah eqal berumur hampir 9 tahun mak mentua lah yang menjaga..,biar pun ada pengasuh,Sampai kan eqal boleh meniru gaya mak mentua membersih rumah contohnyaa melap kabinet dan meja...di pendekkan cerita ,apa saja mak mentua buat semuanya eqal akan ikut.sampaikan mak mentua tidak boleh hilang dari pandangan matanya.Kalau jalan atau ada urusan ,mak mentua terpaksa keluar main sembunyi-sembunyi,kalau tidak eqal akan menanggis hingga kan sukar di pujuk.

Mak mentua mandi atau solat pun eqal boleh menanggis ...eqal mahu nenek kesayangannya 24 jam ada di depan matanya...dan kadang-kadang eqal akan tidur di bilik neneknya... eqal juga boleh kenal kereta mak mentua,biarpun berselisih ..mula lah eqal menanggis dan mengamuk...sambil menunjuk ke arah kereta mak mentua..Pada mulanya pernah juga rasa cemburu,sebb eqal lebih manja dengan mak mentua..lama kelamaan perasaan itu hilang perlahan-lahan...Biar pun kami sudah menetap di rumah sendiri,perangai eqal tetap macam dulu..kalau mak mentua bertandang ke rumah atau kami yang bertandang ke rumah mak mentua..bab pulang lah yang paling susah..banyak drama dan bila abang eqal sudah mula mengantuk dia sendiri lah yang akan bawa pulang....


kalau pergi kenduri mesti mahu nenek di sisinya....


menanggis bila nenek pulang...kesian abg eqal



nanggis sampai bengkak mata....sbb nenek plg..syg eqal pada nenek
 tidak boleh di ungkap dengan kata-kata
sampai hari ni abang eqal dan nenek tetap jadi BFF๐Ÿ˜†




Isnin, 6 Ogos 2018

DUGAAN DATANG TANPA DI DUGA...


Beberapa minggu yang lalu(29 julai 2018)..dalam suasana hari raya masih lagi hangat...Tanpa di duga aku terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari duty petang lebih kurang jam 9.30 malam..Syukur alhamdulillah tiada melibatkan kemalangan jiwa,mungkin faktor mengantuk salah satu penyebabnya atau kurang rehat yang cukup.Dalam keadaan yang masih terkejut seolah-olah aku  hanya bermimpi..dan bila pintu cermin kereta di ketuk berulng kali baru lah aku sedar,aku bukan bermimpi rupanya..cepat-cepat aku mencari hp biar pun pada masa tu masih dalam keadaan panik..aku call husband,maklumkan apa yang terjadi..Beberapa minit kemudian husband pun sampai..dalam keadaan yang masih terkejut,aku masih lagi belum berganjak dari tempat duduk kereta...orang awam mulai mengerumuni kawasan kemalangan...ada di antara mereka yang mengambil gambar...rasa rimas juga sebab aku masih lagi berpakaian unifom,sekarang ni kan zaman canggih,apa-apa kejadian cepat saja tersebar di laman sosial.

Segala urusan selesai lebih kurang jam 1 pagi(hantar kereta ke bengkel dan perbincangan dengan pihak yang melanggar)...dan segala urusan yang berkaitan balai di sambung jam 8 paginya...Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata,asyik-asyik teringatkan kejadian tu...

Pagi itu aku banguan awal dari kebiasannya...fikiran masih lagi teringat pasal kejadian semalam...Sebelum jam 9 pagi kami sdh pun berada di balai polis...dan segala urusan selesai lebih kurang jam 11.30 pagi...siap di saman lagi ..sebab aku yang salah,..niat di hati mahu menipu,tapi CCTV tidak akan menipu.sebab kawasan kemalangan berdekatan dengan trafic light...lebih baik mengaku kesalahan kan....terbang lah rm300 bayar saman.....

Memandangkan aku yang salah,biarpun kereta aku yang di langgar,perjanjian antara husband dan owner kerata yang di langgar,aku hanya membayar separuh daripada kos kerosakkan keretanya.Menurut owner kereta yang di langgar,lesen kereta,road tax dan insuran kereta sudah lama tertunggak(belum berbayar)...so orang tu tidak beranilah buat laporan polis..nanti berganda-ganda plak bayaran samannya....





keadaan kereta yang melanggar




 Syukur alhamdulilah segala masalah di selesaikan dengan jayanya....tanpa sebarang perasaan marah dan dendam...

p/s: entry ini sudah lama di siapkan,namun sentiasa sibuk membuatkan entry ini tergendala di terbitkan....



Jumaat, 6 Julai 2018

SYURGA BUATMU ADIK ADAM RAYQAL


Baru-baru ini kita di gemparkan pembunuhan yang sangat tragis terhdap bayi yang berumur 5 bulan...tanpa rasa belas kasihan..sungguh kejamnya c pelakuh..Bayi Adam Rayqal di laporkan oleh pelakuh, telah diculik oleh seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada bayi.. polis telah pergi ke rumah c pelakuh kerana terdapat keraguan di dalam keterangannya. Polis menemui mayat Adam Rayqal di dalm peti ais bahagian dingin beku..Remuk dan luluh hati seorang ibu yang mengandungkan 9 bulan 10 hari bila melihat kesudahan anaknya begitu.


kesiannya kamu sayang adam...kamu di dera hingga menyebabkan kematian
 Teringat abang eqal yang tiadak tahun mengadu apa-apa...kadang-kadang bila ada lebam di badannya...terfikir juga macam mana abang eqal di layan,sabar ka mereka melayan karenah abang eqal..yang selalu mengamuk bila datang moodnya yang kurang ok..biar pun abang eqal sudah berusia 14 tahun,tetap kerisauan tetap ada. Sekarang abang eqal sudah pandai mengadu,bila di tanya,"abang di mana sakit",abang eqal akan tunjuk di kepalanya..terfikir juga ,mesti kepala abang eqal selalu di pukul atau kepala di ketuk(bukannya menuduh,tapi kadang-kadang dapat rasa ada sesuatu yang kurang baik di sekolahnya,sebab abang eqal sudah mula tidak mahu ke sekolah dan selalu terkejut sambil cuba mempertahankan diri bila kita angkat tangan) ..Kesiannay abang eqal,maafkan umi & ayah.Kerana umi&ayah tiada pilihan,terpaksa juga hantar abang eqal  ke sekolah.Muda-mudahan abang eqal sentiasa dalam lindungan kasih sayang-NYA..Aamin

comelnya kamu sayang
adam rayqal..
makcik tak pernah kenal adam sebelum ni..
makcik tak pernah jumpa adam..
makcik tak pernah kucup pipi adam..
makcik tak pernah pegang tangan adam..
makcik tak pernah peluk adam...
makcik tak ada pun pertalian keluarga dengan keluarga adam..
wallahi wahai adam sayang..
harini,adam buat airmata makcik mengalir..adam buat jutaan airmata mengalir..
adam buat makcik betul2 rasa sebak..adam buat hati makcik hiba sangat2..
tapi..dalam masa makcik sedih..makcik rasa bangga sangat2 dengan adam..sebab adam ke syurga tanpa sebarang halangan...adam manusia yang putih bersih..bersih dari segala dosa..apa yang buat makcik bangga..nanti ketika kita semua berkumpul di padang mahsyar...adam bangun..adam berkata depan Allah.."Ya Allah,itu ibubapa ku,itu mak ayah ku,ketika didunia aku tak sempat berbual dengan mereka,aku belum sempat berkasih sayang dengan mereka..aku belum sempat bergurau senda dgn ibu bapaku,harini,izinkan mereka bersama sama ku didalam syurga MU Ya Allah...untuk aku lepaskan segala rasa rinduku kepada mereka..mereka juga terlalu rindukan aku...."
Allahu Adam...adam mampu memberi syafaat utk ibubapa adam...adam..adam anak yang sangat hebat....
adam..berbahagia ya dalam syurga...kalau Allah izin..nanti makcik cari adam kat sana..
hati mana yang tidak sedih dengan berita adam...wallahhi..makcik sedih sgt adam..makcik harap pesalah dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya..aamiin..
kami sayangkan kamu adam..
berehatlah..bersuka ria lah di negeri yang tiada lagi kekejaman untuk mu.... 

Salam Takziah buat ahli keluarga adik Adam Rayqal. Semoga Allah beri ketabahan kepada kalian, dan kita semua sama-sama doakan Allah hadiahkan ketenangan hati dan rezeki yang lebih baik di masa hadapan untuk ibu dan ayah Adam.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..









❤️❤️s
B BBB



s