Khamis, 28 Julai 2011

Eqal The Brave Boy (part 5)....

Assalamualaikum....lamanya story ni menyepi...busy study exam with kursus..dan kadang2 masa yang tidak mengizinkan.. .hari ni sambung story eqal lagi...jom ....




Semasa medical check up untuk memasuki sekolah khas@taman didikan kanak2
(ni baru isi permohonan)....eqal terpaksa di admit ke wad mata, memandangkan eqal terlalu agresif dan hyper aktif,...sukar doktor memeriksa mata eqal....(masuk sekolah khas pun wajib medical check up)...


Sementara menunggu doktor bius untuk membuat pemeriksaan, terpaksa lah eqal rehat di wad buat sementara waktu.......huhuhuhu.....binggungnya, eqal tak reti duduk diam...sekejap lari sana sekejap panjat sini.....selesai doktor bius membuat pemeriksaan eqal....aku dan hubby berbincang untuk eqal bermalam di rumah, ini kerana eqal suka tidur lewat dan suka bangun awal pagi buta (dalam jam 3pagi or 4 pagi)..dan ini pasti akan menganggu pesakit yng lain...doktor setuju, walaubagaimanapun eqal terpaksa dipuasakan mulai jam 12.00 tengah malam. Nasib baiklah dia tak banyak karenah malam tu.....


Keesok harinya kami membawa eqal semula ke wad mata dan masuk dewan bedah jam 8.00 pagi, bukan mahu bedah mana2 pun, mahu check mata jeee, pelik tapi benar......Beberapa jam kemudian eqal pun keluar dari bilik bedah.....alhamdulillah...selesai 1 perkara...




Setahun berlalu...panggilan untuk memasuki sekolah belum ada jawapan...resah dan gelisah mengingatkan nasib eqal...andai eqal tidak d terima  atau permohonan di tolak, jawapannya eqal akan berperap di rumah 24jam...Sementera menunggu permohonan eqal, aku dan hubby ada juga bertanya sekolah khas untuk kanak2 macam eqal, tapi mereka hanya akan menerima jika pandai 'berak'(buang air besar) sendiri atau sekurang kurangnya boleh memberitahu ingin membuang air besar....Nampaknya eqal tidak layak, sebabnya eqal masih lagi menggunakan lampin pakai buang ...sedihnya...


Sementara menunggu permohonan eqal diluluskan..rutin harian eqal seperti biasa ,  menonton tv...kekadang eqal akan bermain bersama adik2nya, tidak pun  eqal akan bermain bersendirian...Bila pulang kampung (keningau,kampng kelahiran aku) eqal lebih suka menonton rancangan kegemarannya dan bermain dengan dunianya sendiri (bermain sendiri sambil bermain2 dengan jarinya) daripada bermain dengan sepupu2nya..kesian juga tengok eqal...adik2nya berkejaran bermain, eqal hanya menonton tv dan kekadang pandangannya beralih melihat adik dan sepupunya bermain...Bila bosan , eqal akan naik ke bilik dan lebih suka baring(tidur) sambil mengigit2 tuala....kadang kadang sampai eqal tertidur...begitulah rutin harian eqal bila d kampung...


Selepas setahun menunggu, dan itupun selepas hubby "buat bising" sikit sampai ke cawangan di K.K., keputusannya eqal tak diterima masuk ke sekolah khas atas sebab yang sudah aku ceritakan tadi.....tapi alhamdulillah eqal dibenarkan masuk ke taman didikan kanak-kanak kurang upaya.....itupun terpaksa tunggu lagi hampir 3 bulan lamanya sebelum dia dibenarkan masuk ke TDKU.....masuknya eqal ke TDKU sebenarnya meringankan sedikit beban kami sekeluarga kerana kami asyik bertukar pengasuh.....


bersambung......















4 ulasan:

Elih Japahar berkata...

haii wasaber baru..welkam to the club haha :)

Unknown berkata...

kenapa lambat sangat kelulusan eqal tu??dah rujuk balik ke??kasihan eqal..moga dipermudahkan semua urusannya..

salam wasaber..saya follow sini k..jemput keblog saya...
check this out:http://saveq.blogspot.com/search/label/extravaganza

Unknown berkata...

mcm mna dgn kputusan eqal mo msuk skolah khas tu... tnyakan balik2.. smpi dorg approve. eeeeiii, ksian jg bila dia balik kg kan..

neway, welkam new wasaber..
tmpt kta bkongsi cerita..

Astyegirlz berkata...

tq wasabers atas sokongan pada eqal....keputusan eqal memang tak dapat masuk sekolah khas, dia cuma layak masuk ke taman didikan kanak2 kurang upaya sandakan. itupun sudah banyak membantu meringankan beban kami...